Wednesday, January 27, 2010

Saya dah pulang - marah dengan MAS, KLIA



Saya tiba di 1Tanahair malam semalam, tiba di KLIA, 27Jan.
Selepas seminggu di India - menghadiri perbincangan politik-ekonomi Asean-India di New Delhi (Delhi Dialogue II), mengunjungi Taj Mahal (cantik giler!) dan Agra Fort di bandar Agra. Kemudian terbang ke Mumbai 2hari, tidur di hotel dekat dengan rumah Amitabh Bachan.
Lepas itu diterbangkan kembali ke Delhi sebagai tetamu dalam Republic Day parade pada 26 Januari, hari kebangsaan India.

Ada 10 wartawan dari 10 negara Asean.
Saya mewakili Singapura, ada rakan dari Bernama mewakili Malaysia (Rosmah Mohd Salim), dan kemudian lapan lagi rakan baru termasuk dari Myanmar, Laos dan Vietnam.


Di Delhi sekarang ini, musim sejuk. Pagi cuaca berkabus tebal dan lebih kurang 7 hingga 10 darjah C. Tak ada salji, tetapi sejuk.
Kalau kita bernafas atau bercakap, asap keluar dari mulut.
Agra pun sejuk juga.
Tetapi Mumbai (Bombay), kerana di selatan dan menghadapi Arabian Sea, cuacanya sama macam Singapore, Malaysia.
Tetapi dalam musim sejuk ini, cuacanya cantik, hanya lebih kurang 24-26 darjah C. Jalan-jalan di pasarnya, kami tak berpeluh dan tak rasa panas.


KENAPA MAS BANGANG GILER?

Sepatutnya saya terbang kembali pada 26Jan penerbangan 11.10mlm dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Tetapi kerana musim sejuk, kabus tebal menutupi ruang Delhi setiap malam.

Kalau nak memandu pun hanya nampak 5 meter saja! Bayangkan anda dalam kereta anda.
Jika ada empat kereta lain di belakang. Anda TIDAK akan nampak kereta yang terakhir!
Macam mana nak pandu pesawat?

Jadi malam 26Jan tu, semua flight cancel di Indira Gandhi International Airport.
Yang cancel termasuk juga flight SIA ke Singapore, Continental ke Paris, China Eastern (tak tahu ke mana), Thai Airways ke Bangkok dan sebagainya.
Kecoh satu airport, orang marah, kanak-kanak menangis. Panas dalam airport!
Dah dua minggu benda ini berlaku: Hampir setiap malam kabus turun, flight sangkut.

Yang saya marah dan malu untuk Malaysia dan MAS - ada lebih kurang 300 penumpang MAS marah dan geram. Bukan salah MAS.
Tetapi alahai, ground crewnya (semua pekerja India) tak tahu apa nak buat. Kami kerumun mereka dan herdik dan bertanya macam-macam: Nak ke mana kami? Luggage kami macam mana? Esok flight bila? Kami lapar ni!

Yang ada hanya public announcement menyatakan semua flight cancel, termasuk MAS.

Lebih memalukan untuk MAS ialah kira-kira 10 minit selepas kecoh dan hingar-bingar ni, seorang kakitangan SIA dari Singapura (saya kenal suara dan telo orang Cina Singapore!) membuat announcement dari PA system (lebih kurang): 'To all SIA customers, please go to Gate 4, my staff will give you hotel vouchers. Your flight tomorrow has been rescheduled to 2pm. We have ground staff directing you where to go. Please give us about an hour to arrange for buses to take you to a hotel for the night.'

Terdengar beberapa mat salleh dalam kumpulan MAS dan juga penumpang India berkata: 'That's SIA for you'. 'Singapore, efficient as usual'.
Geram aku dengan bongok MAS ni!
Ini bukan kali pertama - dah dua minggu kabus delay flight.
Apa rancangan kamu? Mana ground staff kanan? Bodoh betul.
Notice this also: SIA tak panggil penumpang mereka 'passengers'. Mereka digelar 'customers'.
Maknanya: You are our customers, we will take good care of you.

Rakan saya bertanya seorang ground crew MAS: 'Kenapa macam ni MAS?'
Jawapannya mudah: 'I am not Malaysian. I am Indian.'
MAS patut sack pekerja kurang ajar seperti ini.

Dah sejam kemudian, tanpa announcement, ramai penumpang semua berjalan ke satu arah, saya pun ikut. Nasib baik, rupanya bas dah sampai untuk MAS.
Kau ingat aku boleh baca kepala otak kamu ke! Berilah public announcement, bangang!

Di sana sini, kami lihat ground staff SIA: Mereka pegang signboard besar warna biru 'Singapore Airlines'. Maknanya, kalau kamu confused, boleh tanya mereka ini.

Lepas tu, kami berebut naik bas dalam cuaca kabus sejuk 10 darjah C. Gila punya kerja.
Kawan saya dari Bernama tertinggal sebab tak dengar announcement apa-apa. Mujur diberi naik limo oleh MAS, tetapi beliau sampai ke hotel lewat satu jam!

