Pada 1992, pemerintah Singapore mula memujuk syarikat tempatan untuk mengembangkan business secara aggressive di luar negara.
Pemerintah memanggil usaha ini 'developing Singapore's external economic wing'.
Ia kata ekonomi tempatan ialah satu sayap untuk negara, tetapi masanya telah tiba untuk membina sayap kedua di luar negara.
Dan bukan juga hanya melihat untuk melabur di Tenggara Asia, tetapi di seluruh dunia!
Pemerintah menubuhkan sebuah agensi baru: International Enterprise Singapore atau IE Singapore. Baca detail di sini (nama lama IE Singapore ialah Trade Development Board).
Niatnya? Ekonomi Temasek dah sampai ke tahap dah susah nak berkembang dengan pantas kerana kebanyakan infrastructure asas telah dilama disiapkan - seperti pelabuhan, lapangan terbang, pengangkutan awam dan highway.
--------------------------------------------------
Sebelum itu, mungkin ada yang bertanya: Pulak! Kenapa mamat ni tulis pasal Singapore lagi? Dia tulis memuji Singapore lagi? Nanti kita tarik PR dia.
Nak tarik pun tariklah.
Saya dah selalu kata: Saya orang Singapore dengan taraf penduduk tetap Malaysia. Saya bekerja di KL selama 12 tahun dan kini dah 3 tahun balik ke Temasek. Tetapi masih ada rumah di KL. Maknanya 15 tahun pengalaman di Malaysia dan politik negara Darul Allah ini.
Jadi pengalaman saya sebagai wartawan dan manusia ialah tentang Singapore dan Malaysia.
Apabila saya tulis bandingkan Singapore dan Malaysia, ianya adalah kerana saya tahu serba serbi tentang kedua negara ini.
Takkan pula saya nak bandingkan pengalaman saya di China dan Libya? Atau di Russia dan Brazil? Tak pernah pergi pun.
Kalau tak terima penulisan saya pun tak apalah. Ini blog, bukan ajaran agama, kamu ada freedom jika tak nak baca.
--------------------------------------------------
Kembali ke cerita asal:
Pelabur asing biasanya melabur di sesebuah negara dengan cara utama ini:
1) dengan FDI, foreign direct investment. Mereka membina kilang dan perusahaan seperti Sony, Dell dan Panasonic. Atau mereka melaburkan dalam sektor services, misalnya DHL, IKEA, Standard Chartered Bank dan Citibank.
2) portfolio investment, iaitu mereka tak membina kilang dan bangunan bank, tetapi membeli saham syarikat tempatan. Atau bond Malaysia. Jadi bila ekonomi berkembang, harga saham dan bond akan naik sama.
Sebenarnya, ada cara pelaburan ketiga, tetapi ini biasanya dilakukan secara individu, atau tidak secara besar-besaran. Ini pun boleh dipanggil FDI, tetapi saya bezakan sikit (pandangan peribadi).
3) Melabur dalam real estate atau sektor hartanah. Baik mereka membeli kondominium yang sedang dibangunkan, atau melibatkan secara direct dalam projek mall atau kondominium mewah. Yang paling senang saya tunjuk di KL ialah projek Pavilion mall dan kondo di Bukit Bintang. Ia dibina pakai duit pelabur Arab.
Dan juga ada beberapa projek di Iskandar di Johor, juga duit Pak Arab kaya nak masuk (mungkin dah masuk).
Untuk pelaburan No 1): mereka perlu masa jangka panjang sebelum dapat untung. Jadi mereka perlukan negara yang aman dan stabil.
Sebab apabila dah membina kilang, membeli mesin (nak membuat komputer, chip atau kereta) dan mengambil pekerja, modalnya mungkin berbilion.
Untuk pelaburan No 2), attitude pelabur lain sekali. Mereka membeli secara 'cepat kaya'. Misalnya jika negara sedang membangun pantas, belilah saham syarikat infrastructure seperti (ini pada 1990an dulu) Renong dan UEM, bank-bank seperti Maybank dan Public Bank dan pembina/penjual kereta seperti Proton dan EON. Dan tentunya negara membangun ramai nak pakai telefon - maka belilah saham Telekom dan Maxis.
Ini dinamakan 'proxy play'.
Ia menjadi proxy atau 'bayangan' kepada prestasi ekonomi.
Dan harga bond juga menjadi popular. Antaranya bond negara Malaysia ialah bond Petronas. Juga banyak syarikat yang menjual bond di pasaran antarabangsa.
Tetapi awas, easy come, easy go.
Jika ada masalah di Malaysia atau di dunia (misalnya bom meletup di Amerika, atau ekonomi Britain atau Thailand goyang), maka mereka boleh cepat tarik balik pelaburan.
Saham dan bond boleh dijual dalam sekelip mata dalam zaman Internet ni.
Untuk pelaburan No 3): ini sebabnya saya bezakan dari 1) dan 2):
Jika portfolio investment boleh dijual sekelip mata, FDI pula tak boleh.
Real estate investments duduk di tengah-tengah.
Sesebuah projek mall atau kondo biasanya siap dalam 3 atau 4 tahun. Jadi jika ada masalah sebelum projek siap, pelabur tak boleh lari.
Kita lihat saja di Dubai apabila krisis ekonomi di dunia mendesak tahun lalu. Harga perumahan mewah habis jatuh merudum. Banyak tak sempat keluar sebab projek belum siap.
Perkara sama terjadi kepada harga kondo mewah di Singapore tahun lalu. Jatuh teruk (walau tak seteruk Dubai) sebab kebanyakan kondo di Orchard Road dan Marina Bay dibeli oleh pelabur asing.
