Sunday, October 11, 2009

Umno tewas, Pakatan tewas teruk lagi

Undi di Negeri Sembilan ini memangnya melemahkan 'brand name' Umno di kalangan orang yang tidak menyokongnya, dan juga pengundi yang neutral (misalnya pengundi Cina dan India yang masih boleh swing ke sana atau sini).
Dan seperti yang saya dah jangka Isa Samad - mantan Menteri Besar, mantan Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan - tentunya kini mula bermimpi semula nak naik ke atas semula.
Jika tidak pun, ramai yang menentang MB Mohamad Hassan akan memujuk Isa untuk memainkan peranan aktif.
Lihat apa yang beliau katakan di sini tentang mendapat post dalam kerajaan.


Tetapi janganlah kita condemn Umno saja.
Pakatan Rakyat juga baru kena cepuk kat batang hidung dia.
Kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin:
BN has won all eight polling districts, including the three Indian estates, which showed a return in support from the minority community.
"We get an almost 100 percent increase in support and this is a breakthorugh for BN". (Malaysiakini)
Saya harap ada pihak yang dapat pecahan undi yang masuk kembali ke Umno (minus undi pos).

Pakatan tentunya akan terus memukul gendang bahawa Isa terus tidak layak dan corrupt, dan ini kerana undi pos dan sebagainya.
Tetapi kadang-kadang baik juga anda lihat cermin, 'Bang Nuwar oi.
Orang dah muak gelagat three stooges Pakatan ni - PKR=DAP=PAS.
Diundi untuk mentadbir negeri-negeri tetapi banyak sangat main politik buang masa. Seperti di Perak - pernah saya tulis dulu, dah kalah sudah lah. Lebih-lebih lagi dah kalah beberapa kali di mahkamah. Move on.


No comments:

Post a Comment