Thursday, May 20, 2010

Malaysia dan pelajaran dari creative superpower

- Jika kita tinggal zaman Rasulullah dan para sahabat, tentu kita nak mengunjungi Makkah dan Madinah, walaupun sebagai orang luar atau spy, nak ngendap bagaimana orang padang pasir yang selalu bergaduh sama sendiri, boleh suddenly maju dan kuat.
- Jika kita hidup di zaman Roman Empire, tentunya kita nak melawat Rome, nak lihat kebesaran mereka dan apa yang buat mereka ni 'terror' dan 'mengancam' sangat. Mereka conquer banyak kawasan dikeliling mereka - termasuk pulau besar yang menjadi England dan Scotland!

Saya gemar dengan sejarah dan teknologi. I am a student of history and technology.
Sejarah ialah tentang cerita-cerita lama dan apa yang dapat dipelajari, dan satu lagi tentang ciptaan terbaru yang dapat menunjukkan arah manusia di masa depan.

Cita-cita saya dari muda (maklum sekarang dah, ahem, kurang muda) ialah nak melawat Egypt, Rome dan New York. Dan mungkin India, Turkey dan China.
Saya dah dapat mengunjungi Cairo, walaupun 3 malam saja untuk bekerja (pemerhati kumpulan Mercy Relief Singapore hulurkan bantuan kepada Gaza Strip). Dan dah merayau sikit di India.

Kini dah melawat dua bandar besar di Amerika ni, fahamlah sikit saya mengapa negara ni begitu kuat dan kadang-kadang kita lihat, angkuh.
Washington DC dan NYC ni macam Putrajaya dan KL.
Yang satu tak ramai orang tapi bandar utama pentadbiran negara, yang lagi satu sibuk nak rak sebagai bandar komersil.

Pandangan saya kenapa Amerika ni begitu menonjol di dunia bukan sesuatu yang baru, tetapi dah ditambah ilmu dengan cerita-cerita yang saya dengar.
Pakar-pakar mereka dah banyak kasi lecture dengan kami - termasuk yang paling digemari kumpulan 21 orang kami - seorang American Arab terkemuka di Washington, Akram Elias. Si Fareed Zakaria pun kalah. Lecturenya ada sipi-sipi sokong pandangan dunia Islam.
Mamat ni di Washington kupas cara Amerika ditadbir - how America is governed - semua tercengang.
Apa yang saya ingat saya faham tentang sistem pemerintah mereka, Senate dan Congress, Republican dan Democratic, bayaran cukai, semuanya salah!!!!!!!
Sayang panjang sangat ceritanya, menyesal saya tak recordkan.

Dengan ceritanya yang panjang lebar - sepatutnya lecture satu jam, tapi semua syiok tanya macam-macam sehingga jadi dua jam.
Dan ada pegawai kanan pemerintah mereka yang lain yang beri taklimat dan lecture.

Dan hari ini/Khamis 20Mei, kami dibawa ke pejabat akhbar terkemuka, The New York Times, untuk bertemu dengan salah seorang pemberita mereka yang terkenal.
Lepas tu bertemu dengan ketua kumpulan NGO Amerika yang banyak membantu dalam isu human rights (termasuk membantu orang bernama Muslim di Guantanamo Bay). Beliau dari Human Rights First.
GAMBAR: Rakan-rakan di luar pejabat New York Times. Dari kanan - wartawan wanita Turkey (tinggi si minah ni, ketot aku), pegawai menteri luar Latvia (baju oren), wartawan TV lelaki Israel, pegawai menlu wanita Greece, pegawai politik wanita Romania dan diplomat lelaki Hungary.

KENAPA AMERIKA DISEGANI

Ini kesimpulan saya sendiri ler, bukan sebab kena umpan melawat US, lalu melatah.

Apabila 13 negeri kolonial Britain di Amerika lawan tauke (rebel) dan menubuhkan Amerika Syarikat 324 tahun lalu, mereka ni semuanya dah fed up dengan Britain.
Mereka nak freedom of religion (mazhab kristian mereka dulu kena tekan oleh Britain). Dan mereka mahukan freedom of speech - sebab London dulu sekat.
Dari situlah berbuah bibit demokrasi dan kenapa mat salleh US ni suka laungkan freedom of speech, freedom of religion dan freedom of association ni.

Kerana mereka tak suka sekat rakyat, freedom of the mind ni membuka minda mereka untuk mereka (design, invent, create) macam-macam.
Dari SEJARAH terus kita masuk TEKNOLOGI.

Siapa yang control dan invent banyak sofwe dan hardwe di dunia ni?
Internet, Amazon.com, Google, Facebook, Twitter, Microsoft, Apple, HP, Dell.
Kerana mereka ini bijak di dunia Internet ni, cara hidup kita dah berubah langsung - yang hidupkan Blogspot. com pun mereka juga.
Kerana mereka Kit Siang dan Chedet dapat suarakan pendapat setiap hari!
Amerika yang keluarkan filem yang kita seronok nonton saban hari di TV dan panggung, lagu-lagu ciptaan mereka banyak - semuanya adalah kerana minda mereka dibebaskan.

