Petua ni bukan saya yang tulis atau cari.
Ada orang letak kat luar pintu saya. Di Singapork Darul Pangsapuri, orang tak cukup masukkan advertising flyers dalam kotak mail di bawah blok, ada yang bayar pekerja part-time suruh selitkan di gate besi kita.
Petua ini dari www.healthXchange.com.sg, sebuah portal yang disiapkan Kementerian Kesihatan.
Mengingatkan warga pulau kecik ni untuk hidup sihat adalah penting kerana Singapore ialah ageing society, macam Jepun.
Dalam masa 15-20 tahun lagi, akan ada lebih ramai orang tua daripada orang muda - ini antara sebab pemerintah tarik masuk banyak FT, sebab orang Cina Singapork tak suka beranak-pinak.
Yang Melayu kau tak payah ajar, anak kalau tak tiga-empat macam bukan keluarga gitu. Orang Cina nak suruh kawin pun susah, apa lagi nak dapat anak dua, sedangkan dua anak itu minima untuk gantikan satu ibu dan satu bapa yang akan kojol.
Saya post kat sini petua itu sebab mudah dan singkat.
1) Makan pagi biar kenyang.
Laporan menunjukkan mereka yang makan pagi secara umum adalah orang yang lebih kurus. Sebab ia macam 'isi minyak' selepas semalaman tidur.
- ini kata petua tu lah, betul ke tidak kamu jangan tembak saya pula. Tapi doktor saya beritahu, sebenarnya setelah makan pagi ni, makan tengah hari patut dikurangkan jumlah yang dimakan, dan makan malam lebih kurang lagi apa yang disumbat.
Mungkin petua ni bukan untuk orang Melayu kot. Kita sumbat canai telur dua dan teh tarik waktu pagi, briyani daging waktu tengah hari dengan teh ais limau, lepas tu malam cari nasi lemak. In between, kita mesti ada later morning tea kat pejabat (roti sapu kaya) dan afternoon tea (canai satu).
2) Pakai sun block setiap hari.
Matahari (atau 'mentari' dalam bahasa orang berpuisi seperti ninotaziz) menyebabkan kulit lekas tua. Hanya perlu pakai oil-free SPF 15 sun block.
- ini pertama kali saya baca petua ni. Saya nak cubalah.
Mungkin untuk orang muda kot, yang dah nyanyok macam saya dah terlambat tak? Kulit dah mampoi kerepot?
3) Berjalan selama 10 minit setiap hari.
Walau simple ia mempunyai impak besar kepada kehidupan anda. Kamu akan nampak lebih sihat (healthy glow, kata risalah ni), mengurangkan chance kena heart attack, stroke dan rasa kepala berat.
- sebagai orang yang kini berjalan 20-30 minit setiap malam apabila balik kerja, ini betullah. Tapi benda ni saya baru buat setahun, setelah kena diabetes sebelum bulan puasa tahun lalu.
Dulu gi kerja naik teksi, balik naik teksi, walau tinggal hanya 2km saja dari pejabat. Gambar saya yang kamu lihat di blog tu gambar lama. Sekarang dah fighting fit (gambar kat gempa Sumatra dan US tu gambar pak chic dah kurus).
Kamu nak lawan dengan saya? Saya masuk gym di pejabat dua kali seminggu (nak dapat tiga kali, susah beb, kerja banyak). Bulan puasa ni tak masuklah.
Nak action sikit: Di treadmill, saya boleh buat 18:00 minit berjalan-lari 2km.
Dulu nak capai 2km dalam 25minit pun payah, lepas tu turun 22minit, lepas to 20minit.
Orang muda yang kerap masuk gym akan tertawakan saya sebab mereka boleh buat 2km dalam 15minit dengan mudah. Anak oi, pak chic dah 51 tahun, jadi okaylah tu!
Kata orang, kalau aku kena kejar anjing sekarang ni, sekurang-kurangnya boleh lari cepat!
Cuma kadang saya malu dalam gym - sebab pak chic lari slow saja dan kena jalan setiap 200m, tapi ah moi muda atau mamat muda sebelah saya lari 3-5km dari start sampai habis kat treadmill tu. Apa nak buat....
Kalau di cycling machine pula, saya masih slow. Nak capai 2km dalam 5minit belum dapat. Baru 1.8km dah nak pingsan.
Jika kamu ada wang lebih, belilah treadmill ni kat rumah, jadi tak payah masuk gym. Satu keluarga boleh try.
Untuk orang ada diabetes, bahaya besar jika tak exercise kerana aliran darah tak betul. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerjanya banyak duduk macam saya.
Saya tinggal di tingkat tujuh - kurangkan naik lif brader. Saya kerap naik tangga sekarang ni walau kadang macam nak pitam. Turun dari blok pun jalan kaki ler!
Rakan saya - fitness freak - lari naik bloknya di tingkat 25. OKlah, ikut kemampuan masing-masing. Kalau saya lari naik 25 tingkat, esok terus masuk Pusara Aman.
4) Duduk secara lurus.
Ia akan membuat anda cergas ketika berjalan. Pastikan kerusi anda ada support di sebelah bawah kat belakang tu.
- Dulu pak chic sakit belakang, banyak susah. Kini dah selalu exercise, dah hilang sakit belakang ni.
5) Tidur awal.
Ia akan membuat anda ada healthy glow. Ia mengurangkan stress, memperbaiki jantung anda and muka pun nampak muda, kata petua.
- ini payah saya nak lakukan. Tapi akan terus cuba. Saya ni jika jam belum kata 12.30pagi, tak mahu baring pun!
Lepas tu baring hingga 1.30pagi masih baca buku.
Tapi saya untung kerana masuk kerja 11pagi dan pejabat dekat saja - satu stesen MRT. Jadi boleh bangun lambat.
Kamu lepas subuh kena gi kerja, saya tidur balik sampai 9.30pagi.
Tapi saya pasti yang dimaksudkan doktor ialah tidur 8jam berterusan.
OK, braders dan bradees.
Let's do it, baby!
No comments:
Post a Comment