Apabila saya membaca laporan tentang projek besar di Tanjung Agas pada Jun semasa pelancarannya, tergerak hati bertanya - besarnya projek, siapa yang biayai?
Siapa orang asing yang nak melabur di situ walapun ianya dalam kawasanundi Pekan, ada ke? Projek terletak di tepi Laut China Selatan, dalam kawasanundi Pekan.
Tetapi soalan-soalan belum terjawab lagi.
Kini, Tok Sak pun risau juga nampaknya. Terima kasih, Tok.
Projek besar seperti ini kini dalam perhatian rakyat (seperti juga Iskandar Malaysia di Johor, PKFZ, 1Malaysia F1 dan rancangan ampangan di Sabah-Sarawak) kerana orang mula khuatir tentang perbelanjaan berlebihan tanpa pulangan.
On paper, Tanjung Agas boleh maju kerana ada minyak dan gas dibawa dari laut oleh Petronas.
Tetapi kenapa pula nak buat limbungan membina kapal? Sekarang ekonomi dunia meleset tak perlu lagi buat kapal - banyak kapal sedia ada untuk disewa dengan murah. Saya rasa dalam lima-sepuluh tahun lagi pun tak perlu membuat limbungan kapal.
Jadi kita harap pihak yang terlibat beri keterangan tentang projek-projek di Tanjung Agas ni. Dia pakai duit siapa lagi.
Bukanlah kita kata projek ini akan gagal atau membazir wang, tetapi penjelasan lebih terperinci lebih baik untuk semua. Mungkin pula ada yang nak melabur.
Projek dilancarkan PM Najib June lalu.

GAMBAR: Punyalah cantik tempat ini. Ada kondo lagi you - ada ke pembeli kondo sebanyak yang nak bina?
No comments:
Post a Comment