Tuesday, October 19, 2010

Currency wars - US, China perang, Asia panas

Semasa saya mula jadi laporan pasaran kewangan Malaysia pada December 1994, kerja tak susah sangat.
Pada masa itu ringgit ditetapkan untuk berdagang pada RM2.53 = US$1 (kalau tak silap).
Matawang Malaysia ni dibenarkan oleh Bank Negara untuk 'naik turun' sikit tapi ada limitnya dalam sehari, apa yang dipanggil 'trading band'. Dah lama saya pun dah lupa = jika tak salah trading band ini ialah 10 points di atas dan bawah 2.53, atau dibenarkan naik atau turun 1 sen saja sehari.
Jika ada bank di Malaysia yang membeli atau menjual US$-RM di luar had itu, mereka akan dapat panggilan dari seorang pegawai Bank Negara bernama Hazri.
Mamat fx traders (foreign exchange) di treasury department bank di Malaysia saya rasa gerun dengan Hazri ni. Beliau akan 'marah' bertanya kenapa kamu jual-beli di luar trading band ini. Saya tak kenal beliau, cuma ramai sungguh fx traders mention nama beliau.
Berbanding dengan Singapore dollar pula (Sing dollar), kadar pertukaran juga agak mantap. RM1.8 = Sing$1.

Bank menjual-beli ringgit kerana perdagangan = Malaysia Airlines MENJUAL ringgit dan membeli US dollar kerana nak beli minyak untuk kapalterbang; atau syarikat A MENJUAL ringgit nak beli machinery dari Jepun atau Germany. Perdagangan dunia banyak gunakan US dollar.
Atau Petronas MEMBELI ringgit dan menjual US dollar kerana nak bawa pulang keuntungannya (minyak didagangkan dalam US dollar). Atau orang Singapore MEMBELI ringgit dengan menjual Sing dollar kerana nak buat factory di Johor.

Banyak juga wang bertukar tangan kerana "treasury activities" fx traders dari bank international di Singapore. Mereka ni (termasuk di London dan New York) akan dituduh sebagai penyangak matawang atau currency speculator oleh Dr Mahathir kelak.
Saya ramai kawan di bank Singapore yang jadi fx traders masa tu. Kerja mereka duduk depan skrin computer dan jual-beli apa pun currency nak buat duit untuk bank.
Jika mereka dengar berita baik atau buruk (Israel nak serang Iran! Kapal nelayan Vietnam ditangkap China! Petronas nak beli ringgit dengan banyak! Berita ekonomi buruk untuk Jepun kerana tankan report begitu negatif! Inflasi dikhuatiri di Amerika kerana 'Crab'/CRB index naik mendadak), mereka akan cepat jual-beli US dollar dengan matawang lain.
Tapi yang bergolak biasanya di negara ekonomi besar = Amerika, Jepun, UK, Eropah.


CALM BEFORE THE STORM 

Senang kerja saya masa tu kerana ringgit tak gerak banyak, saya cuma sibuk buat laporan pasaran saham = masa tu Renong dan UEM di bawah Halim Saad, Malaysia Airlines baru dibeli Tajudin Ramli, Vincent Tan busy dengan macam-macam projek Berjaya, YTL baru nak naik dan Syed Mokhtar Albukhari, yang ini orang tak pernah dengar pun masa tu.
Saya juga sibuk menulis tentang money market dan bond Malaysia. Eeks masa tu pasaran bon ni baru lahir, cuma money market agak active = ia berkisar kepada pinjaman wang antara bank dan kadar bunga (interbank loans dan interest rates).

Ekonomi Malaysia boom-boom-ala-kazoom. Orang bisik sikit saja Cainis tertindas, lepas tu sibuk jual-beli saham.
Orang baru nak bisik Mahathir habiskan duit rakyat, dah mula sibuk nak queue beli kereta Proton = kena tunggu 8bulan hingga setahun nak beli Saga dan Knight.
Tak sempat cerita habis polis pukul mamat India hingga mati dalam jail, dah kena pergi sales meeting.
Tak ada masa nak sembang benda lain selain bagaimana nak buat duit.
KL jam sebab banyak sangat salesmen di tengah jalan tu = nak jual macam-macam barangan atau kerana nak gi interview = ramai orang sibuk bertukar kerja kerana company banyak berkembang nak pekerja baru.

Tapi kehidupan ini semua berubah mulai penghujung 1997 kerana Asian Economic Crisis yang bermula di Thailand dan kerana spekulator kewangan.


KRISIS MATAWANG ASIA

Kita semua dah tahu apa terjadi dalam krisis matawang Asia dan krisis ekonomi.
Tak payah panjangkan cerita.

Cuba saya nak ulang cerita ini:
US$1 akhirnya boleh membeli RM3.8.
S$1 = RM2.1 (kini dah RM2.4).
Masa tu baru ramai orang kenal siapa itu fx traders dan pasaran pertukaran wang.

Baru kita tahu kestabilan matawang itu bukan kerana 'benda biasa', seperti kita boleh harapkan tentu ada nasi lemak atau roti canai setiap pagi jika kita nak sarapan.
Ada pihak mainkan peranan yang boleh merosakkan ekonomi dengan kita sekali, ada pihak yang jadi pemerhati setiap minit pastikan semua berjalan dengan lancar - iaitu bank pusat seperti Bank Negara dan Monetary Authority of Singapore, Bank of Japan dan Federal Reserve Bank.


CURRENCY WARS HARI INI 

Masalah hari ini agak terbalik.
Bukan spekulator dan fx traders yang nak naikkan dan turunkan kadar matawang, tapi negara besar seperti Amerika, Jepun dan China.
Kerana ekonominya lemah, Amerika mahukan China kurang kadar yuan berbanding US$.
Dia tuduh China sengaja rendahkan kadar yuan (atau renminbi) agar eksport China kuat, dan boleh jadi pengeksport terbesar di dunia.
China kata podah! Jika kami naikkan kadar yuan, nanti ekonomi kami lemah, jutaan hilang kerja, kocar kacir negara kami.

Ingat nak tulis panjang lagi, tapi Ayahanda Mahathir (Bapa Pembunuh Segala Penyangak) dah pun tulis kat sini, The Currency War.
Cukuplah tu!

Cerita di atas ni agar kita perhatikan dengan rapi apa yang terjadi.
Negara kecil seperti Singapore dan Malaysia ni nak buat apa. Gajah dua nak gaduh, kita semua kena pandai elak jika tidak kemek kena pijak!

No comments:

Post a Comment