Saturday, October 17, 2009

Raffles hotel akan dibuka di Makkah


Bagi orang yang dah ke Makkah dan Madinah, cukuplah hotel dan rumah penginapan yang ada. Selesa sebab ada aircon dan tandas sendiri. Makanan disiapkan oleh pengelola.
Tidur berasa selamat dan bersama keluarga.
Dulu di Makkah dah ada Hilton (kalau tak salah) dan di Madinah ada InterContinental.
Saya rasa dah cukuplah.
Kita ke sana untuk beribadat bukan bersantai, lepak dalam hotel glamour.

Itupun orang Singapore, Malaysia dan Brunei suka sangat bershopping. Biasalah tu.
Sehingga orang Arab, Burma Rohingya dan India yang berniaga di sana pandai berbahasa Melayu untuk tawar menawar dengan kaum Melayu.

Tetapi nampaknya ada permintaan nak membina hotel serba glamour dan atas-langit.
Tak lama lagi, sebuah menara super-skyscraper akan dibangunkan di Makkah - hanya tiga minit dari Masjidil Haram.
Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick.
Dan ada Raffles Makkah.
Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream glam.
Ada teres dengan restoran dengan pandangan atas Kaabah.

Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore yang original dan Raffles Dubai.
Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.

Tak ada ke ulama besar Saudi yang kondemn?
Ulama dunia Islam lain kata apa pula?

Kalau tanya aku, tak 'yah lah.
Tapi kita orang miskin boleh cakap apa.
Ini rancangan untuk orang kaya.
Mereka bukan saja nak beribadat, mereka nak holiday secara glamour. Nak tunjuk banyak duit.
Mungkin patut disediakan sekali Rolls Royce pandu mereka ke tapak kaki Kaabah.
Solat atas sejadah emas.

TAMBAHAN: Maaf, saya bukan marah orang kaya. Alhamdulillah anda orang kaya raya. Saya sayang semua rakan Muslim saya yang kaya sebab mereka menaikkan nama agama dan bangsa.

Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci.
Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!'
'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.

Yang lebih teruk lagi, jika banyak sangat 5-star masuk, lama-kelamaan harga pakej umrah dan haji gerenti naik.
Sebab jika jauh sangat beza harga antara Kaskas apartmen dan St Regis, takkan si Kaskas nak diamkan begitu saja. Tentu dia nak naikkan sedikit setiap tahun.

No comments:

Post a Comment