Tuesday, January 19, 2010
Merantau seminggu
Anak,
Pakcik nak berlayar jauh selama seminggu, mulai pagi esok.
Kalau sempat, nak sekali lagi ke kubur moyang, Iltutmish (GAMBAR: Kubur marmar beliau), raja Mamluk yang menyempurnakan Qutub Minar, menara batu tertinggi di dunia - dibina tanpa menggunakan tiang besi. Dan 780 tahun menara ini berdiri teguh (Sejarah Melaka hanya kira-kira 500 tahun).
Dari dinasti Mamluk, ke Khalji, kemudian Tughluq, Sayyid, Lodi, Suri dan yang paling terkenal, empayar Mughal (pembina Taj Mahal).
Tetapi sekarang dah jadi sejarah. Dikalahkan Inggeris kerana mereka berpecah. Jadi minoriti lemah sekarang.
Ada sejarah yang boleh dipelajari di sini.
Pakcik tak tahu dapat peluang update blog ke tidak.
Kerana ada perjumpaan media Asean-India dan perayaan India's Republic Day.
Harap berjumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment