Sunday, May 23, 2010

Rusa Geylang masuk padang pasir di Tucson

Semasa saya di sekolah rendah dulu, Beatles adalah kumpulan paling top.
Apabila saya masuk sekolah menengah, lagu-lagu Beatles masih popular.
Antaranya ialah lagu 'Get Back'.
Ini antara lyrics lagu itu, yang saya masih ingat:

Jojo was a man who thought he was a loner,
But he knew it couldn't last.
Jojo left his home in Tucson, Arizona,
For some California grass.

Get back, get back.
Get back, to where you once belonged.
Get back, get back,
Back to where you once belonged.
Get back Jojo.

Hari ini, saya tiba di bandar Tucson yang terletak di padang pasir Arizona, salah satu dari 50 negeri dalam US of A.
Tucson (disebut Too-son = 'son' disebut macam kita sebut Sony) bukan pun ibunegeri Arizona. Ia bandar terbesar kedua selepas Phoenix, capital of Arizona.
Anak paling terkenal Arizona ialah Senator John McCain - yang kalah kepada Barack Obama.

Kami terbang dari La Guardia airport di New York naik pesawat American airlines, lalu turun di Dallas airport, Texas (teringat lagu cerita TV series 'Dallas', JR Ewing dengan topi koboinya dan soalan 'Who shot JR?'). Penerbangan tiga jam.
Tapi tak keluar airport pun, naik Skylink train tukar gate nak transfer plane. Dallas adalah airport hub di tengah Amerika.
Kami tukar pesawat American lagi satu untuk ke Tucson. 1jam 40minit.

1) Antara Tucson dan NYC masanya go-stan tiga jam.
NYC 10malam, KL-Spore 10pagi, di Tucson 7mlm. Mabuk aku tukar-tukar masa ni.
Jika di Dallas tadi, go-stan satu jam berbanding NYC.

2) Jika Washington DC penuh museum dan memorials, dan NYC penuh mall dan kedai membeli-belah, Tucson ni penuh dengan padang pasir dan cactus.
Ini negeri koboi dan Red Indian serta Hispanics yang masuk dari Mexico, brader.
Bandar dikelilingi empat kawasan pergunungan padang pasir.
Cerita bandar tu di sini.

3) Tadi naik pesawat, beratus-ratus kilometer hanya padang pasir, padang BATU dan gunung BATU. Tak ada pokok langsung (GAMBAR). Tak nampak air pun. Takuttt. Baru saya faham cerita koboi yang tak ada pokok dan nak cari air minuman payah.


Dah dekat Tucson baru mula nampak bushes dan pokok-pokok.
Di airport Tucson ni, lukisan di dinding semuanya ada cactus!
Kat luar airport ada cactus dua kali tinggi daripada manusia. Ada bunga cantik.
Cuaca semalam ialah 100deg F (38deg C). Hari ini dah turun lebih kurang 25deg C. Ada matahari terik, tapi sebab angin kuat, maka sejuk juga.

4) Jika DC bangunan paling tinggi ialah 10 tingkat, NYC semua mencakar langit, di Arizona ni macam masuk kampung koboi.
Banyak bangunan hanya satu atau dua tingkat saja.
Tempat penginapan kami, Holiday Inn Hotel & Suites (GAMBAR) hanya tiga tingkat.
Depan hotel ada shopping centre terbesar di bandar 600,000 orang ni (DC 540,000, NYC 8juta). Hanya satu tingkat Tucson Mall ini.
MEREKA BANYAK TANAH DAN PENDUDUK SEDIKIT, jadi tak perlu buat bangunan tinggi.
Kamu lihat gambar ini, baru jelas ketotnya bangunan di sini.


5) Di DC, bilik Washington Marriott kecik.
Di NYC, bilik Roger Williams kecik.
Di sini, kami diberi suite. Bukan tempat tidur saja, ada kerusi living room, dinner table and chairs, dan small kitchen. Wooi, rusa masuk padang pasir.

OK, jam 2pagi (waktu NYC), walau baru 11mlm di sini. Ngantuk-mabuk-confuse.

6) Kumpulan kami enam orang (bukan lima).
Wartawan TV Israel, diplomat Greece, ahli politik Romania, akademik India, seorang pegawai pengiring dari State Department dan rusagurun.

OK Jojo nak ngorok. Esok dan lusa, macam-macam meeting. Pengsan aku.
Walau baru tiba, ada benda yang saya nampak dan dengar yang boleh dipelajari umat. Nanti saya cerita lain kali.



No comments:

Post a Comment