Tuesday, August 3, 2010

Harga minyak melonjak di dunia!

OmyAllah! Harga minyak melonjak!

Apabila saya 'tampal' widget harga minyak kira-kira 5-6bulan lalu, Eye on Inflation 1, ianya ialah untuk memudahkan saya memerhatikan harga komoditi itu. Lihat graf miyak sebelah kanan blog ini.
Saya juga tampal widget banyak komoditi dan benda lain serta berita tech yg saya suka pantau sebagai hobi (ada orang suka kira duit dalam bank, kumpul kotak macis, baca buku masakan).

Semasa saya tampal widget Crude Oil itu, harganya ialah US$82.
Lepas tu jatuh sehingga $70 atas sikit. Ini kerana ekonomi Greece bermasalah, dan ditakuti Portugal, Spain, Italy dan UK pun akan turut meleset.
Jika ekonomi dunia melesat, maka kurang industri pakai minyak dan orang pun kurang naik kereta seluruh dunia (start enjin bila perlu saja).
Kini dah lompat melebihi US$80.
Harga minyak melonjak 3 peratus dah, dalam satu hari!, sebab ada data ekonomi Amerika yang menunjukkan bidang manufacturing ni masih kuat. Di sini, sini dan sini.
(Ini harga oil futures - pasaran hadapan. Bukan oil spot prices. Tapi satu dunia perhatikan oil futures sebagai trend masa terdekat, bukan spot prices).

Jika ekonomi yang terbesar di dunia kuat, maknanya satu dunia akan untung sebab banyak negara menjual barang mereka ke US.
Malaysia saja, kira-kira 15 peratus elektronik products yang dibuat di sana, di eksport ke negara Uncle Sam! Singapore pun lebih kurang sama.

Satu negara ini saja, Amerika, control sama ada anda dan saya berada dalam keadaan pekerjaan yang selesa!
Begitulah gahnya Amerika, sebab tu kita kena buat baik dengan mereka - baik PM Najib mahupun Anwar mahupun PM Lee.


Yang dikhuatiri ialah dengan melonjaknya harga minyak sedunia ini, jika ia berkekalan untuk seminggu-dua di atas US$80, maka kerajaan Malaysia kena fikir nak kena naikkan harga minyak atau tidak. Saya rasa tak perlu kejap-kejap tukar harga kot, rakyat confuse.


HARGA MINYAK DI TEMASEK DOUBLE

Di Singapore isunya berbeza sebab tidak ada subsidi minyak langsung.
Harga RON92 di sini ialah SGD1.70 lebih kurang, iaitu RM3.90 seliter.
RON92 ialah harga minyak kereta termurah di Temasek.
Sinkapour pula ialah the biggest oil and gas trading nation in Asia - tak ada minyak dan gas yang digali di sini, tapi pusat dagangan minyak/gas yang terkenal.
(Penerangan: saya kata gini bukan nak bongkak negeri di selatan ni bagus, tapi nak tanya - Bila Umat M nak dapat jangkau perkara seperti ini. Arab banyak minyak/gas, tapi negaranya bukan pedagang besar komoditi ini! Pasaran dagangan minyak/gas besar ialah di London, New York, Singapore dan Tokyo. Kesian kita).

Di Malaysia, RON95 berharga RM1.80 seliter. Setengah harga di Temasek.
Jika harga minyak dunia naik-turun, syarikat minyak di Temasek, bukan pemerintah Singapork, adjust harga suka hati mereka.
Shell, Esso, BP dan Singapore Petroleum Company atau SPC.
Jika harga tinggi sangat, orang lari.
Jika rendah tak berubah, keuntungan akan terjejas.
Ikut harga pasaran dunia. Pemerintah tak kacau langsung.


Saya tak mahu sentuh orang nak demo atau tidak di KL, nanti ada yang marah.
Pada saya isu mengawal kewangan kerajaan telah dijadikan isu nak bantai kerajaan.
Pada saya, jika Pakatan tawan Putrajaya nanti pun, tidak dapat dielakkan, mereka juga akan terpaksa kurangkan subsidi minyak ini.
Tak boleh dihapuskan sekaligus, beb. Mati rakyat.
Kena buat dalam jangkamasa 10tahun mungkin.
Tapi rakyat tak boleh disembunyikan dari apa yang berlaku di dunia juga buat selama-lamanya. Takut tak jadi rakyat yang sanggup bersaing dengan negara lain.
Pada pandangan sayalah.
Mungkin salah.
Mintak mangap - takut mencetus perang saudara lagi :-)


JADI MAT METALS  
----------------------------------------
PSSST, Nak tahu harga minyak akan terus naik ke tidak?
Kita kena perhatikan harga precious metals dan base metals.
Sebab precious metals ni jika ekonomi dunia kuat sangat mereka akan ikut naik juga.
Jika semua orang nak beli kereta baru, TV baru, telefon baru, komputer baru, aircon baru, fridge baru, cooker baru, maka banyak barangan elektronik nak dipakai.

Tapi dari mana barangan mentah/raw materials?
Dalam setiap benda yang saya sebut di atas gunakan besi keluli, aluminium, copper, zinc, platinum, paladium, perak, dan ada juga yang gunakan emas.
Ada gunakan barangan elektronik.
Jadi jika economic growth dunia dijangka kuat, maka kekhuatiran mengenai inflasi akan merebak ke metals. Ini secara umum ler. Esok tak jadi jangan salahkan hamba, sebab ada faktor lain kadang-kadang.

Jika economy kuat - misalnya di negara BRIIC, terutama India dan China - harga emas dan perak akan naik. Sebab jika kita 'rasa kaya' (feel wealthy), kita akan beli barang kemas.
Nak pakai kalung baru untuk datin, dan cincin white gold untuk datuk.

Juga, precious metals mejadi hedge against inflation.
Jika ekonomi kuat sangat, harga barangan (makanan, kereta, rumah, pakaian), mungkin menjejas matawang negara anda.
Jadi orang lari masuk emas dan perak, historical anti-inflation tools.

No comments:

Post a Comment