Sunday, May 30, 2010

Rusa dah masuk kandang

Chic-HK = 14jam.
HK-Singapore = 3.5jam setengah.
Rusa nak tidor. 2pagi waktu Sing-Mal.
Buka buku lain, cerita propaganda pro-US dah habis.



6.30PAGI - Dah bangun dah!

Sebab masa kat DC-NYC 6.30ptg, Chic 5.30ptg dan Tuc 3.30ptg.
Inilah namanya jet lag. Baru aku paham. Heehee. Rusa betul hamba ni. Dulu saya ingat orang kata 'jet lag' tu maknanya penat duduk dalam kapal terbang.

Saya naik pesawat dari Chic tadi jam 1ptg SABTU. Tiba-tiba keluar Changi tadi selepas angkut bag dah 12.30pg ISNIN.
Eeks, aku rugi SATU HARI. I lost a Sunday!!!

Itulah, semasa masuk US dulu saya GAIN one day, bila keluar LOST one day.
Rusa ni nak kena sembelih, sebab jakun sangat.


Dan pagi ini saya seronokkkkk (kata Ahmad Nisfu) menggunakan sesuatu yang saya tak bawa banyak, lalu kehabisan, semasa Merantau Ke Deli tu.
Korek telinga!Nak beli kat sana, tapi mereka jual semua dengan 'American portion'. Besar-besar. Tak ada jual korek telinga dalam plastik saiz kecil. Saya nak beli sebungkus 100 biji, mereka jual paling kecil ada 1,000 biji.

Nikmat Allah bukan dapat jongkong emas saja, ya.
Dapat korek telinga pun syiok juga.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment