Baru empat bulan lalu, pada Jun, penyokong Nik Aziz Nik Mat kalah teruk dalah pilihanraya PAS dalam muktamar tahunannya. Husam Musa pun tewas.
PAS mengadakan pemilihan ketua-ketua parti setiap dua tahun, Umno setiap tiga tahun.
Kini, Tok Guru Nik Aziz nak mencuba nasib lagi.
Depa nak usir Hadi Awang, presiden parti dan kepala Kumpulan Terengganu yang nak rapatkan diri dengan Umno dan mahu perjuangan Islam ala-PAS didahulukan. 1Islam1Melayu.
Nik Aziz pula penyokong kuat Abang Nuwar dan Pakatan. 1Erdogan.
Nik Aziz pun ada blog rupanya. Mati tak laku blog aku.
Marah betul nampaknya:
- "Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah."
- "Demi tajdid kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah."
Tak tahulah sama ada Tok Guru dapat dipujuk kali ini, sebab dulu pun depa marah-marah dengan Hadi tetapi dapat dipujuk semula.
No comments:
Post a Comment