Okay kita ubah haluan, bawa bertenang.
Tak 'yah cakap tentang Crusader lawan Saracen.
Richard the Lion Heart India Brickfields nak lawan Salahuddin Ayubi Melayu dari Keramat.
Kita bincang tentang teknologi, satu topik kegemaran saya.
- Jika anda nak beli TV baru tahun ini, nanti dulu!
- Bercadang nak beli laptop (bukan buat kerja pejabat)? Full stop.
Di Las Vegas, Consumer Electronics Show 2010 - pertunjukkan elektronik terbesar di dunia bermula hari ini.
Dan alat paling glam yang akan diajukan ialah televisyen 3-dimensi (3D TV) dan buku elektronik (e-Reader).
PALESTIN
Kadang kita sedih. Kenapa mamat Muslim atau Melayu ni suka sangat nak mengamuk dan bom sana dan sini.
Kalau nak tolong Palestin pun, kenapa tak design alat elektronik atau sofwe yang orang berebut nak gunakan, anda jadi kayo rayo.
Lepas tu dah jadi multi-billionaire macam mamat Google, boleh derma berbilion bantu Palestin dengan berpangkalan di Mesir. Buka hospital dan sekolah, misalnya.
Atau bayar pelajaran anak-anak Palestin di universiti luar Gaza Strip, agar mereka kelak dapat membantu kaum sendiri.
GOOGLE'S NEXUS ONE
Kembali ke topik: Kalau nak beli iPhone atau Blackberry, jenguk dulu Google phone baru.
Saya membeli iPhone made-in-China beberapa bulan dulu - di Singapore harganya S$200 (RM460) berbanding dengan iPhone original S$1,600 ke atas.
Cantik, dan anda tak tahu ianya bukan iPhone ori sebab bentuk dan sofwenya sama!
Tapi lepas pakai beberapa hari, saya pass pada anak saya - tak syiok sebab tak ada keyboard. Nak hantar SMS pun susah.
Dan saya pernah tulis - di sini - saya dah taubat gunakan Blackberry.
Syiok sebab ada keyboard kecil, tapi hancur sebab syiok sangat taip hantar email dan SMS, sebulan kena bayar bil sampai S$200.
Tapi kini ada Nexus One. Sofwenya baru.
Dan ini pertama kali syarikat raksaksa Internet, Google, mengeluarkan handset.
Baru keluar semalam! Tapi nampaknya macam ada sofwe problem.
3D TV
Dulu di kampung, kita berebut nak beli TV black&white nak letak kat rumah. Nonton cerita P.Ramlee.
Lepas tu sibuk orang nak pakai TV warna. Lepas tu ada VHS player, you!
Diikuti dengan flat TV yang kurus dan besar. Orang tak main 21inci atau 29inci.
Mesti nak 42inci atau 52inci lagi.
Kini, 3D TV akan meletup.
Lebih-lebih lagi kerana sekarang orang lagi syiok menonton movie Avatar dalam 3D.
Kita lihatlah nanti jenis 3D TV yang akan muncul dan movie apa yang ada.
e-Reader
Di zaman manusia nak kurangkan memotong pokok, apa kata kalau kita tak beli buku dan akhbar? Kita baca di komputer, laptop, atau kini.... e-Reader.
Mula-mula syarikat gergasi yang menjual buku di Internet, Amazon.com, memperkenalkan Kindle.
Kita beli isi buku di Internet, lepas tu membacanya di e-reader kita.
Boleh masuk 100-400 buku dalam sebuah Kindle ni! Tak payah kena bawa 100 buku berat dalam bag. Lagipun takkan nak baca 100 dalam sehari kot.
Tapi bawa satu e-Reader cukup!
Satu lagi namanya ialah Tablet PC atau Slate PC - sebab bentuknya macam tablet - kata orang Melayu Keramat (tempat saya tinggal di KL) macam kayu leper yang kita gunakan bila potong ikan kat dapur!
Selepas Kindle, sebuah lagi syarikat penjual buku, Barnes & Nobles mengeluarkan e-Readernya bernama Nook. Lihat GAMBAR.
Diikuti pula Sony dengan eBook Reader.
Di CES kelak, banyak lagi e-Reader akan keluar.
Dan jika tidak, dalam beberapa bulan lagi banyak nak keluarkan!
Ia termasuk Microsoft Courier (cantik macam buku! ada dua screen).
Apple pun tak mahu kalah, nak keluarkan iSlate - cuma produk Apple ni saya tak gemar sebab selalunya bateri tak boleh ditukar, dan dia paksa kita gunakan sofwe dia. Dan harganya mahal dari barangan sama jenama lain.
Gambar iSlate di sini, orang cuma agak-agak saja.
Yang bagusnya, e-Reader fungsinya macam laptop dan PC.
Boleh hantar email, tulis blog, nonton movie, baca Quran, baca buku, dengar lagu dan sebagainya. Kelebihannya, senang nak baca buku sebab ia berbentuk seperti diari biasa. Macam-macam saiz sedang direka - ada yang dengan screen 8inci hingga ke 12inci.
Ringan nak dimasukkan dalam beg atau dibawa seperti kita membawa akhbar ke kedai kopi.
Orang baca Utusan atau Star kena beli paper, kita baca online. Fuyoh!
Dia ada wi-fi, touchscreen, bluetooth (Tak semua, mungkin. Kindle tak ada touchscreen).
Kita boleh 'act' duduk kat kedai mamak, order roti canai, lepas tu olok-olok mengaji.
Atau konon ada email penting sangat mesti surf kat tengah-tengah kedai mamak biar orang nampak, mata belolok!
Atau mungkin sebab tulisan remgold ni terlalu bagus macam nak rak, mesti baca blog ni sedang anda duduk di Coffee Bean atau KFC.
Wow.
TAMBAHAN: Masalahnya ialah bila teh tarik tumpah atas e-Reader yang berharga RM2,000. Mampoi.
Kalau kari ikan tumpah atas kertas Utusan atau Star takpe, boleh buang sebab tulisannya pun memang sampah :-) Heehee.
No comments:
Post a Comment