Tuesday, January 12, 2010

Kenapa Yahudi pandai, kita bodoh

Orang Yahudi ni hanya 0.2 peratus dari penduduk dunia, tetapi merupakan 54 peratus daripada juara pemain chess, 27 peratus pemenang Nobel dalam fizik, dan 31 peratus pemenang Nobel perubatan.

Di Amerika, mereka hanya 2 peratus dari penduduk, tetapi merupakan 21 peratus pelajar di universiti Ivy League (Harvard, Princeton, Yale dsbnya), 37 peratus pemenang Academy Award untuk perfileman sebagai pengarah.
Dan 38 peratus daripada mereka adalah penderma terbesar, dan 51 peratus pemenang Pullitzer Prize dalam penulisan.

Wow.

Ini belum kita kata lagi siapa yang gagah dalam sistem kewangan dan perdagangan diamond dan emas satu dunia!
Sains dan teknologi pun mereka bijak.
Saya terkejut bila mengunjungi negara kecil Israel tahun lalu - kebanyakan tempat di negara itu hijau. Mereka ada industri sayuran dan makanan di mana-mana (Nak tuduh mereka mencuri air orang Palestin pun, maknanya mereka pandai menggunakan teknologi nak mencuri dari bawah tanah).

Sampai bila manusia bernama Muslim ni akan boleh keluarkan statistik megah begini, aku pun tak tahu.
Mereka lebih pandai berdemo dan mengamuk.
Betullah banyak isu di Malaysia, Singapura dan dunia yang membuat kita marah.
Tetapi bangsa kecil Yahudi ini, kerana selalu ditindas dan dibunuh sejak berzaman, melawan balik dengan ilmu dan pencapaian serba-serbi yang tinggi.
Dah naik tinggi, kayo rayo, boleh buat macam-macam nak tolong umat.

Balinglah botol kerosene banyak mana (bukan di Malaysia), lontar batu (bukan di Malaysia) dan letupkan diri (bukan di Malaysia) dan bunuh orang dalam hotel (bukan di Malaysia).
Tak akan menang perang pun.
Tak tahulah apa nak kata lagi.

Baca di sini, di sini dan di sini.
Lepas tu duduk sebelah saya.
Kita nangis bersama.

No comments:

Post a Comment