Eeks braders dan bradees.
Maaf wali songo.
Saya tak kata nak berhenti blogging.
Terima kasih banyak-banyak ramai dah concern pak chic nak retire. Belum lagi.
Atau tanya kerana nak naik haji ke? Part ini dah 4tahun booking dengan Tabung Haji, masih tunggu dalam queue.
Saya kata nak rehat kejap, sebab dah tak ada semangat tulis setiap hari.
Saya dah tak larat nak tulis diari elektronik harian macam lalu.
"Oleh itu, saya rehat mulai hari ini.
"Dah tidak akan tulis tiap hari lagi macam dulu.
"Tak tahu bila nak ada mood nak main muzik-blogging ni lagi."
Saya jangka nak tulis sekali dalam 2-4hari.
-------------------------------------
TAPI baru nak berehat ada cerita lucu yang pada masa rasa kasihan pula.
Calon PKR terjatuh ke dalam laut semalam, buat kali kedua.
Kata omputeh:
- He was fishing for votes.
- His campaign is a wash-out.
- He was diving right into the voters' problems.
- He heavily waded to rescue the villagers.
Itu jika kita, ahem, "berhati Umno".
Jika kita berhati rakyat (fulamak), kita kata "kasihan orang kampung, jambatan pun tak sempurna".
-------------------------------------
TENTANG saranan pengunjung blog.
Betoi tu, saya rasa kita ngobrol isu selain politik Malaysia dan Singapork.
Sebabnya mudah - pilihanraya semakin dekat.
Mereka sensitif jika orang cucuk jarum sana dan sini. Maklumlah saya wartawan cari makan. Bukan blogger bebas.
1) Di Malaysia jika kamu suruh saya teka, December ni boleh diadakan pilihanraya umum ke13 jika BN menang di Galas DAN Batu Sapi = kena menang dua-dua.
Jika di Galas tambahan pengundi Melayu untuk Umno-BN naik 5 percentage points, misalnya dari 55 peratus kepada 60 peratus. Petanda baik untuk PM Najib.
Lebih lagi jika pengundi Cina dan Orang Asli tak turun banyak. Jika bertambah dua golongan ini undi Umno-BN akan mempercepatkan lagi pilihanraya umum.
Di Sabah, mereka nak jengok ramai tak nak pengundi Cina yang lari dari BN. Jika steady atau turun 2peratus ke bawah, dan pengundi Bumi tak lari, maka kuatlah signal nak panggil general election.
Itu tekaan saya.
Tapi sebenarnya tekaan pilihanraya pada March lebih mungkin lagi, sebab kerajaan nak lihat program ekonominya ada kesan.
Once the economic growth creates a buzz among the public - eh bagusnya ekonomi kita - maka set! Terus masuk general election. Jadi mungkin ditunda kepada March, sebab program2 ekonomi masih di tahap awal.
Eh cukuplah cakap politik!
Ish.
2) Di Temasek, jika saya nak teka, pilihanraya pada December.
Tak payah tunggu hingga March, takut ekonomi USA tenggelam nanti susah - sebab ekonomi Singapork dan ekonomi US ni taliannya begitu kuat. Wall Street bersin, Singapore demam. Kata omputeh, if Wall Street sneezes, Singapore catches a cold.
Eh cukuplah tu!
Ish ish ish.
OK saya rehat hunjung minggu.
No comments:
Post a Comment