Thursday, October 29, 2009
Umno-BN & pembangkang dalam 1999 & 2009
Jika anda seorang penyokong Umno-BN (UBN), memang syiok melihat gelagat yang sedang menggoncang Pakatan Rakyat.
Baik gelora dalam PKR, mahupun perpecahan dalam PAS.
Setelah UBN melihat bahawa barisan ADUN PKR dan DAP boleh ditarik keluar, maka taktik ini pasti akan diteruskan. Dari penyakit Perak kini dijangkiti Selangor.
Tak payahlah saya menuduh UBN menggunakan taktik yang tidak halal, sebab saya tak ada bukti.
Dalam pada itu, perbalahan dalam PAS akan berterusan - saya tak tahu apa gunanya adakan seminar yang kononnya hendak menjelaskan cara nak merapatkan diri dengan PR.
Yang dikhuatiri sesetengah orang dalam PAS ialah Agenda Islam yang disepikan oleh DAP dan PR.
Dan kenapa Agenda Islam kini dihina dan dimakihamun oleh bukan Muslim sewenang-wenangnya - lebih-lebih lagi dalam tulisan di blog dan dalam posting-posting di bawah website seperti Malaysia Today dan Insider.
Terlalu berani mereka menghina Agenda Islam ini.
Tetapi awas kamu orang Umno-BN. Jangan rasa dah menang perlumbaan.
Dan untuk orang PR pula, jangan rasa letih nak give up akibat pergolakan masakini.
Yang UBN menang di Negri Sembilan itu pun bukan kemenangan betul. Faktor orang Minang saja.
PERANG SARAF 1999 JADI PENGAJARAN
------------------------------------------------------
Jika anda bandingkan apa yang berlaku dalam pilihanraya 1999 (Anwar Ibrahim dipecat tahun 1998, lalu berlaku Reformasi), pembangkang menjadi kuat hanya dua-tiga tahun lebih saja.
Semasa itu Dr Mahathir Mohamad dimomokkan, dimamakkan dan diFiraun-kan oleh pembangkang. Malah, di MahaFiraunkan!
Tetapi beliau dapat memperkuatkan Umno-BN kembali dengan agak pantas.
Kenapa ini boleh berlaku?
Jawapannya ialah apabila Umno 'berpecah' dalam 1998 hingga 2001-2002, MCA dan MIC serta parti BN lain terus mantap.
Apabila Anwar dipecat dan dipukul pun, berapa ramai ahli Majlis Tertinggi Umno. Ahli Parlimen dan ADUN Umno-BN yang lari masuk pembangkang????
Segelintir saja.
Ini bermakna perpecahan Umno di peringkat atas tak sebegitu teruk.
Barisan Alternatif pun tak sekuat mana sebab ideologi politik DAP-PASterlalu berbeza dan Anwar di dalam penjara.
Maksudnya pada masa itu (sekitar 2000), kerana parti BN lain mantap, dan perpecahan Umno tidak begitu mendalam, luka dapat diubati dalam beberapa tahun yang singkat saja.
(Bandingkan dengan 1987 apabila Umno betul-betul berpecah dua dalam pertempuran Razaleigh/Musa dengan Dr M - sehingga ahli MT, ahli parlimen dan ADUN pun lari. Gagasan Rakyat mengancam pada masa itu sebab Ku Li bijak main politik!).
BALIK KEPADA 2009
-------------------------------------------------------
Tetapi kali ini, walaupun PR retak teruk, barisan Cina dalam pakatan - iaitu DAP - tetap solid. Dan pengundi Cina, pada hemat saya, memang terus bersama PR.
Tetapi sebaliknya, UBN mempunyai masalah besar.
Samy Vellu masih tak mahu turun, lalu menjadi batu di leher yang terus menenggelamkan MIC.
Dan loktang-loktang dalam MCA terus masih nak berdansa menurut rentak sendiri.
KESIMPULAN
-------------------------------------------------------
Jika anda penyokong Umno-BN, janganlah rasa syiok sangat dengan pergolakan PR.
Perjalanan masih jauh.
Dan jika anda penyokong Pakatan, masih ada peluang nak naik semula.
Bak kata P.Ramlee:
Malam, masih muda.
Atau jika anda minat permainan komputer strategi, Civilization IV (GAMBAR) atau Command & Conquer seperti saya, pelajaran yang paling penting ialah:
Jangan syiok sangat tengok kelemahan dalam Bandar-Bandar musuh.
Lihat dulu kelemahan dalam Bandar-Bandar sendiri.
Saya selalu teruk kena bantai sebab ingat dah kuat lalu menyerang musuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment