Anda membeli sesuatu untuk memperbaiki hidup anda - tak kira apa saja. Baik perabot, televisyen, kereta, jam tangan misalnya.
Walaupun harganya mahal, tetapi benda itu lepas dibeli, rupa-rupanya tak boleh function dengan betul.
Apa yang anda akan buat?
Tentunya anda akan 'mencampak' benda itu ke tepi. Kalau boleh buang kat Tingkap.
Throw it out of the Window, kata orang putih.
Bukannya bodoh pergi berbaris satu malam nak membeli benda keluaran baru oleh syarikat yang sama, walaupun ianya dikatakan lebih bagus.
Mahal pulak harga benda setan ini.
Itulah yang saya perhatikan dengan manusia digital dan sofwe Windows 7.
Kita diperbodohkan kena paksa membeli Windows Vista dulu, walaupun Windows XP memang bagus dan cekap.
Lepas tu benda ni tak bagus - dikomplen satu dunia.
Kini dia keluarkan Windows 7.
Yang ramai bodoh menunggu kat luar kedai nak beli tu buat apa?
Kita boikott jangan beli hingga kita nak membeli PC-laptop baru jadi terpaksa gunakan Windows 7.
Atau mungkin kita pindah saja ke Apple dan Macbook dan gunakan Snow Leopard. Lebih baik dari Tingkap pecah ni.
Boycott Microsoft!
Saya dah lama tak pakai Microsoft Internet Explorer sebagai browser.
Saya gunakan Mozilla Firefox atau Opera. Google Chrome juga ok.
Malah browser dari Apple bernama Safari pun boleh digunakan oleh komputer kita.
Saya tak gunakan Hotmail milik Microsoft.
Saya gunakan Gmail.
Dan semua orang terus gunakan Google sebagai search engine.
Microsoft Bing tak laku. Padan muka dia.
Biar dia taubat sikit dari nak mem-bully pembeli sewenang-wenang.
No comments:
Post a Comment