Saturday, October 24, 2009

Isu-isu yang patut dibincang, selain Beyonce

Saya kadang-kadang takut nak tulis banyak tentang Malaysia sebab nanti kena serang sebagai anti-Malaysia.
Tetapi isu yang ditulis di sini oleh penulis kolumn terkenal Bloomberg, banyak yang saya setuju.
Tajuknya:
"Beyonce’s Bellybutton Is Least of Your Worries: William Pesek"

Kadang-kadang di negara yang dicintai, ramai nampak benda yang rasanya tak besar, tetapi perkara yang boleh menghancurkan semua orang tak ada nak komen.
William Pesek memang seorang penyokong kuat ekonomi Tenggara Asia, termasuk Malaysia. Jadi bila beliau tulis kita dengarlah, walaupun sejenak.

Ini lebih lagi membimbangkan apabila dua data penting memekik kepada Malaysia supaya membuat sesuatu:
1) Jumlah pelaburan asing, foreign direct investment, hanya RM3.6 bilion untuk enam bulan tahun pertama tahun ini (Jan-Jun 2009), menurut PM Najib Razak dalam pembentangan Bajet. Ia berbanding jauh dengan RM19.7 bilion pada jangka masa yang sama tahun lalu (Jan-Jun 2008).
2) Menurut si mat Pesek (hee, namanya lucu eh?) pula, walaupun bursa saham Malaysia dah naik 46 peratus tahun ini, ia ketinggalan jika dibandingkan dengan Jakarta (saham naik 114 peratus), Vietnam (94), Bangkok (63), malah Temasek pun (56 peratus).

Seperti yang saya tulis di sini, nampaknya pelabur asing gemar dengan Big Picture di Indonesia yang lebih manis, berbanding dengan cerita dari Malaysia.
Tetapi tak apalah. Banyak perkara baik yang dibentangkan dalam Bajet - seperti hendak mengurangkan defisit belanjawan dan kurangkan kadar jenayah.

Hidup Malaysia!
(Fuyoh, nanti aku julang pun kena kondemn juga! Dunia, dunia....)

No comments:

Post a Comment