Friday, December 25, 2009

Nama baik Bank Negara, Tentera dipersimpangan



BABAK 1

Apabila Malaysia dijangkiti krisis kewangan Asia 1997-98, institusi yang teruk cuba mempertahankan bank-bank dari tenggelam dan menarik seluruh negara ke dalam longkang ialah Bank Negara.
Pada masa itu, Ahmad Mohd Don sebagai Gabenor bank pusat itu, sibuk lari ke sana sini nak padamkan api.

Tetapi menurut ceritanya (saya tak dapat pastikan, tetapi ramai orang bercerita masa tu), apabila perdana menteri masa itu Mahathir Mohamad, menyuruh Tan Sri Ahmad menandatangani dokumen kawalan kewangan - currency controls - untuk Malaysia, Ahmad Don resigned on the spot.
Timbalan Gabenor Lin See Yan juga resign atas sebab sama, menurut cerita.

Sayugia dingat bahawa walau currency controls kini dipuji, pada masa itu ia begitu kontroversial. Banyak detail tentang apa yang ada dalam kawalan kewangan itu di sini.
Pada masa itu, cara yang dirasakan terbaik ialah menggunakan ubat yang diberikan oleh International Monetary Fund (IMF).

-----------------------------------------------------

MAAF KATA - walaupun ramai memuji Dr M kerana tak dengar kata-kata IMF seperti Indonesia, Korea Selatan dan Thailand, pada saya, hari ini kita lihat sendiri bahawa sebenarnya Malaysia akan berada ditahap lebih baik jika mendengar nasihat IMF dulu.
Maknanya, kerana ada currency controls, Dr M menutup pasaran. Jadi kesemua orang seronok tak mahu memperbetulkan kekurangan dalam negara.
Sekarang nampaknya, financial excesses itu telah merosakkan negara, sedangkan ekonomi Indonesia dan Korea sudah lebih selamat.
Thailand dari seri kewangan juga lebih baik, cuma politik jurang kaya-miskin yang menggegar negara hingga kini.

-----------------------------------------------------

Saya pada masa itu menjadi pemerhati Bank Negara Malaysia (BNM) yang rapat sebagai wartawan pasaran kewangan (financial markets correspondent) dengan agensi berita di KL.
Apa yang nak dibuat, sedang difikirkan dan masih dirancang BNM kami kena jengok dan buat story.
Lepas Tan Sri Ahmad Don, Ali Abul Hassan Sulaiman mengambil tempatnya dan menandatangani currency controls itu.


DUA TAHUN selepas itu.... setelah akhirnya krisis kewangan, Malaysia terselamat.
Dan saya boleh katakan bahawa antara banyak syarikat, kementerian dan agensi kerajaan, BNM ialah yang paling effisien dan cekap akibat krisis.
Sedang yang lain terus lena (kerana telah diselamatkan oleh currency controls), BNM tidak begitu. Ia telah menghadapi api besar dan kini sedar apa yang perlu dilakukan.
Sime Bank, Bank Bumiputra dan MBf antara yang parah masa itu.

Dari 54 institusi kewangan (commercial banks, finance houses and merchant/investment banks), ianya dikurangkan kepada 10.
Dengan kedudukan kewangan negara yang lebih kukuh.

Dan jika dulu BNM selalu mengelak wartawan, selepas krisis bank pusat itu lebih telus dan berani berdepan dengan fakta.
Ali Abul Hassan kemudian diganti oleh Zeti Akhtar Aziz.

Wartawan yang kini mengerumuni Dr Zeti selepas setiap function tidak sedar, mungkin: Dulu bukan senang gini nak bertanya soalan kepada Gabenor bank negara.
BNM dah sedar bahawa 'timely disclosure of market information' adalah penting.
Nak senang cakap: Kalau BNM tutup mulut, wartawan tulis juga, cara sebarangan. Jadi lebih baik jika BNM yang jelaskan jika ada isu kewangan yang timbul.

Saya tabik sungguh BNM selepas 1997-1998.
Dan nama BNM terus dihormati.
Hingga baru-baru ini....



-----------------------------------------------------
BABAK 2

Juga dari Hari Ini Dalam Sejarah 1997-1998.
Apabila meletus Reformasi, abang polis terpaksa keluar ke jalanraya dan kaki lima untuk crowd control.
Yang mengamuk - budak universiti, bekas pemuda Umno dan orang yang marah dengan Dr M kerana dilihat sebagai MahaFiraun.
Susah kerja abang polis. Tak ketuk, tangkap dan pukul budak-budak ini, mereka tak mahu beredar.

