Friday, October 2, 2009

Keadaan di Padang selepas gempa; 1,100 maut

Laporan dua rakan saya dari Padang tadi (bertukar SMS dan mereka bercakap dengan bos di Singapore):
- Bekalan makanan dan air kekurangan sangat.
- Harga barangan semua melambung.
- Ramai orang dah mula bergerak dengan memakai tuala menutup hidung, bau busuk mereka yang mati terperangkap. Dijangka ratusan mayat belum dijumpai.
1,100 telah maut.

- Bekalan minyak untuk kenderaan juga dah nak habis. Lebih-lebih lagi di Pariaman, dekat Padang. Sampai Presiden Indonesia nak melawat pun kena tunggu dulu sebab minyak tak cukup.
- Bandar peranginan Bukittinggi pun teruk, katanya,
- Rakan saya seorang di Hotel Hang Tuah di Padang, tidur bersama dua wartawan lain. Berani dia! Tak takut roboh ke jika ada gempa lagi? Saya pun nak join dalam beberapa jam ini, katanya kena tidur atas sofa.
- Seorang wartawan agensi berita berkata syarikatnya menyewa sebuah rumah orang kampung. Mungkin saya tumpang di situ kot. Selamat sikit kalau ada gempa nak lari keluar.
- Agensi berita ini membawa berbotol-botol air masuk esok, saya pun nak tolong angkat, jadi dapat minum karang!

- Berita yang baik sikit - bantuan Mercy Relief Singapura dah sampai.
- Singapore Civil Defence Force dah tiba juga, 42 orang pasukan search&rescue dan empat ekor anjing penyelamat.
- World Vision Singapore dan Red Cross Singapore pun sedang nak masuk dengan bekalan.
- Saya pasti agensi bencana Malaysia pun dah masuk sama menghulur bantuan.

Itulah tanda kejiranan. Tak guna bergaduh tentang batek atau bak kut teh. Itu isu kecil.

No comments:

Post a Comment