Thursday, May 6, 2010

Greek, Spain, Portugal.... lain macam saja ni

Hujung minggu lalu, saya tambah beberapa widget di blog ini.
Saya letak widget harga minyak, precious metals (emas, perak dan seterusnya), bijiran (rice, corn, soybeans), minyak sawit, dan pasaran saham dunia.
Bukan apa. Apabila dah penat kerja seharian, kadang-kadang nak tahu juga apa terjadi di pasaran kewangan.
Kalau tidak, tak sempat nak menjenguk sebab bukan kerja saya menjadi pemerhati pasaran kewangan.

Tapi kehidupan di zaman ini begitulah.
Kadang-kadang kita duduk diam-diam, tiba-tiba ada benda meletup di pasaran kewangan di tempat lain yang merosakkan ekonomi negara dan juga menjejas harga barangan yang kita beli (sama ada Toyota, roti canai, beg Fendi atau ice cream).
Saya khuatir melihat apa yang berlaku di Greece. Ekonominya goyang macam Thailand tahun 1998 dulu.
Dan kini orang kata mungkin merebak isu ekonomi-lemah ini ke Spain dan Portugal.

- Sebab itu anda boleh lihat - harga minyak di hujung minggu US$86, kini dah $79.
- Emas dan perak pun kena bantai - dah jatuh kira-kira 3-4 peratus kerana dolar Amerika melonjak dibandingkan dengan matawang Euro (apabila US$ naik, precious metals biasanya jatuh. Cerita disebaliknya di lain masa). 
- Bijiran dan sawit lemah - kerana takut ekonomi dunia terjejas.
- Dan pasaran saham dunia - baik DJIA, Footsie, Nikkei mahupun Straits Times Index berwarna merah minggu ini sebab pelabur ketakutan.


HARAP ANDA JUGA PERHATIKAN

Masa 1998-1999 dulu, berapa kerat kita yang sehingga July 1998 pernah dengar perkataan 'financial crisis', 'IMF', 'bail-out', 'non-performing loans', 'financial contagion', 'cash reserve ratio', 'downgrading of sovereign debt' dan sebagainya.
Masa tu, ekonomi Malaysia setaraf dengan ekonomi Thailand dan Korea Selatan, Taiwan dan Singapore. Digelar Tiger Economies.
Donch play-play, you. 
Menggigit macam harimau ekonomi dalam tahun awal 1990an yang dipimpin oleh orang Melayu-Islam-Bumiputra yang bernama Mahathir dan Anwar - bangsa dan agama yang kini diperkecilkan oleh bangsa lain di Malaysia sebagai pemalas dan bodoh. 
Tapi pada Ogos 1998, matawang Thai diserang, kemudian pasaran saham dan bondnya merudum. 
Terus menjangkiti Malaysia, Indonesia, Filipina. Lepas tu merebak ke Korea Selatan, Singapura dan Taiwan. Lepas tu Russia dan Brazil. Dan seterusnya satu dunia!
- Orang panggil financial contagion - penyakit kewangan yang menular, lalu kita terus masuk zaman financial crisis masa tu.
Saya yang menjadi wartawan ekonomi-kewangan masa tu pun jarang pernah mendengar benda-benda ini yang kemudiannya menjadi perkataan yang kerap dibibir para economists and politikus.

- Seperti non-performing loans atau NPL (hutang di bank yang tak dapat dibayar oleh peminjam. Pak Mat pinjam RM100,000 beli Merc, dah kena buang kerja), 

- cash reserve ratio atau CRR (Bank Negara menghendaki setiap bank mempunyai kadar minima wang dalam bentuk cash, yang tak boleh dipinjamkan; agar boleh membayar jika tiba-tiba ramai nak keluarkan wang dari bank kamu. Misalnya paling kurang 5 peratus mesti dalam cash disimpan oleh bank, berbanding dengan jumlah yang dipinjamkan).

- Mana kita tahu tu masa tu bahawa ada pertubuhan bernama Standard & Poors, Moody's dan Fitch Ratings yang boleh merendahkan sovereign debt kita di pasaran yang boleh menekan ekonomi negara. 
Apabila mereka rasa negara tak stabil atau kedudukan kewangan tak kuat, mereka boleh downgrade sovereign debt negara. Mampoi.
Bila sovereign debt (kedudukan hutang piutang negara) kena downgrade, maka apabila negara nak meminjam wang di pasaran bond dunia, kena bayar kadar bunga (interest) yang lebih tinggi.
Misalnya, rating S & P di sini.  
Jika sovereign rating Malaysia dulu 'AA', tapi misalnya kerana ekonomi goyang, diturunkan kepada 'BB', pingsan brader. Itulah yang terjadi dalam 1998-99 kepada banyak negara Asia ni.

