Thursday, October 22, 2009

Orang kaya Singapore beli 22 kedai komputer







Memang betul. Kat Singapore Darul Dollar ni tak banyak Melayu bertaraf entrepreneur.
Yang Melayu upper middle-class ada juga, tetapi kebanyakannya kerja dengan bank atau syarikat multinational. Atau mereka jadi peguam (yang hakim pun ada) dan akauntan.
Yang mempunyai syarikat sendiri yang kayo-royo sikit saja - kebanyakannya pemilik restoran atau travel agency.
Dan yang semakin popular di sini, orang Melayu jual hartanah - property agent. Sebab permainan warga Singapore yang paling popular, favourite pasttime, ialah menjual beli hartanah.
Baik rumah teres, kondo atau flat HDB (yang Melayu banyak jual-beli pangsapuri HDB).

Walaubagaimanapun, itu tak glam.
Pada kacamata saya, pengusaha Melayu yang paling terkenal di Temasek ialah boss Second Chance. Mohamed Salleh Marican. Dulu syarikat tailor dan pakaian lelaki.
Pada masa top syarikat ini, ia juga mempunyai syarikat menjual pakaian wanita First Lady (tak ada kena mengena dengan Rosmah Mansor lah).
Dalam masa kat atas dulu, Second Chance/First Lady ada 18 boutique pakaian di Singapore dan 7 di Malaysia (di KL pun dulu ada di Wangsa Maju).
Sekarang Second Chance dah masuk bidang hartanah - favourite pasttime orang Temasek.
Syarikat ini disenaraikan di bursa saham Singapore, SGX. Di papan kedua (firma kecillah katakan).

Hari ini, berita besar di Singapore ialah Second Chance Property membeli 22 buah kedai dengan harga S$35 juta (RM82 juta). Duit kocek untuk orang Malaysia yang semua kaya.
Tetapi bukan harganya yang menarik perhatian.
Kedai-kedai ini di tempat shopping di sini yang terkenal.

Di Temasek, tempat paling popular nak membeli komputer dan laptop ialah di Funan Digital Centre (dulu Funan Centre).
Tempat kedua paling popular (malah ada kata ia lebih popular dari Funan) ialah di Sim Lim Square.
SCP membeli 22 kedai itu di Sim Lim. Mak oi!
Semuanya di tingkat lima (ada enam tingkat mall ini).
Mahal harganya. Tetapi ini mungkin strategi Mohamed Salleh, sebab dari saya kecil hingga dah nyanyok ni, harga kedai di Sim Lim Square terus naik dan naik!
Sewakan saja tempat itu dah cukup.

(Cerita ini exciting buat orang Melayu Singapore saja. Kat Malaysia orang tertawa besar baca berita kecil seperti ini sebab kat sana orang main projek pakai 'billion'. Harga 'million' ini zaman Tunku dan Tun Razak dulu!)
(Untuk orang Cina Singapore pun, ini cerita wang kecil. Tetapi mungkin mereka terkejut sebab harga yang dibayar Salleh ini per sq foot, agak mahal. Esok dia naikkan rental kat Sim Lim, mampos semua orang).
Ada pengusaha Muslim yang lebih terkenal di Singapore dari Encik Salleh ni. Namanya Mustafa.
Beliau bukan ada kedai saja, malah ada gedung membeli belah. Mall dia bernama Mustafa's dan dibuka 24 jam! Enam tingkat dan dia ada DUA mall besar duduk di kiri dan kanan di Serangoon. Nak beli apa saja semua dia jual!
Kau datang jam 3 pagi pun ramai orang!!!
Cuma kalau datang 4-5 pagi (saya pernah try) baru kurang lautan manusia kat dalam tempat ini.
Mustafa berasal dari India, kini warga Singapore.


GAMBAR: Salleh pakai baju glam buatan Second Chance. Dulu tailor, sekarang boss syarikat hartanah. Pandangan di dalam Sim Lim Square.

No comments:

Post a Comment