Saturday, October 31, 2009

Ini baru namanya k a p a l B E S A U....



Nama: Oasis Of The Seas.
Harga: US$1.3 bilion (RM4.43 bilion).

Ianya LIMA KALI lebih besar dari Titanic, kapal besau yang tenggelam dalam pelayaran pertamanya.
Tingginya? 20 tingkat - lebih tinggi dari kebanyakan flat-flat PKNS yang saya nampak tiap kali memandu kereta di KL.
Ia mempunyai tujuh kejiranan yang berlainan, gelanggang gelongsor ais (ice rink) dan ruang bermain golf. Juga ampitheater untuk 750.
Di perut kapal ada 2,700 cabin dan boleh membawa 6,300 orang, serta lagi 2,100 kakitanga.
Sampai 8,000 orang se-kapal!
Besaunya, lebih ramai orang dari aircraft carrier Amerika, John C. Stennis, yang pernah naik semasa ia berlabuh di Port Klang dulu. Carrier ini cuma boleh membawa 5,000 kelasi.

Video Oasis Of The Seas disini.

Dibina di Finland (bukan Tanjung Agas, belum siap lagi ler), lancang kuning ini kini sedang berlayar ke pelabuhan rumahnya di Florida. Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment