Kerana hari ini Friday the 13th dan jam dah 12.30 tengah hari tadi, saya pun berjalan ke Masjid Assyakirin KLCC. Dengar guruh di langit dan awan mendung - alamak nak hujan!
'Masjid KLCC ni kecik saja,' saya berkata dalam hati. 'Nanti jika lambat dah penuh kalau hujan habis tak cukup tempat sembahyang'.
Dah tiga tahun saya tidak ke masjid ini - sejak merantau ke Singapork.
Apabila dah dekat dengan masjid - eh! nampak lain pula tingkat atasnya!
Rupa-rupanya masjid ini telah dibesarkan. Dulu tingkat atas tu boleh masuk sikit orang saja di luar dewan solatnya. Di sebelah bawah, jika hujan, tempias teruk sebab roof designnya lebih glam dari praktikal. Cantik, tapi senang tempias hujan.
Kini, Assyarikirin dah boleh memuatkan lebih dua-setengah kali ganda jemaah, agak-agak saya.Total 3,000 orang kini. Dulu hanya 1,000 lebih saja.
Teringat saya jasa hero yang telah menjadi musuh rakyat, Dr Mahathir Mohamad. Bekas arena lumba kuda telah ditukar menjadi bangunan Twin Towers megah dan masjid. Dan kini masjid itu lebih besar lagi.
Pegawai masjid umumkan: Harap derma lebih sebab setiap kali berbuka puasa ada 1,000 orang di sini. Alhamdulillah.
Di sebelah atas, bahagian belakang, ada banyak paip wuduk. Jadi tidak berebut lagi manusiawi macam dulu - tempat-tempat wuduk yang sempit.
Cuma nak komplen sikit - jumlah toilet masih sama di bahagian bawah. Berebut manusia tadi, kasihan mereka. Abang pegawai - boleh buat toilet dua tingkat kan, di tanah kosong di tepi masjid tu.
Lepas solat, remgold tua kepo petik gambar kawasan sekeliling masjid - terkejut al-berok saja kerana Kota KL macam semak kerana banyak sangat pangsapuri mewah di sekeliling. Dan ada pula bangunan pejabat yang naik tinggi-tinggi.
Siapa yang approve banyak-banyak ni? Saya khuatir keadaan trafik yang makin sesak kerana town planner mengong. Bagus banyak bangunan tinggi, tapi jalan raya masih dua lorong, bagaimana tu bang?
Teringat juga saya akan umat M. Ramaikah yang mampu beli pangsapuri mewah gitu. Harganya yang paling murah untuk unit 1,000 sq ft (dua bilik) ialah RM1juta.
Tapi itu cerita sampingan. Asalkan ada ramai warga Malaysia yang membeli okaylah.
Takut kosong jadi rumah hantu pula - sebab ada sekitar 6,000 unit dalam 25 kondo mewah ini, saya difahamkan. Gerun saya memikirkan.
Saya difahamkan ramai rakyat Singapour, Arab dan lain-lain yang membeli. Kita doa yang baik-baik untuk ibukota tersayang, agar terus maju.
-----------------------------------------
PELABURAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA (?)
Saya pernah bertanya baru-baru ini, duit pelaburan Malaysia yang keluar tu pergi ke nagara mana? Dan dilabur dalam apa? Isu tentang isu kontroversi capital outflow.
Detail wang yang dibawa keluar dari Malaysia rupa-rupanya telah dijawab di Parlimen Jun lalu.
Penulis di Penang, Anil Netto, ada detailnya di sini. Terima kasih!
Saya letak tanda tanya dalam bracket di atas kerana ada musykil tentang wang yang ke sana ke mari tu. Pelaburan atau Pelarian wang?
Baca tulisan Anil, lepas tu baca ini:
- Dari wang tersebut untuk sektor perkhidmatan (services) hampir setengah - banking, minyak dan gas, telecom.