Saya baru check-out dari Le Meridien empat jam sebelumnya nak pulang, kini kembali lagi.
Nasib baik di hotel, pihak Le Meridien pintar, kami queue - ramai potong queue - ambil kunci bilik dan kemudian dibawa ke dewan besar untuk makan malam (dari 8malam hingga 12.30pagi saya tak pegang makanan dalam cuaca sejuk!).

Esok pagi, kami diberi sarapan, check out, lepas tu berebut naik bas - kat India ni, tak payah queue brader. Aku pun perangai macam orang India satu bilion ni, tolak makcik dan budak kecik nak naik bas.
Tak nampak pun ground staff MAS. Tak ada announcement apa-apa.

Tiba di airport, sial punya MAS. Tak ada ground staff lagi!
Nak ke mana kami ni?
Malu besar: Sign board SIA dipegang ground crew mereka di mana-mana: 'Singapore Airlines'.
Kecoh, saya hanya ikut orang lain ke sana sini. Bodoh punya kerja. Sebelum jumpa check-in counter.

Kabus tebal ini kerap berlaku dalam musim sejuk di Delhi. Jadi bukan benda baru. Jadi saya tak faham kenapa management MAS di India masih tolol begini.

Empat jam dalam airport (sampai aiport 11.30pagi), kabus hilang, pesawat MAS terbang.
Pulak! Dalam pesawat lama ni, tak ada TV screen untuk setiap kerusi.
Nak tengok movie, dia yang pilih, tengok kat TV atas kepala macam naik bas!
Baik aku naik Air India! Saya dari Singapore ke Delhi minggu lalu naik Air India - setiap kerusi ada TV screen, boleh tengok movie. Sebab penerbangan lima jam! Boleh jadi sewel oi!

Lepas tu, seat saya jauh di belakang, stewardess dengan baik berkata: 'Sir, non-vegetarian food is finished. Would you mind taking vegetarian dinner?'
Nenek kau mati kena tikam ikan todak! Apa punya planning ni!?!?!
Aku kat India seminggu kena makan vegetarian dan ikan sebab tak ada makanan halal, lepas tu kamu buat gini?!?!
OKlah saya terpaksa terima jugak makan veg MAS ni. Gila punya airline.
Lain kali aku naik Zimbabwe Air lagi baik, makan kepala babi hutan masak lemak.

Lepas tu 1pagi sampai kat rumah tadi, saya baham ayam kenyang-kenyang.




KENAPA KLIA MASIH DI ZAMAN BATU?

4jam dan 45minit kemudian (jam 11mlm) saya tiba di KLIA.
Setengah dari 300 orang rupanya nak ke Singapore!
Mereka naik MAS sebab SIA penuh!
Dan ramai lagi nak ke Australia.
Tak tahu apa jadi dengan connecting flight masing-masing.

Selepas keluar pesawat, saya jumpa sekeluarga dari India, tak tahu apa nak buat.
Arah mana ke imigresen?
Mana bagasi kami?

Kami di satellite building KLIA. Maknanya kena naik aerotrain nak ke main terminal.
Manalah orang ini semua tahu!!! Ini tourist bawa duit nak belanja di Malaysia, tetapi first impression mereka begini!

Kenapa tak ada ground staff KLIA yang jaga untuk memberi arahan! Bodoh babi betul.
Buat malu negara. Ada airport cantik tetapi planning macam kat kampung zaman P.Ramlee.
Satu hari kamu semua datang ke Changi, saya tunjukkan di setiap cerok di mana penumpang mungkin confuse, ada budak perempuan atau jantan muda berdiri untuk memberi arahan.

Saya tunjukkan mereka peta KLIA (Nasib baik ada peta!)
Terpaksa saya yang memujuk keluarga ni (enam orang dengan budak kecil): 'Sir, Maam, come follow me. We take this train to the main terminal. This is where we are, at the satellite building for international flights.
'We go to the main terminal where there is immigration and your baggage is there.'

Dari hujung ke hujung satu muka ground crew KLIA pun saya tak nampak, mungkin sebab dah 11mlm, semua staff tidur lena nak kasi negara hancur.

Saya komplen begini sebab ini kali kedua saya ke India dan perangai mereka di airport teruk. Baik polis, imigresen dan sistem mereka bekerja.
Jadi saya ingat tentunya KLIA bagus. Katanya best airport in the world.
Malu aku.

GAMBAR:
1) Antara wartawan Asean-India dalam kunjungan ke Negara Gajah. Dari kiri: Laos, Brunei, Cambodia, Philippines, India, Indonesia, Singapore. Kami menggunakan van penumpang Volkwagen 15-seater.
2) Kabus dalam perjalanan Delhi-Agra. Kira-kira 200km - KL ke Johor. Tetapi perjalananan 3 jam jadi 4.5 jam sebab kabus tebal. Bila pulang waktu malam lagi teruk! 6 jam baru sampai sebab jalanraya masuk ke Delhi jam habis!

No comments:

Post a Comment