Kita boleh argue orang Jepun dan Korea pun pandai - tapi mereka dulu copy teknologi Amerika.
Baik nak membuat kereta (Henry Ford dulu yang mass produce kereta), IBM dan Wang Computers, Xerox, Kodak. 
Banyak teknologi hari ini datang dari Amerika, lalu diadapt oleh Jepun dan sebagainya.

Dengan teknologi inilah orang Amerika jadi kaya raya!
Bukan dengan kronisma dan nepotisma, baik di Malaysia mahupun Singapork. Mereka create teknologi nak jadi kaya. Adakan benda yang dulu tak ada!!! Lalu semua orang berebut, seperti iPhone, iPod dan iPad.


DI SHOWROOM BESAR APPLE

Tadi saya jenuh berjalan. Dari meeting di West 44th Street, saya berjalan ke East 57th Street.
Cari showroom Apple yang terbesar di sini.
Whoa! Kat basement tu, ada puluhan iPad depa kasi orang buat main.
Dan ratusan Macbook, ipod dan sebagainya - semua anda boleh pegang dan test sebelum membeli. Tak beli pun tak apa.

Kerana tempat ini tak jauh dari Times Square (tempat tourist paling popular di NYC - macam Bukit Bintang atau Orchard Road ler), maka sesak rabak kedai Apple ni.
Saya nak order iPad 64GB 3G - depa kata kena order sekarang, seminggu lagi baru tiba. Tak jadi order.
Pandai mereka main peranan buat marketing dan sales ini.

Lepas tu saya berjalan yang paling jauh sejak dah tua ni, yang BUKAN di atas treadmill.
Saya berjalan dari East 57th ke hotel saya di East 31st = 24 blocks!
Hampir 5km pakai kot, lepas tu buka kot kepanasan. Satu jam saya berjalan.
Ribuan manusia dan ratusan bangunan pencakar langit saya lalui.
Teringat saya dari hujung ke hujung, kalau aku tulis benda ini, orang Melayu-Islam Malaysia boleh terima ke?
Sebagai negara angkat saya, saya ni selalunya lebih banyak pikirkan Malaysia daripada Singapore. Di Temasek orang Melayunya (kamu tak percaya pun tak apa) dijaga oleh pemerintah dengan agak baik.
Nanti di bawah saya cerita apa yang dihati saya tentang umat Malaysia ni.


TIMES SQUARE DAN BROADWAY SHOW 

Setengah jam tadi saya baru balik dari Times Square - punya banyak lampu terang, advertisement. Yakun rusa ni masuk bandar. Ribuan pengunjung dari seluruh dunia.


GAMBAR: Times Square waktu petang, 5ptg. Siapa kata payah nak cari makanan halal di NYC? Hari ini saja saya nampak 4-5 gerai tepi jalan halal - ada burger, hot dog, nasik ayam. Meals-on-Wheels.
Mereka pakai lori dan yang jual pakcik atau mamat muda Arab.
Mereka gunakan label 'Halal Meat' atau 'Halal Food'.
Di tepi pejabat New York Times pun gerai berjalan halal ni!
Kat tepi gedung besar Victoria's Secret pun ada!!
Teksi pun banyak dipandu umat Islam. Kamu cari yang pakai songkok haji atau yang berjanggut muka macam Osama.

Dan first time saya nonton live theatre tadi, di Broadway. Tiketnya dibayar penganjur US$120 seorang. Mak oi.
Nonton theatre ni hobi orang kaya dan saya kekok, tapi tiket dah dibayar. Saya nonton West Side Story, kisah Romeo dan Juliet moden di Amerika.

Saya nonton dengan tiga yang lain. Rakan wartawan lelaki dari Israel, dan dua diplomat wanita - satu dari Romania (minah ni memang betul keturunan Count Dracula, sebab dia berasal dari Transylvania!) dan seorang lagi dari Armenia.
(Kalau nak tahu - jalan cerita show tu sungguh menarik, tapi saya kekok duduk dengan orang kaya-kaya dengan hobi orang kaya ni. Maaf, bukan apa, saya ni wartawan islamo-sosialis, agaknya).
Geng kami yang lain pilih theatre lain - Billy Elliot (13 orang), Chicago (dua) dan Mamma Mia (dua).


GAMBAR: Dari tempat duduk saya. Apabila live show start, takkan nak petik gambar! Terkejut nanti pelakon atas pentas tu kena flash.

Yang penting ialah ini: Kami diberitahu pegawai taklimat tadi - ada TIGA cultural heritage Amerika yang mereka bangga sungguh. Iaitu benda ini mereka yang cipta, bukan Britain, India atau Malaysia.
1) Jazz.
2) Modern Dance.
3) Theatre.
(Misalnya, tarian mak yong dan sandiwara adalah ciptaan Malaysia).

