Sensitif beb perkara ni, tetapi kalau tidak dilakukan, rakyat biasalah. Bila dah pakai tandas awam dia keluar buat donno.
Jika kat rumah sendiri pandai pulak nak flush.
Singapore ni kalau ada kempen, dia buat kerja betul-betul. Sampai orang muak lagi, tetapi biar faham masak-masak.
Pada masa itu, akhbar Singapore - maklumlah, ahem, pro-pemerintah - main cerita-cerita jamban dan tandas besar-besar.
Banyak detail tentang projek tandas, apa masalah dalam tandas dan wawancara dengan penjaga tandas pun banyak keluar.
Banyak gambar dan grafik tiap-tiap hari.
Kata orang tu, maximum exposure.
Yang paling menyumpah ialah para wartawan.
Editor suruh ramai daripada mereka keluar ofis, masuk tandas awam dan perhatikan apa orang buat selepas itu dan ini. Mengendap. Jadi Peeping Tom dan Peeping Jane.
Nak mampos! Tetapi tugas, 'bang dan datin. Kenalah buat (Nasib baik saya masa tu pada 1996 dan 2003 bekerja di Malaysia!)
Wartawan kena lihat pengguna tandas tu flush ke tidak lepas menggunakannya! Kalau tidak sila interview kat situ juga!
'Sir, just now you kencing tak flush. Why?'
'You tak tahu ke you boleh kena saman kalau tak flush?'
'Tak rasa bersalah atau malu ke lepas buang air besar tak pam? Kan kotor?'
Heehee. Pening kepala.
Tetapi ini cerita benar dari wartawan-wartawan yang kena buat kerja terkutuk ni - 'tulah dulu kat sekolah tak belajar betul, boleh jadi doktor ke akauntan.
Ada pula wartawan Toilet Squad yang kena ikut pegawai kementerian sekitaran (environment ministry) buat pemeriksaan mengejut di tandas awam - ini termasuk di stesen MRT, di shopping centre dan pasar.
Maknanya, pegawai kementerian 'mengendap', kau kat sebelah dia!
Lepas tu orang yang tak flush - tak kira pompuan ke jantan - kena saman, wartawan petik gambar, lepas tu interview!
'Brother, so how now? You feel 'shy' or not?'
'Maam, why you didn't flush after shee-shee? Why you so like dat?'
Tetapi benda ini ada kesannya. Apa kan tidak, muka kau esok masuk muka depan akhbar:
'20 orang tak pam jamban kena saman'.
Nama pun keluar: Encik Remgold bin Tua berkata: 'Saya dah taubat. Lain kali saya pam 5 kali'.
Selepas 1996, tahun 2003 diadakan kempen lagi!
Kali ini, tandas yang bersih dapat hadiah!
Wah, penjaga dan pemilik tandas pula berebut nak pastikan tandas mereka cantik dan bersih.
Dan di Temasik Darul Kempen ni memang banyak sangat kempen.
Kempen senyum selalu, tanam pokok, hidup sihat, jangan membuang sampah, hentikan merokok - ai, banyak lagilah.
Kita pulang ke KL: Kerajaan Malaysia semalam telah membentang bil GST di Parlimen.
Dah kata ianya 4 peratus dan akan bermula pertengahan 2011.
Ikut cara Parlimen Malaysia, sesuatu bil itu akan dibaca buat pertama kali, lepas tu diadakan debat dan perbincangan dalam Parliamen. Lepas tu dibaca kali kedua dan ketiga di hari yang sama. Lepas tu terus jadi undang-undang.
Dah banyak salah faham dan tohmah dilemparkan oleh pembangkang.
Sudah sampai masanya media tempatan jelaskan dengan terperinci dan terang, dengan contoh, wawancara dengan pegawai, dan dengan bertanya dengan orang awam tentang isu ini.
Kalau baca website berita dan blogs, banyak fitnah dah dilemparkan.
Mereka main tembak saja - kerajaan nak curi duit rakyat, duit dah habis kena sapu kroni sekarang mereka menindas rakyat, inflasi akan meledak. Ish ish ish.
Jadi mungkin perlu adanya Kempen Pemahaman GST di Malaysia.
Ah, amacam?
No comments:
Post a Comment