Kadang-kadang kita baca laporan, hati terbakar, kepala hangus.
Ini salah satu daripadanya.
Duit haji orang Indonesia kena songlap. Sehingga seorang menteri pun dah kena tangkap. Pegawai-pegawai banyak terlibat.
Beginilah jika corruption tak dibendung, merebak ke mana-mana.
Malaysia jangan tertawakan mereka. Saya ada rakan buat kontrak dengan sebuah badan haji di Malaysia, lama dulu. Ada cerita sama, walaupun kecil, tapi malu apabila depa beritahu saya. Sungguh sedih pun ada.
Kontrak depa hanya beberapa ribu ringgit, tapi tak dibayar-bayar. Bila chek diminta, pegawai kata kalau nak chek kena belikan hadiah barang berjenama.
Tapi itu lama dululah, mungkin pegawai tu dah mati kena langgar bas.
Sampai hati mereka buat kerja ni.
Ini wang orang miskin yang bertahun-tahun berjimat.
----------------------------------------------------
TAMBAHAN
Pemain bolasepak Muslim German boleh makan minum sewaktu bulan puasa - fatwa menarik.
Kerana mereka ada kontrak profesional, bukan main bola secara hobi, maka mereka kena perform. Oleh itu dibenarkan makan minum.
Kata Universiti Al Azhar.
Saya pernah tulis di sini - team France, Holland dan Germany ada beberapa mamat M (Itulah Holland masa final tak letak mamat M, kan tak berkat! Hehe)
No comments:
Post a Comment