Friday, August 20, 2010

Membantu rakyat miskin (Bah. 2/2)

....SAMBUNGAN....
(Bahagian 1 di sini).
Walau belum ada detail, mari kita bincang dulu.
Kedua-dua idea ini bagus untuk rakyat - ahli politik yang suka 'berkelahi' isu-isu tak perlu (pada rakyat di bawah), kini berlumba nak bantu rakyat miskin. 
Tambahkan pendapatan rakyat miskin. Kita bersyukur (Untuk orang kaya, RM4,000/RM4,500 sebulan small change). 
  
Janji Pak Naj dan Pak Sheikh Anwar:
1) Kerajaan BN nak gandakan/double gaji anda dalam jangka masa 10 tahun.
Saya pernah tulis New Economic Model dan janji nak gandakan gaji di sini.
Saya tulis masa itu:
Jika dibahagi gaji setahun [anda] itu kepada sebulan, ini bermakna secara purata gaji sebulan rakyat sekarang ialah lebih kurang RM2,200.
Ia nak digandakan kepada RM4,500 sebulan, dalam 10 TAHUN.

2) Pak Sheikh pula kata, jika Pakatan jadi kerajaan, dalam jangka masa LIMA TAHUN pendapatan sebuah rumah (household income) akan dijadikan RM4,000 sebulan. Baca ceritanya di sini - banyak website dan blog dah tulis isu ini.
Pandai juga silat sikit - beliau kata itu adalah 'sasaran' atau target - jika tak dapat dalam lima tahun, jangan marah. 

Bezanya antara janji dua pembesar politik Malaisia tu ialah (harap betulkan jika salah):
1i) PM Naj janji nak double gaji SETIAP PEKERJA. Dan dalam 10 TAHUN, bukan lima tahun. Di Malaysia, jumlah pekerja ialah 11juta daripada 28juta rakyat. 
Ini tentu bermakna ekonomi kena terus mantap dan berkembang. Jika nak sampai ke situ, KDNK kena tumbuh 5-6 peratus setahun, setiap tahun.
Bukan mudah tu, tapi bukan impossible.
Cuma sayang. Dari beliau bentangkan New Economic Model pada Mac hingga hari ini, belum beri detail cara mana ekonomi negara boleh melonjak jadi "high income economy".
Sebab jika ikut KDNK naik setahun 5-6 peratus saja, tak akan dapat gandakan gaji anda.
Cuba kira sendiri -- Jika gaji anda RM2,000 hari ini, naik gaji 6 peratus setahun dan terus bertambah 6 peratus setahun (compound growth) = RM2,000 x 1.06 = 2,120, x 1.06 = 2,247, x 1.06 = seterusnya hingga 10 tahun. Anda dapat RM3,582. 
Tak dapat double.

2i) Anwar pula tak kata naikkan gaji Setiap Pekerja kepada RM4,000.
Beliau kata HOUSEHOLD INCOME - pendapatan sekeluarga.
Kalau dalam rumah tu laki dan bini kerja, jumlah gaji mereka akan jadi RM4,000. (Sedangkan ikut janji Naj, jika laki bini kerja, pendapatan serumah menjadi RM4,500 x 2 dalam 10 tahun).
Maknanya jika pilihanraya diadakan 2013 dan Pakatan menang, pada 2018 semua keluarga dalam Malaysia akan dapat income RM4,000, paling kurang.
Syiok juga, sebab ini gaji minima.

Dan jika anda orang miskin dan gaji sekeluarga hanya RM2,000, maknanya akan berganda gaji anda dalam hanya lima tahun. Bukan 10. 
Tapi seperti PM, Anwar juga belum beri detail macam mana nak pastikan semua rumahtangga dapat gaji minima RM4,000.