Di sini pun kita dapat lihat soft power Amerika. Mereka conquer dunia bukan saja dengan senjata. Tapi dengan teknologi. Dengan hiburan pun.


PENGAJARAN UNTUK UMAT MALAYSIA 

Dah lama saya nak kata ini. Orang yang kerap baca blog saya pun dah tahu.
Saya berasa kekok apabila kumpulan bernama Islam dan Muslim paksa-memaksa untuk menjalankan 'hukum Islam' di Malaysia ni.
Bukan apa. Pada saya, hukum hudud dan halal-haram ni sepatutnya diperkenalkan di AKHIR pentadbiran Muslim, selepas umat dah pandai tadbir negara, bijak teknologi, pintar buat senjata.
Saya kekok melihat kenapa kita sibuk-sibuk sangat nak halalkan yang itu dan haramkan yang ini dengan cepat.

Percayalah. Jika umat disempitkan ke satu jurus saja, mereka jadi jumud.
- Kalau semua kamu dah sempitkan, mereka tak akan berfikir bebas untuk menjadi inventor, creator dan designer.
- Islam should first be introduced as broad principles of justice, enabler of creative thinking, bukan agar umat dijumudkan.
- Kenapa tak dihukum haram kepada umat Islam yang malas belajar?
Di universiti Malaysia, 60 peratus mahasiswa pompuan! Yang jantan nak tadbir negara mana? Semua pemalas, pandu kereta jam 2pagi tengok bola, agaknya.

 -------------------------
TAMBAH 0730pg NYC: 
Betullah tu, tak masuk universiti bukan bererti bodoh. Tapi sedih sungguh saya bila melihat orang muda melayu Malaysia kerja jadi security guard ni. Baru 20-30 tahun kamu jadi security guard di Malaysia kenapa?
Tak ada peluang belajar? Mustahil. Kalau bodoh belajar pun, kenapa tak ambil kursus memasak agar satu hari boleh buka restoran kecil?
Kenapa tak macam anak bangsa lain, depa boleh repair kereta kita dan pasang accessory kereta kita. Boleh pasang TV antenna dan repair barangan elektronik kita.
Yang kamu jadi security guard muda-muda di Malaysia tu, apasal!?!?!?

Saya tak menghina langsung kerja jadi security ni atau cuci jamban pun. Arwah bapa saya drebar, ibu dulu amah. Dan adik saya seorang security guard di Singapore. Beliau dah cuba macam-macam - jual multi level marketing, jual telor part time, dan yang lain.
Tapi kamu di Malaysia, bumiputera dan melayu dan MASIH MUDA, apasal malas sangat nak tambah ilmu!?!?!? Bukan suruh buka buku, pergilah belajar gunting rambut, pasang antenna TV atau buat construction kecil-kecilan.
Yang ambil jalan mudah jadi security gaji RM600-800 tu apa hal?
Lepas tu dah kawin, apa kau nak kasi makan anak pompuan orang tu? Dan anak-anak kamu nanti?


------------------------
- Adakan fatwa mereka yang invent sofwe yang boleh menaikkan nama Muslim dapat pahala besar? Atau nak galakkan umat pandai repair kepala paip air yang bocor!
- Kita selalu sibuk mengharamkan dan menghukum, sedangkan ilmu 'dunia' ulama semua buat donno. Sedangkan tanpa ilmu dunia ni, kamu kena kontrol dengan orang kapir yang nak jahanamkan kamu. Lihat saja sekarang ini di Malaysia dan mana-mana.
Orang tertawakan kamu: Jika mereka lari semua maka negara akan collapse sebab yang bernama Muslim cuma pandai haramkan yoga, dan paksa orang pakai tudung saja.
- Kalau Islam syumul, kenapa sibuk dengan hukum-hakam yang satu sudut saja?
Kenapa kita concern saja jika orang beryoga dan berkhalwat, tapi tak buat hukum apabila ramai sangat mamat Melayu ni tak masuk universiti?

Dah lama betul saya nak tanya ni.
Bukan kerana saya di negara kapir, lalu berani bertanya.
Cuma saya dah lebih memahami kenapa negara ni jadi Superpower - bila-bila masa saja mereka boleh jentik kita, semua mati.
Kenapa Najib dan Anwar sibuk nak melobi Amerika? Tentunya sebab tahu akan kekuasaan mereka ini.
Tapi jika umat islam pandai buat senjata, create teknologi, invent sofwe, orang tentu segan.
Kita segan dengan Jepun dan Korea pun atas sebab sama. Mereka tekankan pelajaran dan ilmu, become creators dan inventors, satu dunia segan nama bangsa mereka.
Kalau orang dah segan dengan kita, beb, berbondong nak tahu pasal Islam. Tak payah kamu suruh, nanti semua ajak implement Islamic rules.

Bukan saya kata kita sembunyikan hukum-hakam, cuma pada saya kenapa kita tekankan satu sudut saja?
Free their minds, and let a thousand inventions bloom.
Kalau tak terima apa yang saya tulis, bantah tetap bantah!

No comments:

Post a Comment