Kalau kita ingat masa tu, jutaan manusia hilang kerja di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Korea. Di Indonesia jadi rusuhan kaum dan ramai mati terbunuh, kedai terbakar.
Yang buat saya gelak masa tu ialah Dr Mahathir yang fed up sebab Malaysia di downgrade ratingnya. Apabila ditanya tentang rating agencies ni, beliau berkata:
"They are always moody, and their standards are poor". 





Sekarang ni, saya macam dah nampak bayang-bayang Thailand 1998 di Greece. Yang kini dikhuatiri merebak ke Spain dan Portugal - antara negara European Union yang mempunyai ekonomi lemah.
Negara Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) ini, Greece, dah kena pinjam wang IMF.
Dah beribu pekerja memberontak sejak beberapa hari ini kerana tak tahan diberi pil IMF nak baikkan ekonomi.
Moody's dah pun kasi warning tentang sovereign debt ni dan gunakan perkataan 'contagion', di sini. Ahli ekonomi kalau dah gunakan perkataan ni, dah parah keadaan tu.
Macam sasterawan negara Shahnon Ahmad dulu gunakan perkataan 'S***!' sebagai tajuk buku. Dah teruk benarlah tu.

Saudara dan datin, sama-sama kita perhatikan.
Yang pasti, berpada dalam berbelanja. Takut ekonomi dunia ni retak lagi. 
Kalau anda golongan jutawan OKlah. 
Untuk pekerja macam saya, tak jadi nak beli Audi Q7, kena beli Perodua Nautica.
Tak jadi nak beli banglo di Damansara Heights sebelah datuk Umno, kena terus menetap dekat rumah orang Pas di Keramat yang dicat hijau muda. 
Tarik napas, terus kerja kuat.


--------------------------------------------

TAMBAHAN 9.15pagi - Lagi berita Eropah

Ini yang saya baca. Saya tak paham politik Eropah sebab terkeluar dari bab kerja. Cuma syiok lihat orang mengundi ni - rakyat bagi Report Card kepada pemerintah!



A) BRITAIN
Setelah memerintah selama 13 tahun, rakyat Britain dah muak dan nampaknya akan menendang keluar Labour dan menggantikannya dengan parti Conservatives.
Labour ni semasa saya muda dulu adalah parti pembangkang yang melawan Margaret Thatcher dan John Major, tapi kemudian naik disokong rakyat.

Kini rakyat kembali kepada Conservatives, tapi katanya undi yang dilakukan semalam akan menjadi hung parliament. Tak cukup 51 peratus kerusi akan dimenangi oleh Conservatives yang dikepalai oleh John Cameron.
Perdana Menteri Britain kini Gordon Brown (Labour) nampaknya kena turun juga.

Dan ada parti ketiga yang namanya sedang harum, Liberal-Domocrats diketuai oleh Nik Clegg. Nampaknya Lib-Dems akan dipujuk oleh kedua parti besar itu untuk jadikan coalition government.

Kat Malaysia, usaha nak tegapkan two-party system sedang giat dijalankan.
Kat Singapore, jangankan two-party. One-and-a-quarter party system pun akan ditembak mati oleh pemerintah dari awal lagi, kahkahkah. Kat Singapore agama rasmi dan parti politik rasmi yang itu juga, brader.



B) GERMANY

Ahad ini, negeri paling ramai penduduk di dalam ekonomi terbesar di Eropah akan mengundi. Semua orang suka naik Porsche, BMW, Merc, VW dan bercakap mengenai German efficiency dan German clock (maksudnya mereka jarang lewat apabila membuat temujanji).
Semasa belum ada matawang Euro dulu, matawang Germany adalah yang paling orang segan di Eropah, Deutschemarks. Kata orang dulu, kalau nak simpan wang di Eropah, jangan letak dalam Sterling (Britain) atau French Francs, tapi dalam 'Marks.

Chancellor Angela Merkel akan menghadapi undi penting di negeri North Rhine-Westphalia.
Jika kalah, maka coalition CDU-CSU beliau mungkin goyang.
(Cakap mudah: kalau itu Malaysia, ada pengundian dewan undangan negeri Selangor pada Ahad ini. Takkanlah BN tak takut kalah di Selangor? Opocot! Dah kalah pun!)













No comments:

Post a Comment