- Pelaburan dalam projek minyak dan gas, 38 peratus.
- Sektor pengeluaran hanya 6 peratus, dan kebanyakannya untuk sawit.
- Kita pecahkan ikut negara - lepas tu tambah komen sendiri:
- Singapore – RM5.8 billion - Wang ini hanya untuk 2009 (tahun lalu), tapi tentunya termasuk pelaburan Genting dalam kasino di pulau Sentosa, dan pelaburan YTL dalam projek perumahan mewah di pulau sama. Saya agak saja. Dan tentunya ada wang yang masuk ke Singapore, sebuah regional banking centre, untuk disalurkan ke tempat lain. Atau untuk disimpan oleh orang kaya Malaysia di banking centre for Asia.
- Hong Kong – RM4.3b - Hmm, kurang pasti apa pelaburan Malaysia di HK ni. Mungkin wang ni akan disalurkan dalam projek factory dan perumahan di China yang sedang boom? Atau untuk disimpan oleh orang kaya, kerana HK pun financial centre juga? Atau, kerana kebanyakan daripada pelaburan ialah dalam sektor minyak dan gas, untuk dilaburkan ke tempat lain oleh Petronas?
- Mauritius – RM3.4b - Musykil juga saya, tapi nampak seperti ada projek pelancongan di sana. Tapi banyak tu brader duit yang ke sana, jika hanya untuk satu projek pelancongan. Atau mungkin ada offshore banking facilities di kepulauan ini? Bank Negara, apa projek ni?
- Indonesia – RM2.2b - Ini jelas, saya rasa. Beberapa bank Malaysia melabur dalam bank Indonesia, dan juga banyak syarikat sawit Malaysia yang melabur tanah dan ladang di sana.
- The Netherlands – RM1.9b - Ini pun saya tak pasti, Nak tahu juga dari Bank Negara. Atau mungkin Petronas ada membeli saham syarikat minyak Dutch?
- United States – RM1.9b - Ini mungkin portfolio investment - syarikat atau individu membeli saham dan bond Amerika, ekonomi terbesar di dunia. Ekonomi Amerika ni lemah juga, jika kamu nak beli saham dan bond mereka, inilah masanya (iaitu tahun lalu).
- Cayman Islands(!) – RM1.8b - Anil letak exclamation mark (!). Saya pun terkejut al-berok, sebab orang akan cepat kata - ini tempat crooks sembunyikan wang agar tak kena cukai! Tapi tak baik prasangka. Sebab jika saya orang kaya dan mahu melabur di negara lain, saya mungkin membuka syarikat lain agar nama saya tidak terkeluar jika melibatkan diri dalam projek. Misalnya saya buka syarikat bernama Cayman Fun Funds agar bila saya membeli saham Google di US atau bond pemerintah UK, nama saya tak diketahui umum. Pelaburnya ialah Cayman Fun Funds, bukan nama tycoon dan taiko remgold ali baba.
- Thailand – RM1.3b - ini mungkin projek di JDA (Joint Development Area) di laut antara Thailand dan Kelantan. Dan mungkin juga portfolio investment kerana saham Thai jatuh teruk, maka orang berebut nak beli saham murah (tahun lalu)?
- United Kingdom – RM1.0b - portfolio investment? Dan mungkin juga pelaburan minyak dan gas yang kemudian dihalakan ke tempat lain?
- Bahamas(!) – RM0.9b - Ini pun ada tanda tanya. Tapi Bahamas dan Cayman (macam Labuan) ialah offshore banking centre. Jadi tentu orang suspicious kenapa wang nak di'sembunyikan' di sini, bukan di Labuan saja.
Tapi mujur juga ada data ini. Sekurang-kurangnya kita tahu juga bahawa banyak wang disalurkan ke Singapore, Hong Kong dan Indonesia (tak memeranjatkan). Dan juga ke Mauritius serta Cayman dan Bahamas - musykil.
No comments:
Post a Comment