Tuesday, October 27, 2009

Husam pemangku MB bila Nik Aziz naik haji?

Belum pun habis cerita keretakan dalam PAS, kini ada berita yang mungkin menambah kepada kecelaruan itu.
Dari negeri di bawah bayu Laut Cina Selatan, Kelantan, ada cerita bahawa MB Nik Aziz Nik Mat akan ke Makkah. Naik haji, dalam beberapa minggu ini.
Memang betul Datuk Ahmad Yaakob ialah timbalan menteri besar.
Tetapi ceritanya, Pok Nik akan melantik anak buah kesayangannya dan juga exco kanan Kelantan, Husam Musa, sebagai MB semasa pemergiannya. Lihat laporan orang Kelantan, MSO.
Tetapi surat rasmi perlantikan belum keluar, kata seorang rakan di Kelantan, baru cakap-cakap.

Pok Nik dan Huse ini dilabel kumpulan Erdogan di dalam PAS sendiri.
Sedangkan yang menguasai pucuk pimpinan PAS pusat buat masa ini ialah kumpulan Ulama pro-Umno berpusat di Terengganu.
Jadi bagaimana mereka nak terima ketua Erdogan menerajui negeri kesayangan PAS?
Huse dah kalah pun pada Jun lalu menentang Nasharudin Mat Isa, dari golongan Uls. Maknanya boleh ditafsirkan: jika beliau tak ada sokongan kuat dalam PAS kenapa nak lantik dia jadi Pemangku Menteri Besar?
Huse pun bukan ulama, seperti Ahmad dan seorang exco lagi Nik Amar Nik Abdullah! (ini kalau saya nak cucuk jarum lah, tapi nanti tak syiok pula jika Huse membaca).

Ini lagi satu isu rumit yang perlu di selesaikan.
Atas kertas, saya rasa MB ada kuasa nak lantik siapapun. Tetapi dalam percaturan PAS buat masa ini, tak semudah itu.
Dan satu lagi - adakah pihak Istana Kelantan akan setuju, walaupun perlantikan yang disebut hanya untuk 2-3 minggu musim haji?
Tuanku Sultan Ismail Petra masih di hospital (gambarnya di sini) di Singapore dan Kelantan kini ditadbir Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

No comments:

Post a Comment