Monday, August 2, 2010

Wuduk dengan NEWater - Bah. 1

Semasa kita 'perang saudara' baru-baru ini, heehee syiok, ada penjenguk blog ini yang hentam Singapork Darul NEWater degan komen ini:

Anonymous,
"betul..memang betul melayu temasik hebat.
melayu tanah melayu memang tak sehebat melayu temasik.hehehe nasib baik la ada kerajaan melayu di johor supply air 3 sen/gelen kat lu orang.
kalau tak bertayamum la kau orang nak solat setiap hari.
ke dah start wuduk guna NEWater?"

Saya tak jawab masa tu sebab lagi tembak menembak banyak isu lain.
Dan kerana isu air ni, saya dah komen beberapa kali. Dah ada siri three-parter lagi. Part 1, Part 2, Part 3.


Bukan saya nak start perang saudara ni lagi. Cuma dalam hati saya: Aish, sayang, orang di Malaysia lihat isu NEWater ni sebagai bahan tertawa, seperti saya juga dulu apabila pemerintah Singapork baru start buat benda ni.
Rupa-rupanya, air ini kerana telah diproses, lebih bersih dari air yang biasa kita minum. Walaupun tentu kita geli juga atas dasar psikologi.
Baca Part 2 dalam cerita saya dulu dan lihat Fatwa tentang 'air baru' ini. Memang boleh wuduk dengan air ini kerana ia 100 peratus bersih dan tawar tak ada rasa.
Tidak seperti air desalinated water di hotel di Makkah dan Madinah, yang ada rasa air laut.

Singapork ada empat 'paip air' kini:
1) Air Johor
2) Air kolam, reservoir, termasuk yang paling baru dari Marina Barrage (gi Google)
3) pensulingan air - desalinated water.
4) NEWater - air kumbahan. Air jamban, cakap mudah, yang dibersihkan 100 peratus.

Jika kamu ke sini, 5 peratus daripada air paip yang keluar di bilik hotel kamu ialah NEWater. Lain kali kamu datang ke Singapork, baik bawa air sendiri satu truck!
Aiyoh tak tahu!

Teknologi air ini ialah sesuatu yang mudah ditertawakan orang. Tapi sayang, saudara, jika kerana nak hentam orang, kita lupa kebaikan besarnya.

Semasa tsunami di Sumatra dulu, orang Muslim kat sana nak mati kerana tak cukup air. Kena bawa kapal terbang bawa bertan-tan air botol dan air mineral.
Dalam kesibukan itu hanya akhbar Singapore, akhbar saya, yang melaporkan bahawa tentera Singapore - tentera asing pertama yang masuk ke Aceh nak bantu Umat M - selain tolong angkat mayat, juga membawa mesin memproses air (nanti saya kena cari kat Archive di pejabat = BARU: Dah jumpa. Baca * di bawah).
Mereka letak mesin besar tu di tepi sungai di Aceh yang tercemar - ada bangkai manusia dan binatang - air diproses, boleh digunakan. Kalau tak mahu minum, sekurang-kurangnya buat wuduk, mandi, cuci baju, bersihkan lantai rumah.

Semasa saya buat liputan gempa di Sumatra Barat/Padang tahun lalu, ada kumpulan tentera pasang mesin serupa di tepi laut di kota Padang (Australia? Dutch? dah lupa). Berebut orang ke sana nak mandi! Atau buat minum.
Masa tu tidak ada yang jadikan bahan jenaka. Mereka berbaris nak minta air dari 'orang kapir' yang bawa teknologi nak selamatkan keluarga mereka.

Jadi saya rasa silap jika terus nak dismiss dan tertawakan teknologi air ini.
Kamu Google - water shortage in the future dan wars over water in the future. Banyak artikel telah ditulis dalam majalah dan akhbar besar tentang isu ini.
Di masa depan, akan berperang manusia kerana berebut air - di Israel mereka curi air bawah tanah Palestin!

Saya kerap baca di India dan Indonesia (sebahagian dari kerja harian saya), air bawah tanah dah nak habis sebab banyak sangat kita sedut dan gali perigi.
Harapan saya ialah Malaysia juga cepat-cepat hidupkan teknologi air ini, boleh bantu Umat M di masa depan.

Di Singapork, mereka tak mahu kata - tapi dalam beberapa tahun lagi, kerana ada 'paip air 2), 3) dan 4), mereka tak takut lagi jika paip 1) ditutup kerana masa depan tu, air sungai Johor dah terlalu kotor, misalnya.
Ini bukan cakap bongkak, tapi kekhuatiran saya tentang negara tumpangan.
Banyak sumber asal tapi kurang dijaga dengan baik. Tak pandai nak negotiate, kena main-main dengan orang.

Bab 2 nanti - syarikat air Hyflux Singapore. Kini berkembang masuk pasaran Middle East dan China!


------------------------------------------
* TENTERA SINGAPORE PROSES AIR MINUMAN

Air laut rupanya, bukan air sungai. Tapi tetap kotor sebab baru tsunami dan puluhan ribu orang mati kat laut.
Ceritanya di sini - kena scroll ke bawah sampai ke Jan 7, 2005.
Tak tahu kenapa mamat blogger asing ni post cerita-cerita Singapore dan tenteranya membantu tsunami di Aceh. Tentu akhbar Malaysia banyak cerita tentang bantuan yang diberi oleh negara pada masa itu di Aceh.

Mesin tu bukan buatan Singapura rasanya, tapi mesin pakai enjib Mercedes. Dan proses pembersihan air sama seperti proses NEWater.

Teknologi apa pun, saya tabik.
Sebab boleh digunakan memperbaiki diri, membantu orang lain, jadi kaya jika dijual, mahupun mengalahkan musuh.

No comments:

Post a Comment