Anwar dipecat Dr M pada 2 September 1998.
Saya membuat liputan apabila ini semula berlaku (detail di sini):
- menunggu di luar kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (dekat Museum Negara) pada lewat malam 2 September hingga awal pagi 3 September, dari 7malam hingga 2 pagi (tak ada toilet! tak ada apa nak makan!)
- apabila Majlis Tertinggi Umno mengadakan meeting 3 Sept di PWTC, di mana Anwar dipecat secara rasmi, dan Dr M di boo, dilempar botol dan kertas tisu apabila nak naik kereta.
- 4 Sept di rumah peribadi Anwar di Bukit Damansara apabila beliau pergi solat Jumaat dan memberi ucapan. Dan mereka yang marah berkumpul.
- Bila dia melancarkan Reformasi di lama rumahnya dan memberi ucapan setiap malam.
- Apabila Anwar ke pantai Terengganu dan stadium Kelantan untuk mengapikan Reformasi, saya pun jadi pak turut buat liputan.
- Apabila Anwar ditangkap di rumahnya pada 20 Sept selepas press conference (polis pecahkan sikit pintu rumah). Ratusan orang memaki hamun dan boo polis malam tu. Orang dah tak takut polis lagi! Yang pucat ketakutan ialah saya.
- 29 Sept, apabila Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam. Kemarahan terus membangkit!
- Dan seterusnya, apabila kekacauan pertama berlaku pada malam hari di Kampung Baru. Pertama kali saya lihat polis kelihatan ketakutan. Dan orang membakar tayar di tengah-tengah jalan di Kampung Baru!). Ramai berlumuran darah dicampak masuk Black Maria malam itu.
- Dan saya diarah buat liputan dalam mahkamah apabila kes Anwar dibentang.


Kenapa cerita panjang-panjang ni?
Kerana saya nak terangkan jasa polis pada masa itu.
Dan pada masa yang sama bahawa polis ni memang dari dulu lagi dicontrol habis oleh orang politik. Apa boleh buat.
Anwar sendiri mengaku di mahkamah bahawa beliau menggunakan pegawai polis untuk "gempak" Ummi Hafilda dan lain-lain supaya tidak menuduhnya melakukan liwat.
Tetapi, saudara dan datin, apakah yang telah balance abang polis yang dicontrol oleh orang politik?
Banyak cerita (saya tak ada bukti) pada masa itu bahawa ada tension antara abang polis dan tentera.
Ada kenalan saya dalam tentera masa itu dan beliau menceritakan bahawa tension ni hingga nak membawa tentera ke jalanraya nak kawal keadaan kerana ditakuti polis dah hilang control. Dan ada juga, katanya, kerana polis dirasakan terlalu memberatkan orang politik.


Niat saya menulis cerita ini ialah kerana tentera ni selalu dilihat sebagai "above politics".
Tentera di banyak negeri dibawa ke jalanraya apabila polis perlu bantuan.
Lihat di Thailand, Indonesia misalnya.
Di Amerika, National Guards hanya turun apabila ada emergency besar seperti Hurricane Katrina dulu.
Maknanya, tentera ini ada jenama dan prestijnya sendiri.
Ia dilihat sebagai pengaman dan dihormati ramai.

Dalam movie Crimson Tide (1995), seorang watak berkata tentang apa yang dilakukan oleh pihak tentera: "We're here to preserve democracy, not practice it"
"(Kerja) kita ialah mempertahankan demokrasi, bukan untuk mempraktikkannya."


-----------------------------------------------------
BABAK TERAKHIR
Bank Negara & Tentera dipersimpangan.

Itulah sebabnya saya berasa pilu tentang apa yang sedang berlaku.
BNM dituduh tidak bertindak apabila nampaknya ada yang membuat kesalahan dengan transfer wang menggunakan moneychanger.
Sebanyak 41 lesen penukarwang ditarikbalik, tetapi tidak ada yang transfer wang disiasat.
Dan kini BNM sunyi tak ada suara mempertahankan diri.
Jika ini berterusan, namanya yang harum, akan rosak.

Tentera pun sama. Nasib baik ketua Angkatan Tentera Malaysia berani untuk mengatakan bahawa mereka yang melesapkan enjin jet ini adalah 'traitors' dan mereka harus dihukum atas sebab 'treason'.
Jika ditangkap, pada saya, gantung mereka ini kat live TV.
Pengkhianat negara terakhir yang kena gantung ialah kumpulan Al-Ma'unah dulu.

Pihak tentera, pada saya, tak boleh berdiam diri.
Tak boleh menunggu saja polis, AG dan orang politik buat kerja. Kerana nama tentera lebih baik dari mereka ini dalam kes-kes penyiasatan.
Orang ramai dah lihat banyak sangat kes.
Mula-mula hangat, lepas tu panas, lepas tu terbakar. Tetapi ehhh, tiba-tiba sejuk dan didapati tak bersalah dan hilang gitu saja.
Kes enjin ini pun - dah hilang dua tahun baru nak buat heboh.
Tetapi terima kasih kepada pendedahan mainstream media yang selalu dicaci - New Straits Times dan Berita Harian.
Jadi harapan besar saya ialah tentera akan bertindak secara telus membantu penyiasatan.
Jika tidak, nama tentera akan terus busuk. Dan jatuh dari atas pokok tinggi, berulat.



No comments:

Post a Comment