Orang macam saya dan lebih kurang 87 peratus rakyat Singapore tinggal di flat-flat HDB.
------------------------------------------------
Saya menulis cerita ini kerana ini ada relevance kepada masa depan Malaysia, lawatan PM Najib Razak ke India baru-baru ini, dan apa yang saya pelajari dalam lawatan di India selama seminggu serta bertemu dan berdialog dengan tokoh-tokoh business dan pemerintah mereka.
Saya orang kecil saja, jadi ini pandangan rakyat kecil.
Pada pandangan saya, mengembangkan external economic wing ini akan menjadi sebahagian daripada rancangan kerajaan di masa depan.
Memang pun Khazanah Nasional dan banyak syarikat seperti IJM, Maybank, Genting, RHB dan YTL dsbnya dah pun melabur di luar negeri.
Tetapi kerajaan Najib mungkin mahu menjadikannya sebagai teras ekonomi negara masa depan.
Saya diberitahu bahawa rombongan Malaysia ke India dua minggu lalu menyewa 60 buah limousine dan tiga buah bas untuk membawa semua menteri Kabinet, para menteri besar dan ramai pegawai kanan lain.
Ini rombongan serious, brader!
Saya difahamkan bahawa dulu, apabila India disebut sebagai destinasi projek untuk syarikat Malaysia, maka kerajaan akan mengharapkan kepada Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mendapatkannya.
Begitu juga jika nak bawa FDI India ke Malaysia: 'Ini kerja Samy Vellu'.
Sekarang, satu dunia berebut nak dapatkan kontrak infra di India.
Di Delhi saja, kerana nak jadi host Commonwealth Games 2010 pada Oktober ini, sibuk projek-projek besar di sana sini!
Teringat saya semasa awal 1990s di KL apabila projek KLCC sedang dibina dan banyak lagi projek besar lain.
Pada masa itu, saya pernah menulis dalam sebuah laporan: The national bird of Malaysia is the crane.
Bukan burung crane, tetapi construction crane projek yang dilihat bertenggek di mana-mana tapak pembangunan di sekitar KL.
Di Delhi kini, mereka sedang membina Terminal 3 airport, tambahan line Metro (underground train), banyak lebuhraya bertingkat dan banyak jalanraya, projek telekomunikasi dsbnya.
PM Najib akan membentangkan tidak lama lagi, secara detail "new economic model" bagi Malaysia, untuk bebas dari 'middle income trap'. Baca blog To' Sri di sini mengenai isu ini.
Isu ini sama seperti yang dihadapi oleh Temasek dalam 1990s: pelaburan dah banyak masuk, ekonomi dah padat. Apa kita nak buat?
Saya rasa tidak dapat dielakkan, syarikat-syarikat tempatan akan diberi bantuan khas, macam IE Singapore, jika mereka mahu berkembang di luar negara.
Dalam dialog dan wawancara dengan pegawai dan businessmen India, whoooi, macam-macam projek mereka rancangkan.
- Yang saya lihat sendiri - maknanya boleh jadi idea pelaburan: Harga hotel lima bintang di India teralu tinggi. Lebih mahal dari di KL, Jakarta dan Singapore.
Maknanya, jika kamu pelabur perhotelan kelas lima bintang, ada peluang besar di sini.
- Juga, saya belum nampak ada banyak 'restoran mamak' di Delhi dan Mumbai (dalam lawatan singkat). Konsep restoran mamak di seluruh Malaysia laku giler sebab ia memperkenalkan konsep makan secara informal tetapi bersih.
Ada kerusi dan meja besi yang bersih, makanan harga berpatutan, dan ada toilet bersih berdekatan. Kita lihat makanan tepi jalan Delhi dan Mumbai saya gerenti tak berani nak masuk restorannya pun!
- Akhbar syarikat saya ada dua koresponden di Delhi dan saya sempat makan malam dengan mereka (Lepas makan, mereka suruh saya balik hotel naik teksi. Sebab kabus tebal, mereka takut nak pandu!). Kata rakankerja saya, di India, dari kira-kira 1.1 bilion manusiawi, ada 500 juta orang yang mempunyai mobile phones! Jumlah ini bertambah 8 juta hingga 10 juta setiap BULAN!!! Hah kau! Maknanya jika kamu nak jual phone, barangan sampingannya seperti charger dan bluetooth appliances, atau ada software applications (atau Apps) untuk mobile phone, inilah peluangnya.
Dalam delayed flight saya tu, saya terserempak dengan duawarga Malaysia. Seorang anak muda bangsa India dan seorang Melayu muda sikit daripada saya. Kedua-duanya bekerja dengan syarikat telekomunikasi berpangkalan di Malaysia - dua syarikat berasingan, ada projek di sana.
- Rakankerja saya memberitahu, ada seorang engineer Melayu Malaysia yang dah empat tahun di Delhi, bekerja dengan syarikat pembina lebuhraya Malaysia. Dan beliau tak mahu balik lagi ke Malaysia kalau boleh! Dia kata ada freedom dan barangan lebih murah.
Maaf kalau nanti ada yang marah: Kalau dulu Malaysia ni negara gah, sekarang ni sibuk sangat bergaduh tentang agama dan bangsa dalam semua isu, sehingga saya pun dah letih nak layan.
Tapi saya masih sayang Malaysia, saya rasa belum terlambat nak pusing ke jalan yang selamat.
Nanti kita tunggu bersama pengumuman PM Najib tentang model ekonomi baru.
No comments:
Post a Comment