Saturday, May 22, 2010

Shopping di mall terbesar di dunia

Cerpen seterusnya untuk santapan hujung minggu.
Rusa dah mula pandai jalan-jalan di bandar.
Stranger also doesn't feel quite so strange in the Strange Land anymore.

1) KEEP THE CHANGE!

Cara orang di sini jauh bezanya dengan cara kita. Memanglah kat negeri seperti Hong Kong dan Indonesia kalau masuk hotel kena tip.
Tapi di sini ia menjadi WAJIB.
Kami diajar oleh penglola:
a) Jika naik teksi, tip lebih kurang 10 peratus dari apa yang kamu bayar.
Flagdown cab rate ialah US$2.80 atau US$3.00.
Jika kamu naik US$10, kena tambah $1 ler, jika tidak teksi drebar rasa kamu ni kurang ajar.
b) Jika makan di restoran, tipnya ialah 15 peratus.
Jika makan $50, tambahlah bila sign bill tu $7.50. Plus or minuslah asal jangan tak kasi.
Nak bayar lebih, ofcourse OK!
Jika makan ramai-ramai satu table, kena bagi lebih kurang 20 peratus! Sebab mereka kena layan macam-macam perangai.
c) Setiap pagi bila keluar bilik, tinggalkan $1 atau lebih untuk maid bersihkan bilik.
d) Kalau bellboy hantar atau ambil beg di bilik, $2.

Terkejut juga, tapi ini cara mereka. Samalah jika mereka datang ke KL atau Geylang, tentunya kita beritahu mat salleh ni tolong jangan kasi tips. Dah jadi budaya mereka tips ni.
Lebih penting lagi, gaji pelayan restoran, bellboy, maid adalah rendah, dan mereka bergantung kepada tips untuk hidup.
Tapi oleh sebab itu ada beza service mereka.
Mereka melayan kita dengan begitu ramah. Sebab ada makna.
Jadi bila tak kasi wang di akhirnya, mereka rasa tertipu.


2) BANGUNAN BENTUK CLASSICAL

Masuk Washington DC minggu lalu, rusagold terkejut kerana semua bangunan ketot-ketot. Rupa-rupanya ada undang-undang tak boleh lebih tinggi dengan bangunan Capitol Hill. Lebih kurang tinggi 10 tingkat

Di New York pula bangunan mencakar langit.
Tapi itu kita dah biasa lihat baik di Bukit Bintang, Raffles Place atau Central di Hong Kong dan di downtown Jakarta.
Dan taklah tinggi sangat pun. Cuma sebab jalanraya tak begitu lebar, jadi kadang-kadang susah nak cari langit. Yang saya terkejut rusa (di cerita lain, saya selalu terkejut berok, tapi ni cerita di Strange Land, saya terkejut rusa!) ialah rekabentuk dan design bangunan di sini.
Depa tak bikin macam kat KL, Orchard - Semua bangunan ada cermin kilat, lepas tu ada besi dan batu.
Baik KLCC, One Raffles Place. Semua bangunan modern.

Di NYC, their buildings have souls.
Sebab banyak sungguh bangunan lama diperbuat daripada batu bata, maka apabila diperbaharui, bangunan TIDAK dirobohkan seperti di negara kita.
Mereka diamkan gitu saja. Jadi jika kamu ada hobi rekabentuk bangunan, maka the whole city is a feast for the eyes.
Saya dulu sebelum jadi wartawan kerja di sebuah firma arkitek di Singapork, International Project Consultants. Boss arkitek Australia dua orang - glamour yang satu ada Lamborghini warna putih.
Saya menjadi draughtsman mekanikal - semua design airconditioning, saya yang buat.
Jadi saya ada minat, yang dah karat, tentang design bangunan ni.

Para arkitek muda, jika nak dapat inspirasi design bangunan, cepat datang ke NYC.
Kalau kamu jalan dari 1st Street sampai 5th Street pun dah dapat puluhan bentuk dan design yang berbeza.
Dah empat hari kat sini, setiap kali dibawa naik bas ke meeting ni, syiok dapat tengok macam-macam bangunan mereka.
Dah tiga hari pula saya dibawa makan lunch di Grand Central Station - cantik sungguh designnya di luar dan dalam. Errr, tak payahlah nak bandingkan dengan KL Sentral tu - terminal kampung. Atau Orchard MRT - sempit.

Lihat GAMBAR-GAMBAR di sini.
Macam-macam bentuk yang menarik.
a) Landmark mereka ialah Empire State Building - rekabentuknya dinamakan Art Deco - baca sini.
b) Bangunan lain pula dinamakan menggunakan rekabentuk Beaux Arts (pronounced 'bo') - lihat gambar-gambar di sini. Syiok classical design ni.
c) Kalau gereja mereka pula, designnya dinamakan Gothic. Wooi, besar dan megah.
Semalam saya ternampak gereja gothic terbesar di DUNIA yang terletak di NYC. Whoa.

Semua orang tahu bahawa cerita Batman berdasarkan bandar NYC. Heronya tinggal di sebuah bandar besar di mana crime rate tinggi (dulu). Nama bandar dalam cerita Batman ialah Gotham City.

d) - Ada pula yang design bangunan mirip Roman architecture - banyak pakai tiang. Seperti Grand Central Station.
e) - Yang lainnya bentuk 'modern' - bentuk macam World Trade Center yang dah roboh. Semua tingkap kaca disalut besi. Boring.

3) SHOPPING CENTRE TERBESAR DI DUNIA

Petang tadi tak ada kerja, saya jalan-jalan ke 6th Avenue dan 34th Street (tak jauh dari Times Square dan di belakang Empire State Building), di mana terletak mall yang terbesar kat dunia.
Shopping centre saiz gergasi. Sembilan atau 10 tingkat, saya pun tak panjat semua. Tak larat.
Dari basement 3 ke tingkat tiga sebelah belakang ialah Men's Section. Itu saja yang saya gi. Itupun habis dua jam sebab macam-macam ada.
Dalam sini ada TIGA outlet Starbucks - semua "to go" (mereka tak panggil "take away").
Di basement ada banyak restoran makan.

Nak kata mudah, kalau seluruh Suria KLCC tu kita jadikan satu kedai bernama Macy's, itupun baru SETENGAH saja saiz Macy's di NYC ni!
Harga barangnya pun MURAH jika dibandingkan di Singapore!!!
Saya tak beli banyak sebab tak mahu beratkan beg.

Tapi ada baju panas Calvin Klein ori, cuma US$65.
Jersey ori World Cup untuk team Brazil dan Argentina, US$70.
Dan baseball cap team football Argentina, Portugal oleh Hugo Boss, cuma $45! Ini cap ori Hugo Boss, bos.
Kasut Nike depa macam-macam bentuk yang saya tak pernah nampak dan harganya pun murah sedikit dari di Singapore.
Kalau ikut nafsu, habis duit. Cepat-cepat rusa beredar, lari masuk hutan....
Dekat dengan Macy's ni ialah sebuah lagi mall, JC Penny. Hmmm, nanti rusalatino nak masuk.

GAMBAR: Ini bahagian DEPANnya saja! Bangunan ini sepanjang 300m ke kiri! Fuyoh.
Bentuk Macy's ni campuran Art Deco dengan Beaux Arts.









No comments:

Post a Comment