---------------------------------------------- 
Kritikan Saya (memang senang nak attack orang, oi!):

a) Masalah janji spesifik kepada pengundi ini begini: Jika kamu tak dapat deliver karang, mampoi.
Lebih mudah jika mereka cuma janji - semua KELUARGA (bukan pekerja) yang ditaraf Rakyat Termiskin akan diberi RMxxx sebulan. Maknanya kamu tidak janjikan kepada semua orang, hanya Rakyat Termiskin.
Atau buat seperti janji spesifik Lim Guan Eng - semua warga tua 60 tahun ke atas akan dapat RM1,000 setahun.

b) Walau saya puji janji PM Naj, Anwar dan LGE sebab janji nak bantu rakyat di bawah, saya lebih senang hati jika janji dibuat secara big picture. 
Kan cukup jika janjikan Malaysia akan jadi high-income country (BN), atau nak kurangkan corruption dan pembaziran (Pakatan).
Sehingga blogger pro-PAS yang menjadi (ahem) guru saya, ~penarik beca, pun mengeluh tentang janji-janji manis ni. 

c) Yang lebih penting - janji kasi wang percuma kepada orang tua, okaylah. Tapi kenapa nak janji kasi wang percuma. Nanti depa dah sedap dapat jadi macam unemployment benefits atau social security benefits di Barat yang merosakkan negara kerana semua jadi malas. Cuma nak tunggu wang percuma. 
Jangan hanya berikan seseorang itu ikan saja, ajarlah mereka mengail ikan agar mereka dapat cari makan sendiri. Tak terus mengharap meminta-minta.
Give a man a fish and he'll eat for a day. Teach a man to fish and he'll eat for a lifetime. 
Berilah peluang pekerjaan kepada orang tua yang nak bekerja - dengan merendahkan cukai untuk syarikat/fast food restaurants yang ambil pekerja emas ni.
Lebih baik jika kerajaan adakan peluang latihan demi latihan - training schemes - untuk pekerja bergaji/berpendidikan rendah, menaikkan taraf qualification/skills mereka.

Maaf, masuk bab Singapore. Bukan sebab negara kecik ni bagus ke mana, tapi sebab saya tahu apa yang berlaku di sini - macam-macam training scheme ditawarkan untuk pekerja rendah. 
Pemerintah bayar beb. Majikan diberi elauns jika galakkan/benarkan pekerja belajar ambil certificate atau diploma. Baik belajar bahasa Inggeris, cara gunakan machines di tempat kerja, belajar komputer dan sebagainya. 
Baca sini, sini dan sini (di Malaysia pun tentu ada, saya kasi examples yang saya tahu, jangan marah).

Untuk pelajar Melayu yang miskin - tak mampu nak bayar tuition yang mahal - kumpulan bantu-diri Mendaki (Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura) dan AMP (Association of Muslim Professional) anjurkan kelas tuition ajar matematik, sains, gunakan komputer etc.
Atau kamu nak loan belajar lagi?
Di Malaysia pun ada peluang begini, bukan tak ada. Tapi akhbar dan website lebih gemar laporkan orang politik tikam lidah, bukan cerita 'pekerja gaji rendah, kini dah pandai, terima kasih kerana skim latihan. Anda bila pula nak tingkatkan ilmu?' Lihat sini.

---------------------------------------------- 
Maaf, nak pulang semula kepada pertanyaan Sarjan Hassan (Bah. 1): 
Macamana cara kita nak sustain ekonomi keluarga (middle income) secara long term untuk hidup selesa (bukan mewah).

Benda-benda di bawah ini pernah saya buat, dan ada yang saya masih terus lakukan:
1. Hidup ikut gaji kita. Dulu selama bertahun-tahun, saya bawa makanan dari rumah. Masuk thermos - nasi, lauk, sayur. Makan tengah hari dah sejuklah, tapi jimat. Sambil makan seorang diri dalam meeting room, baca buku atau akhbar.
Sampai sekarang, jika kamu makan dengan saya, kekok jika saya tak baca sesuatu waktu makan. Kamu nak kata kurang ajar pun saya tak kisah. Hahaha.
Kurangkan makan di luar - mahal beb! Baik kamu masak nasi kat rumah, goreng telor/ikan bilis/kicap, campak sayur salad.

