Thursday, January 7, 2010
e-Reader, Tablet, Slate & lesen berdemo
Dah macam-macam gadget meletup di Consumer Electronics Show (CES 2010) di Vegas.
Jika tak mahu jadi orang gila yang akan merosakkan nama negara dengan demo di sini atau di sini, lawat website gadget Gizmodo.com - lihat produk-produk terbaru di CES 2010.
Yalah, kita marah. Saya pun marah.
Tapi dah cukuplah kalau join group Facebook ni - dah 132,000 join pun.
Kesiankan Abang Polis. Orang politik kata okay, dia nak kata apa - terpaksa turut perintah.
Tetapi ANDA perlu ke menakutkan kaum minoriti dan pelabur dengan gelagat demo jalanan? Katanya dalam masjid, tetapi kalau berarak esok pun, abang polis berani tahan ke? Lebih lagi jika ada orang politik besar turut sama.
Sama juga yang di kedutaan Mesir. Buat nak test abang polis macam gini.
Dan lebih teruk lagi: benda ini akan menarik perhatian dunia dengan satu lagi headline sumbang dari Malaysia.
Kata nak beritahu dunia tentang 'the Malaysian story'.
Ini story yang disampaikan saban minggu:
- Projek PKFZ berbilion keluar, tak ada yang kawal.
- Penolong politik dijumpai maut di bangunan MACC.
- Wanita nak disebat minum bir. Tapi hingga kini cerita dipanjangkan sebab flip-flop.
- Bekas perdana menteri belanja RM100 bilion. Beliau kata penggantinya lagi teruk.
- Jet engine hilang dari air base. Dua pulak tu. Yang ditangkap orang bawahan saja.
- Gaduh tentang isu Allah tak habis-habis walaupun mahkamah dah beri perintah tangguh.
- Ekonomi tak naik-naik. Keuntungan Petronas dah berkurangan banyak.
- Dan kini: orang politik kata boleh demo dalam masjid.
Saya tinggal di Malaysia lama dah - semasa zaman Reformasi pun, pihak-pihak masjid selalu kata 'jangan bawa isu politik ke dalam masjid'. Agar kita dapat terus solat bersama. Kini dah tukar lagu pulak. Risau saya.
Baik saya cakap tentang gadget.
Seperti yang tulis semalam - dah banyak e-Reader, tablet dan slate dah keluar.
Dari Sony Dash, Skiff Reader, Nvidia (belum ada nama), Spring Design Alex, dan sebagainya.
Tapi sejauh ini, yang paling suka ada di GAMBAR di sini.
1) Dari Lenovo IdeaPad U1: Laptop kawin tablet.
Nak gunakan sebagai laptop ok, tapi bila kita nak baring atas katil sambil baca buku atau hantar email, atau nak ke kedai kopi membaca agendadaily atau NST online, boleh cabut screen dah bawa sebagai tablet!
2) Tak cukup plug nak cucuk wire? Hah! Tengok gambar yang lagi satu!
Namanya ialah PowerPost: TiangKuasa.
Okay cukuplah tu.
Cakap sampai berbuih pun, orang dah dapat lesen demo takkan dia tak gi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment