Monday, October 19, 2009

Esbeyye dilantik presiden Indonesia hari ini

Selepas partinya, Partai Demokrat, menang besar dalam pilihanraya umum Indonesia dalam April, Susilo Bambang Yudhoyono kemudian memenangi dengan mudah pilihanraya presiden dalam Julai.
Hari ini, Selasa, beliau akan dilantik secara rasmi sebagai presiden Indonesia buat kali kedua, dan terakhir. Presiden hanya boleh menjawat dua terma lima tahun (tidak seperti Singapura dan Malaysia - sampai orang dah jelak pun masih boleh terus menjadi kepala pemerintah/kerajaan).
Kenapa tunggu lama sangat baru nak dilantik? Kerana hendak memenuhi terma genap lima tahun.

Nama ringkasnya SBY - Es-bey-ye dalam sebutan Indonesia, bukan Es-bee-why - dah menjanjikan hendak memacu ekonomi Indonesia dan meneruskan reform, ekonomi terbesar di Tenggara Asia.

Pada keesokan hari, Rabu, beliau dijangka menamakan team 34 menteri cabinetnya. Separuh daripada mereka ialah muka baru, termasuk Wapres (Wakil Presiden/Timbalan Presiden) Boediono, bekas gabenor bank pusat yang disegani.
(Bayangkan jika Dr Zeti Akhtar Aziz dipujuk masuk Umno kemudian jadi timbalan perdana menteri. Kat Singapore pun agak impossible! - saya pun tak tahu siapa kepala bank pusat, Monetary Authority of Singapore sekarang ini).

* Seramai 34 menteri untuk memajukan 230 juta rakyat, kerja berat tu!
Mereka semua dah setuju nak pakai batik setiap Jumaat.
Nama-namanya menterinya dah tahu sebab dah keluar dalam media apabila SBY mewawancara mereka di rumah peribadinya sejak 2-3 hari lalu.
Ekonomi nak dikembangkan sebanyak 7 peratus setahun untuk selama lima tahun! Wow.
Ayuh, silakan Pak!

(*Malaysia ada 29 menteri penuh untuk 27 juta rakyat, Temasek ada 21 menteri untuk 5 juta. Apasal ramai nah menteri kat Singapore nih!).

No comments:

Post a Comment