Bukan senang jadi PM.
Nak kena sejukkan hati ahli parti.
Nak kena pujuk rakyat.
Nak siapkan peluang pekerjaan.
Nak kena tarik pelabur.
(Tetapi betul juga: Tak ada yang paksa sesiapa jadi orang politik pun!)
Inilah yang PM Najib Razak cuba nak buat dengan Bajet 2010nya hari ini.
Antara ceritanya:
- Kerajaan nak jual AP kereta RM10,000 setiap satu. Dulu percuma, siapa dapat dia kaya.
- Sebanyak 30 scholarship bergantung merit saja, tak kita bangsa. Tapi yang ini nanti ada yang tanya: Ada berapa jumlah scholarship setahun, dan kenapa hanya 30 guna merit.
- Cukai peribadi jatuh dari 27 peratus kepada 26.
- Nak pikat pakar, mereka dan isteri/suami diberi status penduduk cepat. Visa kerja dalam 14 hari.
- Kerajaan nak galakkan syarikat tempatan membawa pulang keuntungan kembali ke Malaysia.
- Ekonomi tahun ini menguncup 3 peratus (kurang sikit dari kuncupan 4 hingga 5 peratus sebelum ini). Maknanya tak teruk sangatlah ekonomi negara.
- Tahun depan, ekonomi berkembang 2 hingga 3 peratus.
- Defisit perbelanjaan dijangka jatuh kepada 5.6 peratus pada 2010, berbanding dengan 7.4 peratus (besarnya!) 2009.
- Yang ini cerita sedih untuk negara: Foreign direct investment = pelaburan asing enam bulan pertama hanya RM3.6 bilion. TAMBAHAN: Berbanding RM19.7 bilion dalam enam bulan yang sama, tahun lalu. Maknanya, FDI jatuh merudum.
Dulu masa Mahathir-Rafidah, Malaysia masih popular - ini antara sebabnya - pernah setahun hingga RM18 bil - RM25 bil. Parah yang ini.
No comments:
Post a Comment