Saturday, August 7, 2010

Chiam See Tong nak tanding di tempat saya. Yay!

- Saya dah empat kali buat liputan pilihanraya umum di Malaysia - 1995 (cover dari KL), 1999 (KL), 2004 (duduk Alor Setar dua minggu, cover Kedah dan Perlis), dan 2008 (di Kota Baru dua minggu).
- Baru dua kali cover pilihanraya umum Singapork Darul PAP - 1988 dan 1991 (dan juga Presidential Election 1993). Duduk kat rumah ;-)

- Beza pilihanraya banyak antara dua negara walau kita berjiran.
a) Di Malaysia TIDAK WAJIB mengundi.
Jadi jika kamu tak mendaftar/mengundi kerana malas, tak apa. Maklumlah negara besar dan ramai pengundi.
- Di pulau kecik sekangkang kera, mengundi adalah WAJIB.
Jika kamu tidak membuang undi kerana sakit atau berada di luar negara, kena tulis surat jelaskan kenapa tak datang buang undi. Jika tidak, lain kali tak boleh mengundi.
Tak tahu pulak kena saman ke tidak jika tak ngundi (Maklumlah - kat sini, tak flush toilet kena saman, seberang jalan lampu merah kena saman, tidur kat bangku di taman kena saman, makan chewing gum kena saman, merokok dalam jamban kena saman. Singapore is a FINE country).
Kalau tidak diwajibkan, takut pula sedikit sangat yang akan keluar mengundi, sebab orang akan kata - "I no need vote oso PAP win."

b) Untuk warga Malaysia, mengundi tu biasalah.
Macam kita gi Langkawi lima tahun sekali. Atau gi Melaka empat tahun sekali.
Tapi orang Singapore pula, ramai yang kempunan - tak pernah atau jarang mengundi.
Walaupun wajib, kerana PAP keras terhadap pembangkang, tidak ramai berani masuk gelanggang nak bertanding.
Jadi setiap pilihanraya, banyak betul kawasanundi yang walkover.
Sebab pembangkang tak cukup candidate nak bertanding. Orang takut jika lawan PAP nanti, kena saman jika tersasul kata, mampoi.
Atau takut jika dah terkenal jadi pembangkang, payah nak dapat kerja. Katanya.

c) Di Malaysia, tak payah tunggu kempen pilihanraya, tiap hari pun boleh bantai kerajaan tentang apa isu pun dengan mengadakan ceramah di mana-mana.
Kalau tak puas hati, boleh gunakan Malaysiakini dan Insider.
Cakap pun main lepas saja, sebab ground rulesnya berbeza sungguh.

Apabila ada buku 50 Dalil keluar dulu, orang kata 'Biasalah, buku politik'.
Tapi apabila Anwar saman saja, wah terus orang kata: 'Ini mesti ada yang betul dalam buku itu, sebab itu beliau saman, nak sembunyikan fakta'.
Sebab itu orang politik Malaysia malas nak saman.
The moment you take legal action, people will start saying that there must be some truth to the allegations, or else why does he bother to sue in court?

Di Temasek Darul Sukasaman, terbalik pula.
Ceramah umum politik hanya boleh diadakan semasa kempen pilihanraya pendek.
Dan yang kelakarnya, apabila berkempen atas pentas, ramai pembangkang BACA TEKS UCAPAN.
Sebabnya? Takut tersasul kata dan memaki PAP atau pemimpinnya, esok kena saman!
Sebab di Sinkapour, jika orang kata sesuatu yang boleh membawa fitnah, mesti kena saman, jika tidak nanti orang kata: 'Eh kalau tak betul, kenapa beliau takut nak saman? Mesti ada fakta dalam cerita ini!'
Tombalik dibandingkan dengan Malaysia.
Gelak saya lihat orang politik Singapork - dalam Parllimen dan semasa berceramah, kerap pakai skrip yang ditulis awal. Takut kena saman!

Jika ada orang tuduh Perdana Menteri bunuh rakyat Mongolia di Temasek, misalnya, esok orang itu kena saman. Ini fitnah. Takkan nak didiamkan?
Jika yang kena saman lari keluar negara dan tak mahu ke mahkamah, satu Singapork akan kata - 'Si bedul tu penipu, jika tidak apasal takut nak tunjuk bukti?'
Di Malaysia, terbalik pula!
Orang tuduh PM dan isteri bunuh rakyat Mongolia. Kena saman, lalu orang itu lari ke London.
Yang dipuji orang yang lari itu, sedangkan PM dan isteri terus dituduh terlibat.
Hai, pening, pening!
(Memang betul hakim dan mahkamah dituduh berat sebelah, tapi kalau ada bukti kukuh kamu keluarkan, tak mampoi PM Najib dan isteri!
(Tak payah masuk mahkamah pun, keluarkan kat blog kamu pun semua bukti, orang syiok baca, beb! Kalau ada buktilah).

