Friday, August 27, 2010

Cerita-cerita Kasi-NO

1) Minggu lalu saya tiba di terminal murah Singapork, Budget Terminal, naik pesawat Firefly dari KL.
Sedang tunggu teksi, maklumlah Lembughini saya masuk workshop, saya ternampak pasangan tua yang naik pesawat low-cost sama dengan saya tadi.

Sebuah kereta BMW 7 Series dengan drebar beruniform sedang menunggu. Di tepi BMW hitam itu tertulis 'Marina Bay Sands' (GAMBAR KANAN).
Aiyomama. Kalau bukan tamu VIP, takkan ada kereta besau tunggu brader.
Orang kaya Malaysia naik budget airline, lalu disambut sebagai VIP di Singapork. Ish ish ish....


2) Cerita panas terbakar di Singapork - satu kesan berjudi yang membuat ramai orang geleng kepala.
Seorang boss sebuah company kalah judi S$26 juta (RM60juta) dalam sehari!!!! Aiks.
Kini mamat ni sue kasi-no Resorts World Sentosa (syarikat Genting) (GAMBAR BAWAH) kerana memberinya kredit untuk terus berjudi walaupun dah kalah. Kalau dah naik loktang judi, begitulah.

Beliau, Henry Quek, boss sebuah syarikat import-export seafood, memang orang kaya. Tapi apabila kalah $26 juta dalam sehari tentunya menyesal tak sudah.



3) Orang Melayu terkaya Singapork, Salleh Marican, boss syarikat Second Chance dan First Lady (banyak kedai pakaian ni di Malaysia, termasuk di Carrefour Wangsa Maju), sudah ban tujuh eksekutif atasan syarikatnya daripada berjudi di kasi-no.
Salleh kata ini bukan atas sebab Agama, tapi Corporate Governance. Sebab berdasarkan apa yang terjadi dengan Quek tu, jika orang tahu anda kalah judi teruk, syarikat anda akan terjejas. Di sini.
Siapa Salleh dan Second Chance? - saya pernah tulis di sini. Taklah se-kaya (dan se-margarine) orang Malaysia.

Di Temasek, jika anda khuatir ahli keluarga akan masuk kasi-no dan berjudi, boleh tulis surat nyatakan bahawa: Mr ABC, IC No 1234xxx, alamat gini, saya larang dari masuk ke dalam. Saya adalah isteri/abang/ibu kepada Mr ABC. Satu jawatankuasa berjudi akan check details, lepas tu akan ban orang ni masuk kasi-no.

Sebab dah mula ada cerita tentang warga tempatan syiok gi tempat tu pagi-pagi, petang balik rumah buat dunno. Duit beribu dah habis.


4) Dua kasi-no itu akan menambah nilai S$2 billion (RM4.6 billion) setiap tahun kepada ekonomi Singapore, kata sebuah bank tempatan.
Jika dikira ikut GDP atau KDNK, ia disenarai dalam sektor perkhidmatan / services.
Saya pernah kata bahawa walau saya tak setuju buat kasi-no, saya tak marah pemerintah sebab ia cara nak tambah Buzz Factor kepada negara kecik ini. Tambah peluang pelancongan dan pekerjaan.
Semua ada strategi masing-masing.
Yang saya harap pemerintah dapat kekang ialah nafsu orang nak berjudi sebab jika dulu, nak main judi kena cuti 2-3malam pergi Genting Highlands atau naik kapal Resorts World yang ada kasi-no. Kini dah ada depan mata - naik teksi saja, dalam 20 minit dah sampai dari rumah ke pintu kasi-no royale.


Oh maaf, kita tak panggil kasi-no kat sini, tapi IR! Integrated Resorts. Heehee.


TAMBAHAN 6 PAGI

5) Tadi lagi sahur terbaca cerita dalam akhbar (perangai lama: sambil makan, baca).
Kata jurucakap Resorts World Singapore, setiap hari 20 hingga 30 biji bas masuk dari Johor. Jika hujung minggu lebih banyak bas lagi.
Kita katalah 20 bas x 5 hari, campur 30 bas x 2 hari hujung minggu = Jumlah 160 bas seminggu.
Satu bas boleh masuk 40-50 orang? Kita katalah hanya 25 orang dalam sebuah bas pun (bas tak penuh pun kena jalan juga).
Maka yang masuk Singapork = 25 x 160 bas = 4,000 orang.

Ada dua kasi-no di sini, kita andaikan = 4,000 x 2 kasi-no = 8,000 orang. Ini jumlah seminggu.
Jika dalam sebulan, 8,000 x 4 minggu = 32,000.

Saya terbaca dua minggu lalu, dalam bas tu ada nonya dan unkerr, dan ada mamat Melayu pun = sebab IR ni bukan saja orang ke sana nak berjudi. Ada hiburan lain termasuk Universal Studios, shopping, makan-makan.
(Dan mungkin orang naik bas ni dah sampai Sentosa island atau Marina Bay area tu gi tempat lain!)
Jadi kita katalah yang 32,000 orang ni berbelanja secara jimat = S$200 seorang atau RM460. Mereka main slot machines, bukan kat baccarat table.
Jadi 32,000 x S$200 = S$6.4 juta atau RM14.7 juta wang masuk ke Temasek dari Johor (dan Melaka?) setiap bulan.

Ini kiraan secara konservatif.

Jika kita anggap satu bas ada 40 orang, dan mereka berbelanja S$400 seorang (tentu ramai yang tidur dalam hotel IR semalaman, terutama di hujung minggu), lagi tinggi perangkaan.
(40 orang x 160 bas x 2 kasi-no x 4 minggu x S$400)
Belanja mereka menjangkau S$20.5 juta atau RM47.1 juta sebulan.

Wooi.

No comments:

Post a Comment