Monday, October 26, 2009

Perompak bawa oxy-acetylene torch!


Ini cerita satu perompakan yang menakutkan saya.
Memang kita tahu PM Najib kini berusaha untuk menurunkan kadar jenayah.
Kerana ketakukan, ramai daripada kita yang tinggal dirumah bertanah (villa, banglo, semi-d, teres, townhouse, walk-up apartmen) dah pasang jeriji besi atau grille di depan dan belakang rumah. Dan di semua pintu.
Atau sekurang-kurangnya di tingkap-tingkap besi.
Biar si perampok tak boleh masuk. Konon.

Rumah saya di KL dulu pernah juga dimasuki perampok.
Dia panjat fencing , tetapi kerana ada grille besi, cuma tong gas extra yang saya simpan di belakang kena kebas.
Mujur ada grille. Lagipun dia tengok kereta saya kecil, dia langsung merampok di rumah orang yang ada Merc dan BMW agaknya.

Tetapi ini cerita baru yang menyeramkan.
Terjadi di sebelah rumah rakan saya di KL (tak sampai 8km dari KLCC, tetapi tak 'yah sebut nama tempat) baru Ahad lalu.
Pemilik rumah ialah setiausaha seorang korporat di syarikat besar yang terkenal.
Beliau tinggal dengan seorang saja tukang gaji. Tak ada laki.
Rumahnya ialah banglo satu tingkat.

Perampok, katanya dua orang, memotong fencing di belakang rumah, kira-kira 5pagi. Mereka pakai sarung tangan jadi tak ada bekas fingerprint.
Kemudian mereka masuk ke dalam kawasan rumah.
Tetapi tingkap ada grille besi.
Mereka tak pusing - mula-mula tingkap kacanya dibuka dan diangkat ke tepi.
Mereka ada membawa satu tong gas dan oxy-acetylene torch!!!
Alat pemotong besi! Mampos.

Ini taktik baru yang menakutkan. Kalau kita pasang besi pun di boleh potong, macam mana dah?
Tolong!!!!!

Siapa ada idea bagaimana nak block perampok yang gunakan taktik ini?
Pelihara anjing mungkin?
Tetapi itu untuk rumah villa atau banglo yang besar.
Rumah saya rumah teres tanah belakangnya sempit sekali. Macam mana nak pelihara anjing Dobermain atau Alsatian?

Pasang alarm?
Sekarang saya dah pasang lampu motion-detector. Bila ada pergerakan, lampu spotlight akan hidup. Tetapi belum ada alarm.
Lain kali ada sesiapa panjat, ada bunyi alarm.

Atau mungkin saya pasang land-mine. Apa nama - bom yang ditanam bawah tanah. Bila dipijak, meletup.
Cuma nasib tak baik, saya yang terpijak.... Yang mampos: AKU.
(Lagipun di belakang tak ada tanah, semuanya dah disimen buat jemur baju)


-------------------------------------------------------------
Nak penuhkan cerita di atas:
Tak tahu apa jadi, alat pemotong besi ini rosak atau gas habis (bodoh juga sang perampok ni), mereka duduk di belakang rumah tunggu tukang gaji buka pintu.
Apabila dia terjaga dan nampak besi tingkap dah hilang, si maid terkejut dan membuka pintu belakang!
Langsung kena cekup.
Maid dan majikan kena ikat dan dikasari.
Duit dan barang kemas RM15,000 dirampok.
Lepas itu mereka steady keluar rumah ikut pintu depan.
Tak jadi nak ambil kereta sebab ada jiran dah terdengar suara orang terpekik-pekik.


Pak Najib, tolong banteras jenayah cepat-cepat ya.
Abang IGP Musa Hassan pun, dah dapat kontrak baru pun.
Janganlah sibuk sangat Abang Polis nak siasat sejadah berdiri tu oi!
Rakyat ketakutan kerana jenayah naik, bukan dengan kerja budak-budak nakal tu. Ish ish ish....

No comments:

Post a Comment