Sunday, December 20, 2009

Copenhagen. Hopenhagen. Nopenhagen.

TAMBAHAN SIKIT

Jika anda tak ada kerja, gi Google 'avatar movie'.
Nampaknya minat terhadap wayang ni dah meletup sehingga dianggap Star Wars baru.
Fuyoh.
Ia gerenti menang anugerah demi anugerah.
Ingatnya saya seorang yang merasakan teknik penggambaran dan CGInya begitu bagus.

Tengok gazek (trailer) di sini.
Di sini ada tunjuk si ikran dan si toruk terbang.

-----------------------------
POSTING ASAL

Cantik headline muka surat pertama akhbar The Straits Times (Singapore), hari ini.
Seperti di atas.

Sidang kemuncak Copenhagen, Denmark, mengenai climate change habis dengan tangan kosong saja.
Ianya diharapkan akan membuahkan sesuatu, itulah orang panggil HOPEnhagen.
Tetapi akhirnya kosong, NOpenhagen.
Lihat headline lain di seluruh dunia.

Hancur.
Negara termaju (Amerika Syarikat, Eropah) tak mahu kasi wang berbilion nak bantu negara membangun (termasuk China, India, Tuvalu, Malaysia pun) untuk kasi s l o w sikit pembangunan, maka hancurlah semuanya.
Baik kita terus bakar hutan saja. Gitu ke?
Saya rasa sebagai orang biasa kita dapat memainkan peranan walaupun kecil untuk melambatkan climat change ni.
Senang saja. Kurangkan penggunaan elektrik. Kalau saya suruh jangan naik kereta ke tempat kerja, susah nak dilakukan.


Kalau anda dah menonton wayang 2012, ooi, takut oi kalau dunia kiamat gitu tak sempat taubat. (Walapun dunia nak kiamat dalam movie ni sebab sunspots, bukan kerakusan manusia).
Dan jika sempat, gi pula nonton Avatar.
Saya memang minat sakan kalau sci-fi ni - Lihat profile saya di sini. Buku dan movie sci-fi jadi kegemaran.
Avatar ni syiok sebab memperkenalkan saya kepada dunia baru bernama Pandora didiami oleh kaum Na'vi (muka dia ada sikit macam Jar Jar Binks dari Star Wars).

Tapi nanti ada pula yang kata si pakcik tua ni bukan ajak orang ke masjid, tapi ke pawagam.
OKlah, jadi macam saya: nonton sebelah pagi atau lewat malam.
Lepas tengok movie ni nanti, bertaubat juga anda tentang penghancuran dunia dan sifat rakus manusiawi.
Depa nak hapuskan pokok dan kehijauan hanya untuk wang dan wang.

Kejap, saya nak terbang dengan ikran (naga hijau) dan toruk (naga oren, besar. GAMBAR).
Mesej terakhir: Belum terlambat nak selamatkan dunia untuk anak cucu kita.

No comments:

Post a Comment