Saturday, July 17, 2010

Apple tolak masalah iPhone. Skandal pekerja panas!

Baik orang politik atau bos kat ofis, jika ramai dah komplen benda yang sama, maknanya ada problem yang patut diselesaikan.

Begitu juga iPhone4 - model terbaru Apple.
Apabila orang berebut membelinya dulu, uh oh, ramai mula dapati ada problem antenna. Antenna ponsel (cellular phone cakap Jawa) kita semua kat dalam benda tu, bukan terkeluar macam model lama.
Tapi si iPhone baru ni apabila digenggam dengan satu cara, signalnya jatuh mendadak dan jika anda lagi buat panggilan, boleh drop panggilan itu.
Yang mula komplen ialah orang-orang pertama yang membeli ponsel ini.
Mereka panggil phenomena ini iPhone death grip.

Lepas itu majalah dan website teknologi - seperti yang saya tayangkan di pojok kanan blog saya - mula menulis tentangnya.
Akhbar mainstream pun lalu masuk.

Apple, yang sahamnya dah naik giler sejak pelancaran iPad dan kemudian iPhone4, tak mengaku.

--------------------------
CERITA TRAGIK SAMPINGAN 

Ponsel dan produk Apple kebanyakannya dipasang di China dalam factory yang dikawal seperti castle di raja di Shenzen.
Ada 400,000 pekerja! Sama ramai dengan seluruh penduduk Perlis!!! Hanya nak pasang iPhone, iPad, MacBook dan produk jenama terkenal ini.
Anda beli RM2,000 iPhone, SGD3,000 MacBook tak ambil pusing di mana dibuat.

Syarikat pembuat ialah kontraktornya Foxconn, yang menjadi kontroversi sedunia baru-baru ini sebab ramai pekerja membunuh diri dan ada pemberontakan sebab strict sangat tempat tu dan gaji kecil (sehingga kini pemerintah China dah paksa semua factory beri naik gaji).
Skandal Foxconn, sebuah syarikat Taiwan, ada di sini, sini (banyak cerita sampingan di link bawah page ini) dan sini.
Klik cerita yang pertama - ramai yang bunuh diri sehingga factory pasang anti-suicide nets!!! Sampai gitu.
Tujuh dah bunuh diri. Sembilan lain cuba nak terjun! Baca di sini.
Bayangkan. Kita syiok pakai produk yang dipasang oleh titik peluh manusia miskin sehingga ada yang tak tahan kerja teruk sehingga bunuh diri! Phew, kasihan.

Kini masalah dah nak diatasi. Siapa yang tahan kena tinggal dalam kawasan factory ni jika anda bekerja dengan Foxconn. Macam hamba sahaya, hanya kerana anda nak produk canggih dengan harga rendah.
Sekarang dah ramai orang memerhatikan syarikat ini dan banyak syarikat lain yang mengeluarkan produk untuk dunia. Gaji pun dah naik.
Dan sudah ada semacam semangat pemberontakan di kalangan pekerja di China - semua dah fed up ditipu dan dipaksa sebegini.
Mungkin saya nak perkenalkan Dong Zong dan Hindraf kat sana. Baru kepala batu depa naik tocang.

------------------------------------------

Semalam, Steve Jobs, genius di belakang syarikat Apple, mengadakan press conference - di sini.
Marah mamat kurus ini (dia sakit teruk pun masih kerja. Saya respek sungguh) kata bukan produk saya saja. Semua smartphone memang ada masalah antenna.
Katanya ini termasuk Blackberry, HTC dan Samsung.
Oi brader, saya kini dah gunakan tiga Blackberry yang lain-lain model. Tak pernah ada masalah.

Apa pun, kita lihatlah dulu, syarikat gergasi ni dah marah. Ada laporan technology website bahawa jika anda komplen iPhone anda rosak benda lain dan bawa ke kedainya untuk ditukar, iPhone baru yang diberi dah tak ada antenna problem.
Jika benar, maknanya walaupun ia tak ngaku, secara sonyap ia tukar juga antenna pekak tu.

-----------------------------------
EEKS! MALU AKU. SINGA-POUR BANJIR LAGI!

Lihat cerita dan siri gambar di sini dan sini.
Apa pula excuse menteri Temasek yang gaji berjuta kali ini?
Dulu pernah kata ini hujan lebat sekali-dalam-50-tahun. Lepas tu kata sebab longkang tersumbat.
Sila baca juga komen-komen pembaca Singapore di bawah dua posting itu. Orang marah gamat oi!
Ada orang dah kata negara ini namanya SINKapore.

Yang saya takut ialah nanti Ikan Todak dengar negara ini kerap banjir, depa datang berduyun. Mereka serang orang lagi shopping kat Orchard Road! Hah kau, mana nak letak muka!?
Singapour dilanggar todak lagi!
Hang Nadim got no time nak Res-Q, sebab sedang sibuk dengar iPod.

--------------------------------------------
MARINA BARRAGE
(Lihat komen saya - Comment #6 di bawah posting ini - ada perbincangan tentang Marina Barrage dan banjir di Sinkapore.
Mungkin Barrage ni tak ada kena mengena dengan banjir. Tapi dah jadi bahan desas-desus di Temasek ialah penyebabnya.

Nota tambahan: Tanah pink di depan kiri dan kanan ialah tanah tambak yang masih kosong. Dah lebih kurang 15-20 tahun ditambak dan dibiarkan kosong nak kasi stable. Cuma ada restoran dan bowling alley bangunan dua tingkat. Dan padang bola.
Jika Malaysia setuju kelak na beri balik tanah KTM yang disewa dari Singapore*, KL dapat dua bidang tanah nak buat bangunan besar.
1) Di Marina Bay downtown - dalam salah satu tanah berpetak biru sebelah kiri. Kerana Raffles Place, kawasan kewangan, dah sesak, kini new financial district nak dibina di Marina Bay ni.
2) Lagi satu ialah tanah di kawasan Rochor - dekat pusat komputer Sim Lim Square.

(*Tanah KTM tu milik Singapore, bukan milik Malaysia. Malaysia diberi pakai selagi ada keretapi masuk Singapore dari utara. Bukan saya atau pegawai Singapore yang kata gini, tapi Timbalan Menteri Ehwal Luar Malaysia, Richard Riot Jaem, memberitahu Dewan Rakyat. Baca di sini.
(Kamu duduk menyewa, lepas tu bagi balik, saya kasi dua bidang tanah besar selepas bayar development fee, okay what!?)





No comments:

Post a Comment