d) Lagi satu perkara yang agak berbeza antara pengundi Msia dan Spore: Kerana kempen pilihanraya di pulau ni pendek = tujuh, lapan hari = maka warga sini yang dahagakan political entertainment akan berhimpun dan berduyun datang nak dengar ceramah politik.
Lima tahun, hanya dapat dengar orang 'bantai' PAP dalam tujuh, lapan hari tu saja.
Puluhan ribu akan turun bila pembangkang ada ceramah!
Bila ceramah PAP pula, errrr, tak ramai yang datang. Mereka kata mereka baca kat akhbar propaganda PAP, macam akhbar aku, pun dah tahu apa yang nak dicerita menteri.

e) Tapi jangan syiok jika puluhan ribu pekik-pekik sokongan kat ceramah kamu pun.
Bila masa mengundi, ramai terus undi PAP.
Bukan sebab apa. Kamu nak kata PAP control media, sekat freedom of speech, bantai pembangkang pun - mereka cekap jaga ekonomi, crime rate rendah, amanah jaga harta negara, corruption ada tapi kadarnya amat rendah.
Dan kerana kualiti pembangkang rendah - takut kena saman, susah nak dapat kerja, katanya - maka orang  tak syiok nak undi selain PeTiR (Parti Tindakan Rakyat = PAP) = sebab tu logo PAP gambar "petir", brader. GAMBAR pertama.



CHIAM TUKAR KAWASANUNDI

TAPI kali ini ada kejutan besar di Singapork Darul Dollar.
Di Parlimen Temasek, ada 94 kerusi.
Hanya dua daripada kerusi itu saja kerusi pembangkang yang masuk diundi rakyat.
Saya dah cerita tentang pecahan kerusi dalam Parlimen di sini. Orang luar susah nak faham, kadang-kadang, sebab macam-macam jenis MP ada di sini. Bukan yang diundi masuk saja.

Salah satu dari dua kerusi pembangkang dipegang lama oleh Chiam See Tong, 75, legenda ahli pembangkang di sini. Chiam dari Singapore People's Party. GAMBAR kedua - apa ni logo macam logo Olimpik pulak.
Dulu JB Jeyaretnam (JBJ) pun legenda juga, tapi dah meninggal.
Chiam, seorang peguam, menang dan terus jaga Potong Pasir constituency. Kawasanundi satu kerusi saja.

Tapi di Singapork ini ada kumpulan kerusi yang dinamakan GRC - Group Representation Constituency. Baca di sini. Paling kurang Tiga kerusi dan paling banyak Enam kerusi.
Maknanya mereka bertanding secara berkumpulan, buka satu kerusi untuk satu orang seperti di Malaysia dan negara lain.
Chiam kini berpindah dari Potong Pasir, masuk ke Bishan-Toa Payoh GRC.
Aha. Ada Lima kerusi, beb.
Dahlah tu, ini kawasanundi saya. Yay.

Saya seumur hidup hanya baru mengundi Sekali Saja. Pada pilihanraya 1988 (kalau tak salah. Dah lama sangat, pakcik tua dah lupa). Masa tu saya tinggal di Sembawang GRC.
Saya untung juga dapat undi - sebab puluhan ribu rakyat Singapork tak pernah pun mengundi, jadi mereka tak tahu cara-caranya. Hahaha, itulah demo-keras-i ala-Red Dot.

Syiok saya menunggu bila nak pilihanraya.
Bila agaknya?
Tahun ini ekonomi melonjak 13-15 peratus. Pasti kena adakan tahun ini, pada saya.
Takut tunggu tahun depan, ekonomi US collapse, habis semua.
Isu-isu untuk rakyat?
Termasuk isu pekerja asing yang membanjiri pulau ini. Siapa pun saya jumpa bila saya cucuk sikit tentang FT (foreign talent) akan melenting-lenting marah.
Jurang miskin dan kaya. Singapore ialah negara yang paling banyak jutawan di dunia (banyak orang asing ambil PR di sini dan park wang mereka), tapi yang miskin pun ramai. Di sini, jika gaji serumah kamu S$2,000 (RM4,600) pun belum tentu kamu boleh hidup dengan selesa.
Dan orang masih marah kerana dah selalu banjir. Semacam tak kena bagi negara yang mengaku efficiency yang tinggi.

Suruh saya teka bila pilihanraya? December.
Tapi kalau takut hujan lebat Sinkapour tenggelam dan diserang todak pada bulan tu, mungkin Januari lah.
Hidup Rakyat!

Lain kali lebih detail tentang Bishan-Toa Payoh GRC ini dan juga dua GRC lain yang pembangkang sedang intai.
Parti besar lain di sini ialah Workers' Party (dulu parti JBJ) - parti tukul. The Hammer. GAMBAR ketiga.
Dan parti kecil tapi sedang naik ialah Singapore Reform Party, diketuai oleh anak JBJ - muka pun sama macam bapa depa dulu. GAMBAR logo mentari pagi (ninotaziz - ada puisi tentang mentari tak?).

Nanti saya bawa cerita politik lagi di Little Red Dot. Tak exciting macam di Malaysia atau Indonesia, sebab negara kecik yang disekat dari buka mulut banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment