Saturday, July 24, 2010

Saya, zulldesign & produk impian

Terima kasih kepada penjengok blog saya alunbm, syiok saya dapat mengunjungi website zulldesign.com.my.

Macam-macam design mamat bijak ni buat.

Benda yang susah nak dibuat - mesin menggoreng, mesin roti jala, slicer lekor, stamping karipap.

Teringat zaman sekolah dulu - 1980 dan 1981, apabila saya di tahun terakhir dalam kursus mechanical engineering. Design benda mengarut kerana hanya nak pass subject. Hati tak kat situ.
Nasib baik dapat member yang bagus-bagus. Just passed.

Mesin-mesin yang direka Zulkifli Haji Haron ni semua benda berguna untuk industri. Baik yang besar mahupun untuk penjual makanan tepi jalan.
Sebab memang payah nak cari orang yang boleh design benda khusus untuk kita.

Nanti saya nak kacau depa tanya dia boleh buat reka mesin buat dodol dan wajek tak. Raya dah dekat brader (walhal belum puasa pun). Heehee.
Insya Allah jika ada kesempatan di Malaysia, nak nelpon tanya boleh visit tak. Saya wartawan, ada reason nak kepo kat factory orang.


Di sini, kita nampak begitu untungnya hidup hari ini.
Hampir semua kehidupan dah 'dimesinkan'. Nak cebok pun - maaf kata - dah ada mesin, sister! Namanya ialah bidet (GAMBAR).

Rise of the Machines - macam cerita Terminator. Satu hari komputer Cybernet becomes 'self-aware' dan mahu control manusia, yang memang perosak dunia.

Dulu saya di sekolah - belum ada benda bernama komputer pun. Pertama kali saya nampak komputer ialah di tahun terakhir, tahun 1979 atau 1980.
Komputer baru masuk Singapore beberapa tahun sebelum itu dan mula dihantar ke IPTS.
Nampak screen hijaunya TAKUT sebab benda ni 'aneh'.
Nak pegang keyboard komputer tu pun TAKUT meletup!

Kini anak kita ada TV, PC/laptop, ponsel (celluar phone, cakap Jawa) dan MP3/4 player dalam bilik masing-masing. Ada mesin besar lagi, bernama aircon.
Nah, kini dah musim gila iPod, iPod Touch, iPad dan iPhone pula.

Baru nak keluar - ada mesin kecil. Orang jauh boleh monitor apa anda sedang buat! Tidor? Main games? Duduk? Makan?
Kasi maid atau wartawan junior pakai ni bagus - boleh maintain 100 per cent control! Mampos - Baca di sini. Begitulah cekap dan pantasnya orang design barangan, sedang saya sibuk buang masa taip blog saban hari, tak menghasilkan apa-apa.


REKA INI, ANDA JADI KAYA RAYA 

1) Tapi saya masih tak puas hati. Nak suruh ZullDesign buat mesin khas untuk saya. Kenapa saya mesti nonton movie kat TV, PC, laptop atau iPad dan iPhone?


Saya nak nonton sorang-sorang saja semasa naik MRT, mahupun teksi dan kapal terbang (LIHAT DUA GAMBAR CONTOH). Personal movie machine.
Orang yang boleh design cermin mata nonton movie/youtube ni boleh jadi kaya, beb.
Mesin yang saya nak namakan iEye ni boleh surf Internet lagi.
Kita hanya perlu pegang keyboard wi-fi.

Bila agaknya Umat M nak pindah dari design suicide vest kepada design iEye ni?


2) Lagi satu mesin yang saya mahu ialah speech recognition software. Saya ni penulis. Penat saya nak kena tulis banyak-banyak. Kalau saya hanya cakap je, perkataan tu dah keluar kat screen kan cantik.
Memang betul, ramai engineer lagi buat projek ni. Tapi belum ada yang perfect. Sebab tu belum ada kat pasaran produk ini yang orang berebut nak beli. Sini ada list software yang ada di pasaran.
Orang yang boleh design speech recog software ni boleh jadi kaya, beb.
Kita panggil dia iSpeech.

Bila agaknya Umat M nak pindah dari design suicide vest kepada design iSpeech?


I have a dream. For Umat M.

No comments:

Post a Comment