Friday, October 8, 2010

Tukar tanah KTM kepada nature walk. Set!

Ini satu idea yang saya sokong.
Singapore ialah tempat kedua paling ramai manusiawi. Penuh sesak 5juta dalam pulau yang kecik totet ilet. Mabuk kalau kat Orchard Road tu ramai sangat orang.

(Tempat yang pertama paling kecik dan lebih sesak ialah Gaza. Kasihan mereka nak dibunuh Israel).

Kerana tanah KTM dah dibagi balik kepada Singapork, kenapa tanah tu mesti dibangunkan jadi kondo dan bangunan pejabat? Boringlah.
Ada kumpulan-kumpulan hijau di Singapoora yang mahu pemerintah convert tanah dari Tanjung Pagar ke Woodlands tu kepada cycling track, atau nature walk dan hiking park - di sini.
Antara gambar kehijauan railway track di sini dan sini.
Dan bangunan stesen Tanjung Pagar (GAMBAR) tu dijadikan saja tempat di mana orang yang gi nature walk tu park kereta dan salin pakaian, serta tempat mula naik basikal.

Atau sekurang-kurangnya tanah yang ada railway line tu dibiarkan sebagai 'hutan' agar binatang besar dan kecil ada walkway nak naik turun Temasek dari utara ke selatan. Senang sikit jika rimau nak jalan-jalan gi Orchard Road.


Untuk rakan saya di Kuala Terengganu.
Beliau suka jogging, tiap petang jogging tepi pantai di KT, Pantai Batu Buruk.
Budaknya hensome, tapi kurus macam tak pernah makan.
Dan bila beliau ke Singapore, beliau tanya kat mana nak jogging kat pulau kecik ni - takkan kat tepi jalan raya nanti kena langgar Lambo baru?

Di Temasek, untuk orang yang suka jogging, ada apa yang dinamakan Park Connector Network. Ia adalah siri jogging trail yang disiapkan di tepi longkang (yang tak bau busuk ler) dan di tepi 'hutan'.
Saya pernah cuba satu dua tempat - dalam trail ni anda tak dengar bunyi kereta pun dan ada di setengah tempat tak nampak pun bangunan tinggi.  Udara nyamanlah konon.

Ridz, petanya dan detailnya di sini.

Tempat yang saya selalu jogging ialah di dekat rumah saya - di tepi longkang dan ada tempat berehat (GAMBAR BAWAH). Jogging dan bicycle track ini boleh ke utara dan selatan - saya lari 3-5km dah pingsan, jadi tak tahu betul atau tidak.

Di gambar ini, track ini di tepi longkang, tak boleh buat rumah, lalu dijadikan tempat riadah.
Di KL, saya selalu mengeluh apabila lihat kawasan di tepi Sungai Gombak di Keramat tu - sayang terbiar tanah kecil di kiri dan kanan (termasuk di bawah track LRT di Datuk Keramat).

Datuk Bandar KL,
Kalau nak projek, tukarkan tanah tepi longkang tu jadi jogging track dan bicycle track.... menggalakkan hidup yang sihat tu.
 (Cuma yang dikhuatiri, nanti orang naik motor pun jalan situ! Tapi ini boleh dikekang, macam di Singapore, dengan meletak tiang batu kat lorong agar motor dan kereta tak boleh masuk, hanya basikal).


No comments:

Post a Comment