Kata SM Salim: Apa dah jadi?
Di Malaysia ada skandal besar DUA (bukan satu) enjin pesawat dirompak dari pangkalan TUDM. Malu besar lah.
Lepas tu, jeneral yang diarah bersara pula, rupa-rupanya bukan sebab kes enjin hilang, tetapi kesalahan lain. Tentu semua orang nak tahu - kes besar apa pula sehingga dia diarah bersara? Lepas tu, jika kes besar kenapa pula dia masih dapat pencen? Kenapa tak didakwa di mahkamah?
Kalau tak dijaga khuatir pula kita nanti bangunan KLCC dicuri kedua-duanya, nanti kita tak perasan sehingga dah setahun! Tinggal jambatannya saja.
Apa dah jadi?????
Dan di Malaysia ada kes 41 moneychanger diarah tutup oleh Bank Negara kerana membuat kerana haram melibatkan transfer wang ratusan ribu, malah jutaan ringgit, keluar negeri.
Yang pelik hanya moneychanger dianggap salah, tetapi orang-orang ternama yang melakukan kerja ini (kalau betul) tak dikejar.
Apa dah jadi?????
Tetapi tak apalah.
Lebih baik kita semua bergaduh dan berdebat tentang nama makanan yang nak dihalalkan.
Kalau ikut kata Jakim, 'bak kut teh halal' tak akan dibenarkan.
Hai.
Kenapa debat tentang ini pula, para ulama oi.
Kenapa bukan kes yang mencemarkan nama orang Melayu-Islam dan nama negara?
Rasuah dan songlap.
Kenapa tak beri amaran keras agar orang atas lebih amanah - seperti yang ditulis pena minang?
Kalau betul bak kut teh halal tu tak dihalalkan, apa pula dengan nama-nama ini:
- Turkey ham
- Beef bacon
- Halal champagne
- Beef hamburger
- Halal beer?
Tetapi suka hati kamulah.
Saya orang seberang negara.
Jika cakap banyak, nanti orang marah pula.
Bak kata orang Singapore: Lantaklah.
No comments:
Post a Comment