2. Jangan naik teksi jika boleh naik LRT/MRT. Saya tak naik bas kerana nak jimat masa, tapi jika kamu nak jimat, naik bas ler. Kalau boleh jalan kaki, do it!

3. Jangan beli kereta yang menyusahkan diri nak dibayar. Di KL semua orang mesti ada kereta sebab sistem bas tak lengkap dan nak bawa anak 10 orang makan luar hujung minggu.
Rahsia Azman Hashim bos AMBank - saya pernah terbaca - beliau kata beliau beli kereta second hand, agar tak rugi teruk.
Jika boleh naik motosikal ke kedai nak beli biskut, kenapa naik kereta?
Saya tak ada lesen motosikal, tapi kereta saya di KL dah berusia 12 tahun (kereta 1998), dah lama habis bayar. Gian nak beli kereta baru, tapi takut tambahkan hutang.
Di Singapore tak ada kereta, gi kerja naik MRT, balik jalan kaki 2km.

Kawan pernah cerita - seorang Melayu Singapork jual rumah dapat untung besar. Lalu beli BMW. Wooi, glamour action sana sini. Tapi depa lupa maintenance untuk kereta mewah, upahnya pun mewah! Lepas dua tahun, depa terpaksa jual kereta, rugi banyak, kini naik kereta kecil.

4. Financial planner kata jika kamu beli rumah, bayaran bulanan tak boleh lebih dari 30 peratus net salary (gaji yang dibawa pulang). Kurangkan kepada 20 peratus ler jika nak selamat!

5. Simpan 10 peratus gaji setiap bulan. Jika gaji kasar RM2,000 dan dibawa pulang RM1,600, maknanya kena simpan RM160 sebulan.
Bukan untuk hari sakit saja, atau jika anak nak beli kasut dan buku. Tapi kadang-kadang nak juga kita beli TV baru, makan kat restoran seafood Amy.

Nak citer sikit: Sila rajin belikan anak buku-buku, 'bang. Masa saya kecik di kampung West Coast Road dulu (jamban atas sungai), umur 12 tahun, arwah bapa saya berikan saya buku saya pertama yang TIDAK ada gambar - hanya covernya ada gambar.
Sampai sekarang saya ingat reaksi saya: Siapa yang nak baca buku tebal yang tak ada gambar ni? Dalam bahasa Inggeris lagi.
Tapi selepas baca beberapa muka surat, syiok. Dan dari situlah saya mula berani baca buku apa pun. Itulah jasa arwah bapa.
Penulis buku itu ialah Enid Blyton.
Siri detektif kanak-kanak, Famous Five and Secret Seven.

Saya dapat beri anak-anak saya buku cerita yang sama masa mereka kecik pun. Sekarang mereka dah syiok, pilih buku sendiri bila ke Kinokuniya di Orchard Road dan KLCC, atau di Borders, Orchard. Bapak mereka tukang bayar.

6. Jika dah buat semua di atas ni tapi masih perit, apa nak buat brader. Kena cari kerja kedua lah. Dulu muda-muda tak mahu belajar dan sertai skim training!
Sang ibu boleh buat kueh atau jahit baju. Bapa kenalah kerja di luar rumah.

7. Cari Pak Naj, Abang Anwar dan Guan Eng. Hohoho.


(in case kamu tanya: apasal pak chic tua ni kasi detail kehidupan dia? bukan terkenal mana pun orang nak baca! bukan brad pitt atau dr m.
(tak baca pun tak apa beb. saya tulis detail ni agar nanti saya dah 'game', anak-anak dan cucu boleh baca - 'o, gitu bapak/atok hidup. susah eh'.
(jika mereka ambil yg cantik dan buang yang nonsense sikit pun jadiler. doakan lah arwah bapak/atok, 'nak, 'cu).
   

No comments:

Post a Comment