Kalau saya kata orang yang mengaku Muslim ni bahalol, anda marah pulak.
Di Uganda, orang ramai sedang menonton World Cup final, tiba-tiba ada dua budak gila masuk ke restoran dan kelab ragbi lalu meletupkan dua bom.
Suicide bombing. Di sini, sini dan sini.
Tentu saja yang dituduh si group pembunuh gila Al Qaeda dan sekutu yang sewaktu dengannya.
Kumpulan ini marah dengan Uganda kerana menyokong pemerintah di Somalia (musuh Al Qaeda dan geng), lalu rakyat biasa dibom.
Bahalol sakan.
Musang berak kopi, sang luwak, lagi berguna kepada manusia.
Saya cakap mudah:
Katalah kita nak orang menyokong business atau idea atau ideologi kita.
Kita pujuklah mereka dengan argument yang bijak, ajak berdialog.
Bukan main bom orang yang tak berdosa, baik di London, Madrid, Times Square pun.
Seburuk-buruk Ibrahim Ali tu pun, sekurang-kurangnya beliau cuba jugalah menjelaskan isu pakai air ludah beliau.
Kalau kamu benci Kit Siang pun, kan ada baiknya beliau kerana kerap update blog agar orang baca apa pendapatnya, dan mungkin terpengaruh.
Kamu dah bom bunuh 70 orang Uganda, rakyat tempatan makin faham dan sokong perjuangan kamu ke?
Bahalol babi hutan.
No comments:
Post a Comment