10.15MLM
--------------------------------------------------------
Saya dah di KL.
Esok pagi naik pesawat KL-Padang.
Tak tahu bila akan pulang. Mungkin 3-4 hari kot.
--------------------------------------------------------
Saya berada selama 11 jam di lapangan terbang Changi semalam, berlari-lari dari satu terminal ke terminal lain. Dari 3.30pagi.
Airport Changi ada empat terminal - Terminal 1, 2, 3 dan Budget Terminal. Semua besar-besar. Nak dari satu ke yang lain naik SkyTrain atau bas percuma.
Dan saya dapat tidur tiga jam saja di hotel Crowne Plaza yang terlalu mahal. Tunggu flight.
Tetapi penerbangan ke Padang kena cancel! Dan tak dapat terbang ke bandar lain di Sumatra - jalan-jalan utama masuk ke Padang dari Pekanbaru, Medan dan sebagainya katanya banyak tanah runtuh dan sukar dilalui.
Walau sangkut, banyak saya pelajari dari rakan media lain (8 orang sangkut di Changi semalam dari agensi berita, akhbar, pemasang sistem comms, pegawai dokumentari tv). Mereka buat punyalah banyak call ke sana sini nak cuba masuk juga.
Emergency travel management.
- Naik ferry ke Batam, lepas tu terbang ke Padang?
- Naik ferry Melaka ke Dumai lepas tu ke Pekanbaru? Melaka-Dumai 6 jam dan tiketRM120. Lepas tu naik teksi 5-6jam. Cerita dah basi dah.
- Melalui KL atau Penang? Jakarta-Padang?
- Atau KL, Penang masuk Medan, Pekanbaru? Pekanbaru 5-6jam ke Padang kini tanah runtuh dan jalan sesak, bagaimana? Medan 10jam ke Padang, nak mampos!
- Atau Jakarta, lepas tu naik bot masuk ke Lampung, Sumatra? Bila nak sampai dah?
- Ada yang telefon Singapore Civil Defence, pihak tentera dan sebagainya fikir nak cara masuk.
- Roslan, jurugambar AFP dari KL, kalau tak silap ke Batam, lepas tu naik ferry ke Sumatra. Atau mungkin ada flight Batam-Padang?
- Rakan jurugambar naik pesawat privet, tumpang orang, tetapi kena bayar S$2,000 (RM4,600) untuk ke Padang. Dia dapat masuk dah.
- Petang hingga malam semalam pula, saya berada di lapangan terbang tentera selama tiga jam kerana nak menumpang pesawat agensi pemerintah yang mahu menghulur bantuan ke Sumatra. Itu pun tak dapat!
(Semalam, katanya, Indonesia menutup penerbangan luar negeri ke Padang. Hanya domestik flight dan penerbangan relief dan tentera boleh masuk).
Maknanya, saya masih di Singapura Darul Bergegar-Tapi-Tak-Roboh! :-)
Mujur rakan saya dari Jakarta, Salim Osman, telah sempat masuk ke Padang awal pagi semalam dan dapat membuat laporan. Tak tahu dia tidor di mana semalam, sebab hotel banyak yang roboh. Yang tak roboh pasti dibanjiri manusia.
Dan rakan jurugambar Desmond Lim pun dah sampai. Tetapi dia tak dapat menghantar gambar semalam walaupun membawa satellite-modem.
Adoi. Jenuh.
Hari ini tengoklah, mungkin ada harapan nak terbang ke Padang.
Hari ini juga, NGO bantuan bencana alam Singapura, Mercy Relief, akan masuk ke Padang nak menghulur bantuan. Saya bercakap dengan CEOnya Hassan Ahmad, semalam, tetapi tak ada tempat nak menumpang. Nak masuk kena tunggu esok, Sabtu.
Hassan, orang muda hensome, kerja teruk minggu ini. Mercy Relief hari ini menghantar bantuan ke Manila dan Vietnam - dua negeri kena typhoon Ketsana.
Nasib baik pekerja kiri kanannyanya semua cekap.
Tahun lalu, saya pernah bersama Mercy Relief menghantar bantuan ke Gaza - kami masuk ke Egypt/Mesir dan Israel nak menghulur bantuan kecemasan. Masa tu saya lihat mereka kerja macam nak rak, saya yang rasa penat.
Mercy Relief ni ditubuhkan dulu oleh Pergas, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura, kemudian jadi privet NGO. Mercy Relief membantu semua bencana tak kira apa bangsa atau agama mereka, itulah namanya Islam, 'bang oi (Mercy Malaysia dianggotai sekumpulan doktor. Mercy Relief Singapura menghulur bantuan, tak ada doktor).
Hari ini, saya standby kalau dapat masuk.
Kalau tak masuk pun tak apalah. Penat semalam kejar ke sana sini belum selesai.
Baru sedar sikit aku dah tua.
No comments:
Post a Comment