Wednesday, August 4, 2010

Wuduk dengan NEWater - Bah. 2

Ini cerita benar yang jelas menunjukkan kenapa yg kaya terus kaya, yg rakyat biasa terus sangkut di bawah. Kesian kita.
Hanya beberapa tahun lalu, saham syarikat Hyflux hendak disenaraikan di bursa Singapore, SGX. Harga IPO (initial public offering) ialah S$1.

Saya pun pikir (angan Mat Jenin): Whoa, ini saham melibatkan industri air. Pasti boom sebab manusia dalam dunia makin ramai, dan nak minum air botol dan siram pokok dan sejukkan elektronik chips dalam factory. Semua menggunakan air.

Dan syarikat Hyflux ini ada Temasek Holdings, state investment arm macam Khazanah, sebagai shareholder.
Satu lot - 1,000 saham - harganya S$1,000.
Tapi pikir punya pikir - nak cari duit kat mana kerana saya nak beli lima lot. Lalu tertinggal bas. IPO tutup.

Kini, harga saham itu ialah S$3.30.
Maknanya jika dulu beli satu lot pun, dengan harga S$1,000, sekarang dah boleh jual dengan harga  S$3,300, untung S$2,300.

Kalau ada duit dulu dan beli 5 lot, untung $2,300 x 5 = $11,500.

Jika saya orang kaya dan beli 10 lot, untung $23,000.
Dan seterusnya.


Apa pun, menarik cerita syarikat air ini. Katanya ia bermula apabila omputeh foundernya lihat mesin aircon di rumah. Lalu terfikir: macam mana air boleh diterbitkan berlambak-lambak ‘dari angin’ yang hendak disejukkan oleh mesin aircon ini?

Depa pun buat experiment nak buat mesin ‘air ajaib’ - dari angin jadi air.

Lalu bertambah besarlah syarikat ini.

Dua hari lalu, Hyflux buat announcement nak melabur projek air di China dgn partner dari Jepun, Mitsui.


Pada tahun 2008, Hyflux menang tender nak membuat desalination plant menggunakan reverse osmosis yang terbesar di dunia (gambar) - air laut disedut, difilter, dibunuh bakteria, lalu boleh diminum! Projek di negara Algeria - siap tahun depan (GAMBAR).
Hyflux juga telah membina projek desalination plant terbesar di China. Dan plant pertama tukar air laut jadi air paip di Singapork.

Jadi seperti saya di Makkah dan Madinah, orang Temasek dah wuduk pun dengan air dari laut.
Tapi di pulau kecik ni, ditambah lagi (aiks) - ada juga air NeWater yang digunakan untuk berwuduk. Semua keluar dari paip yang sama - air Johor, air kolam, air laut, air NEWater.

No comments:

Post a Comment