Untung kita, baik di Tenggara Asia atau di banyak negara lain.
Dapat keluar kerja dengan selamat - dah ada kerja dah bagus tu! Anak ke sekolah dan pulang dengan selamat. Cukup makanan di meja, nak beribadah pun tak ada orang kacau.
- Kita doakanlah rakyat utara Pakistan kerana berpuluh ribu rumah hanyut, ladang tenggelam kena banjir paling teruk dalam sejarah. Nak masuk Ramadan, rumah hanyut, anak-bapa-ibu hanyut mati. 15 juta orang terjejas, 1,600 mati.
- Di tempat lain ada minoriti takut hendak ke masjid, atau payah nak berpuasa. Yang saya terkejut, ada orang yang mengamuk tak kena tempat bukan di negara Myanmar atau Korea Utara, tapi di negara 'contoh demokrasi' Amerika!
Saya baca pun sedih.
Mereka bermusuh dengan Umat M sebab marah kena bom di New York dulu. Tapi part pemerintah mereka masuk Afghanistan dan Iraq bunuh orang sebarangan, mereka tak sedar.
Yang sokong Israel membabi-buta selama 50 tahun lebih hingga menaikkan kemarahan umat M satu dunia, lagi depa tak sedar. Selective memory, sebab tak ada orang yang mendidik mereka.
- Teringat saya akan Umat M di Palestin. Tanah bersejarah yang menjadi satu punca utama masalah terrorism satu dunia hari ini, akibat kekejaman Israel terhadap bangsa Palestin. Hingga kini, mereka nak beribadat pun sungguh susah.
Saya bawa cerita lama di Masjid Kubah dan Masjid Al Aqsa. Cerita dulu di sini (dah lihat gambar kedua masjid baru faham jika baca cerita selanjutnya di bawah).
Nonton Al Aqsa 3-D di sini.
Orang yang melihat gambar kerap bertanya - 'Sikitnya orang kat dalam Al Aqsa tu'. Berbanding dengan ribuan manusia di Makkah dan Madinah.
Jawapannya: Macam mana tak sikit, umat M nak masuk ke Israel bukan mudah. Nak masuk kawasan masjid pun ada larangan.
Saya harap anda tak jelak sebab kerap juga buat reference cerita di tanah Israel ini. Tapi ini sejarah penting untuk kita memahami perang ke atas umat M yang tak sudah-sudah.
Nak bulan puasa, bawa ler cerita bertema agama sikit.
Dalam bahasa Arab, Masjid Kubah ialah Masjid Qubbat As-Sakhrah (sakhrah maknanya batu, kalau tak salah).
Ramai orang sangka masjid berkubah emas ini ialah Masjid Al Aqsa. Sebenarnya bukan. Dua masjid ini terletak kira-kira 100m antara satu sama lain.
GAMBAR ATAS: Di tengah masjid berkubah emas ialah batu putih mikraj, menurut apa yang ustaz ajar kita.
GAMBAR 2: Seorang pakcik di BAWAH Masjid Kubah. Di atas batu putih ini tempat Rasulullah bermikraj. Pakcik tua ni di bawahnya. Ada ruang solat.
Untuk orang Yahudi, batu ini ialah 'foundation stone' di mana universe dibina. Batu putih ini tersangat suci untuk mereka, dan saya pasti untuk orang Kristian pun.
Ia batu 'at the centre of the world', kata mereka.
Baca sini, sini (ada gambar batu dilihat dari atas) dan sini.
Jika kita sedar akan maklumat ini, baru kita faham mengapa yahud wan nasara ni bantu-membantu dalam isu Israel.
Maknanya, ketiga-tiga agama pandang bandar Jerusalem suci, dan lebih lagi atas bukit (Temple Mount, dalam bahasa mereka. Haram Al Sharif dalam bahasa Arab) di mana terletak masjid Al Aqsa dan Kubah. Yang paling suci pula ialah batu putih ini - di tempat pakcik berdiri tu, di bawah batu - dulu tempat paling suci untuk agama Yahudi.
Kini batu suci itu terletak dalam sebuah masjid.
Hanya orang Islam boleh masuk ke dalam masjid. Kalau yang lain cuba masuk, akan dipertahankan rakyat Palestin hingga mati pun.
Saya terbaca sejarah - apabila tentera Yahudi menawan semua kota Jerusalem dan kawasan Masjid Kubah pada Perang Enam Hari 1967, paderi utama ugama mereka masuk ke tempat pakcik berdiri tu seorang diri, untuk menyatakan syukur dan berdoa.
Saya sempat bersolat di dalam Al Aqsa dan juga di dalam Masjid Kubah.
Sempat visit dua kali semasa tiga hari-dua malam ke sana bersama pasukan Mercy Relief nak bawa bantuan kecemasan untuk warga Palestin di Gaza dulu.
Saya juga sempat bersolat sunat dan berdoa di bawah Masjid Kubah ini.
Bukan saya doa nak hancurkan Israel lalu semua dihumban ke laut agar maut. Pada saya, jika kita membenci sampai begitu tak akan ada akhirnya masalah umat ni.
Saya doakan keamanan untuk semua agama, antara Arab dan Yahudi, Islam dan Judaism dan Kristian, agar bandar Jerusalem ni dapat dikecapi sebagai bandar agama untuk semua orang.
Orang dapat bersembahyang dengan aman, seperti anda ke masjid dengan hati tenang dalam bulan puasa, baik di masjid di Damansara mahupun di Geylang.
Ya, doakan untuk diri sendiri.
Tapi doakan juga umat M, saudara dan datin.
Marhaban ya Ramadan.
---------------------------------------------
TAMBAHAN PAGI - A note for the AG
Ingat tak nak bual politik. Nak sejukkan hati masuk Ramadan al mubarak.
Tapi AG buat hal. Dah terbakar jantung saya.
Kerajaan, MACC, warga kerja Melayu kerajaan, polis, mahkamah, dan AG Chambers semua dah kena maki dengan orang Cina, India, Insider dan Malaysiakini sebab Teoh Beng Hock mati dalam tahanan. Melayu bodoh. Pembunuh.
Rakyat dah buat verdict kes ini, public verdict. In the court of public opinion: Teoh mati ditolak orang.
Yang lain hanya procedures nak cukupkan masa.
Rupa-rupanya ada nota dijumpai Oktober lalu - dah nak setahun - yang boleh membantu kes kerajaan? Baru sebulan lalu desas-desus keluar.
Baru ni nak tunjuk peguam Teoh.
Kata omputeh, the horses have bolted from the stable. Kamu gi tangkap balik.
Jika dulu lagi keluar, boleh disangkutkan dengan bisikan lama memang ada corruption dan salahlaku, katanya, dalam DAP.
Sebab kerajaan dah diberi verdict 'Guilty' oleh orang ramai, saya boleh agak apa yang akan dikatakan oleh keluarga Teoh jika mereka mendapati itu benar tulisan mamat malang ini - It is his handwriting alright, but he must've written it under duress. How could he have killed himself just before his marriage?
No comments:
Post a Comment