Friday, January 8, 2010

Cina, Melayu, India, Cina, Melayu, Sikh, Cina....


Apabila saya pindah ke tempat baru di KL kira-kira empat tahun, jiran saya di sebelah kiri dan kanan adalah orang Cina.
Saya kata 'Wah best'.
Dan saya mendapati selepas itu bahawa dalam barisan rumah teres saya, rumah berselang seli bangsa - macam dah ada pelan!
Dari hujung - Rumah Cina, lepas tu Melayu, Cina, rumah saya, Cina, keluarga Sikh, Sikh (adik beradik beli dua rumah), Cina, Melayu, Melayu.
Barisan mengadap saya pula ialah korner Melayu, Cina, Cina (ahli keluarga di sebelah), Melayu, Cina, Cina, Cina, Cina.
Di barisan belakang pula ialah Melayu, Melayu (depa beli dua rumah), Cina, Melayu, India, Cina, Cina, Melayu, Cina.
Wah.

Bukan pasal apa tuan-puan, datin.
Bukan benci tinggal sebelah orang Melayu.
Pada saya yang penting ialah ia 'memaksa' kita mencampuri bangsa lain. Dan dia pun 'terpaksa' bergaul dengan orang Melayu.
Paling kurang kita kena 'Hi, hi', 'Bye, bye' dengan mereka.

Dan mereka boleh lihat cara orang Melayu hidup dan sebaliknya.
Kalau kita adakan tahlil ke, bacaan Yassin kat rumah, tentu bising dan dia tak selesa.
Jika dia membakar miswa, asap masuk rumah kita, tentu kita tak syiok.
Kita goreng belacan, tak pengsan mereka kat sebelah!
Mereka masak soup bak kut teh, tak menggelitik kita!
Tapi barulah kita saling memahami cara hidup masing-masing.

Kita nak gaduh ke, atau nak perlahan-lahan tutup tingkap?
Hendak memaki hamun, atau berpindah sekejap dari duduk di dapur?

Dan ini penting juga: Apabila Hari Raya, saya balik kampung ke Singapore, mereka ada di sana - menjenguk sekuriti rumah saya.
Dan apabila Hari Raya Cina dan mereka balik kampung, menjadi tugas saya memastikan rumah mereka selamat.
Tak payah cakap pun. Kita hanya perlu beritahu 'nak balik kampung lima hari' kami dah tahu, apa tugas. Kalau ada apa-apa telefon handset.

Saya tahu orang Cina sebelah rumah saya tak suka dengan pokok besar di depan rumah saya. Bukan saya yang tanam, beli rumah dah ada.
Tapi beliau tak suka. Apabila baru pindah, direct saja isteri beliau kata: 'I scared leaves'.
Jadi kami sekarang panggil beliau Mrs I Scared Leaves. Heehee (Di belakangnya lah!)

Apabila saya di rumah, saya sering pastikan tak ada daun mati berserakan di depan rumah saya DAN RUMAH BELIAU. Kena cepat-cepat bersihkan, nanti jiran marah oi!
Dan jiran ni walaupun ada tiga kereta, parking kat luar tu mesti beliau pastikan kereta saya boleh keluar masuk dengan mudah. Depa tidak langsung menyakitkan hati blok depan rumah saya. Keluarga mereka ada business kedai komputer.

Di sebelah yang lagi satu, kami lebih rapat lagi. Keluarganya ada firma akauntan. Suami isteri akauntan.
Anaknya belajar tuition di rumah saya.
Sering borak-borak tepi fencing yang memisahkan kami.
Bapa tuanya, suka duduk luar rumah, selalu melaporkan kepada kami apa yang beliau nampak terjadi di situ.

Saya dah biasa dengan cara hidup begini sebab kat Singapore, orang Melayu minoriti.
Dan pemerintah Temasek, untuk memastikan orang Cina campur dengan kaum minoriti Melayu dan India, mengadakan undang-undang - dah 20 tahun lebih dah - bahawa di setiap blok perumahan, isinya mesti sama seperti peratusan penduduk negara.
Iaitu, mesti ada sekurang-kurangnya 15 peratus Melayu dan 7 peratus India dalam setiap blok.

Ada yang kata pemerintah nak pecahkan orang Melayu di Geylang dan Bedok. Sebab jika ada keluarga Melayu yang berpindah keluar dari blok yang dah ramai Melayu (lebih 15 peratus), penggantinya mestilah kaum lain.
Ia memastikan kaum Cina - kaum majoriti - mesti ada jiran bangsa lain. Biar mereka dan kami belajar hidup berjiranan (Baca dasar Singapore ni, unique di dunia, di sini).


Jadi apabila ada kejadian seperti Peristiwa 8 Januari ini, kita semua tidak terus berpecah dan tinggal nafsi-nafsi.
Nak tak nak, kita terpaksa juga bercakap dengan jiran.
Ia mengurangkan suspicions/prasangka, sangka buruk, rumours berbaur bangsa dari merebak.
Sekurang-kurangnya, mereka dan kita akan berkata kepada ahli keluarga:
'Tak semua Melayu/Cina/India gila seperti itu. Jiran kita si polan tu kan orang baik-baik.'

Mulai hari ni, tuan-puan (jika jarang buat),
Jika ada orang bangsa lain menjadi jiran atau rakankerja, berbuat baiklah dengan mereka.
Tunjukkan mereka orang Islam ni bukan selalu nak ngamuk saja.
Kalau beli kueh belilah lebih sikit kasi mereka.
'Gi lah main bola atau golf, atau ke gym bersama.

Sejukkan hati.
Bukakan pintu.
Moga-moga Malaysia terus maju dan bersatu.
Peace, y'all.

No comments:

Post a Comment