Wednesday, January 6, 2010

PM Najib kata tenang, Hisham kata demo. Pulak!

Saya tak faham.
Kan mahkamah hari ni dah blok penggunaan perkataan Allah tu, nak tunggu Court of Appeal nanti.
Dan PM Najib kata semua orang bawa bertenang, jangan huru-harakan negara.

"Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam" - kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Tapi kenapa pula Menteri Penjaga Abang Polis, Hishammuddin Hussein, kata nak demo kat Kampung Baru boleh!
Walaupun mungkin demo itu akan aman, saya rasa tak 'yah lah.
Kita sejukkan hati semua orang.
Kalau diberi demo mungkin menakutkan yang bukan Islam: Wah pihak depa boleh demo, cuba kalau orang Kristian nak demo sebab marah, boleh ke?

Tak bagus brader. Guriskan hari kumpulan minoriti.
Dan pembangkang pun terkejut berok: Cuba kalau kami nak demo sebab marah tentang isu Teoh Beng Hock, boleh ke?

Saya rasa, maaf kata, sepatutnya Menteri Hisham ni ajak semua duduk minum teh tarik dan makan bak kut teh halal, bukan suruh mereka demo.
Kalau ada yang bawa sepanduk yang memarahi orang Kristian atau minoriti, bagaimana?
Yang dapat padah adalah kerajaan Pak Naj.
Kalau Jumaat nanti yang datang pihak yang nak burukkan Umno, dia jolok sepanduk kasi orang minoriti marah! Hancur, beb.

Dan kesian saya kepada Abang Polis - tak dapat solat Jumaat sebab on-duty.
Ish ish ish. Astaga.

No comments:

Post a Comment