Monday, July 26, 2010

BRIC, BRIIC, STINC & wang pelaburan

Kalau nak terkenal, mesti pandai cipta sesuatu. Tapi bukan saja cipta barangan yang manusia berebut nak pakai - baik iPad atau suicide vest.
Kadang-kadang kita letak satu label saja, sampai bila orang pakai atau keji.
Misalnya, 1Malaysia atau OneIsrael.
Islam Hadhari atau Membangun Bersama Islam-DAP.


Di dalam bidang kewangan, dulu Malaysia dikenali sebagai salah satu daripada "ekonomi harimau". Tiger economies.
Tiger lain ialah Singapore, Thailand, Korea Selatan dan Taiwan. Mungkin juga Indonesia dan Hong Kong.
Lepas tu semua lingkup kena krisis kewangan 1998-99.

Tak lama dulu, investment bank terkemuka Goldman Sach memperkenalkan satu label yang menjadi sangat popular. Mereka cadangakan pelaburan dalam "BRIC countries".
Brazil, Russia, India dan China.
Kini jika anda dengar orang pelaburan cerita, mereka suka gunakan label ini.
Dan kerana Indonesia pun sedang naik ekonominya, dia pun nak masuk dan tambah jadi BRIIC countries.

Baru-baru ini pula, pengurus dana Jon Markman kasi label baru.
Melaburlah di STINC countries, katanya.
Singapore, Thailand, Turkey, Indonesia dan Chile.

Ini argument beliau.

Maaf, Malaysia tak disenaraikan.
Sekali lagi saya ulang. Ini bukan kerana gaduh tentang Perkasa, Umno-PAS, siapa curi pasir di Selangor, kenapa kita bising Teoh Beng Hock mati tapi bukan anggota tentera yang dilanggar drebar Tian Chua.


Isu begitu peningkan kepala pelabur juga, tapi tak seberat isu-isu ini:


1. Ilmu bukan yang dikehendaki industri.
Malaysia tak disenaraikan, dan pelaburan asing menurun dengan mendadak kerana sistem pelajaran yang sampai sekarang pincang - pelajar universiti dan IPTS/IPTA bukan yang dikehendaki industri.
Jika saya nak buat kilang teknologi, saya nak engineer dan ahli perkomputeran, bukan pelajar yang ada degree agama atau sastera. Saya nak yang pandai bertutur bahasa Inggeris, bukan Melayu dan Arab.
Saya terperanjat ada skim baru dimulakan - skim melatih graduan. Ai! Baru keluar universiti nak ditraining lagi? Maknanya kamu bodoh sakanlah, tak boleh dapat kerja; nak kena habiskan duit rakyat lagi nak training enam bulan.
Most of them are from, maaf kata, IPTA.

2. Gaji yang rendah.
Dulu pekerja Malaysia gajinya rendah berbanding Singapore. Jadi kilang di Singapore ditutup dan masuk Malaysia (Johor, Melaka, Selangor, KL, Penang).
Kini gaji Malaysia tinggi dibanding dengan China, India, Vietnam dan Indonesia.
Sekarang kalau factory Malaysia tak pakai pekerja asing, susah nak untung sebab pekerja tempatan - memang hak mereka - nak gaji tinggi.
Kalau gaji tak RM800, dah tak mahu kerja. Saya setuju tu.
Masalahnya ialah pekerja di China dan India, gajinya ialah RM200 sebulan.

3. Ekonomi dah matang.
Dulu zaman Mahathir - lewat 1980an hingga akhir 1990an, ekonomi Malaysia masih nak naik.
Banyak infra - jalanraya, pelabuhan, perumahan, bandar baru, airport sedang nak dibuat.
Dan warga Malaysia ramai masih 'miskin' dan dahagakan life in the middle-class.
Mereka nak beli kereta dan rumah, makan di luar yang enak dan mahal, nak beli komputer dan aircon, pakaian cantik. Nak shopping di mall besar dan sejuk.

Jadi saya boleh buat macam-macam kilang nak supply barangan construction, kereta, makanan.
Kini dah standard - middle-class di Malaysia ramai dah ada dua kereta, rumah kondo atau teres. Di kampung pun boleh dikatakan semua dah ada jalan cantik, ada lampu. Dan mereka ada motorsikal jika tidak kereta pun.
Tapi lihat! Di China, India, Indonesia - masih ramai yang dahagakan barangan middle-class ini.
Baik saya buka kilang di sana. Supply barangan construction, pakaian, PC dan kereta. BMW paling bullish di China, bukan di Malaysia atau Singapore atau Amerika pun!

4. Singapore ada high-quality education, regional centre.
Tapi jika betul factory dibuka ikut middle-class needs dan gaji rendah, kenapa pulak Singapork ni terus popular? Dan terus menarik FDI?
Kamu terima atau tidak, reputation Singapore sebagai regional business centre dan regional finance centre terserlah.  
Pelabuhannya yang paling sibuk di dunia - kamu nak hantar barang ke mana pun, boleh hantar direct dari sini (bukan dari Port Klang atau Tanjung Periok di Jawa).
Saya pusing kat mana pun di dunia ini, orang mungkin kutuk pemerintah Singapore kerana kawal media dan freedom of speech, tapi puji nak rak infra dan kedudukannya sebagai regional centre.
Untuk orang business, mereka tak kisah ada corruption ke tidak - China dan India lebih teruk lagi corruptionnya dari Malaysia.
Di India ada parti Hindu extreme BJP, lebih teruk dari *Perkasa.
Di China tak boleh cakap politik pun, sehingga Google pun pening.
Tapi pelabur omputeh ni jika boleh buat duit, kisah apa dia!

Sebab tu jangan mudah terpedaya jika orang kata FDI Malaysia jatuh teruk sebab Perkasa, dan zaman Mahathir bodoh, mahupun kes Anwar liwat lagi.
It's about whether big business can make big money in your country.
Selagi stabil - tak kecoh membunuh tiap hari macam di setengah negara Afrika atau di Afghanistan- OK what! Can make money!
Maaf, saya silap. Kat Afghanistan dan Iraq tu - bom meletup tiap hari pun, sebab boleh buat big business, banyak company masuk! They don't give a hoot about Sunni, Syiah, or *deaths in police detention, or Abu Ghraib.

(*Ini bukan bermakna saya sokong Perkasa dan gengster yang sewaktu dengannya seperti Hindraf dan Dong Jiao Zong, dan mahu lihat pembunuhan beramai-ramai dalam balai polis. Tapi untuk pelabur, ini semua background noise. Nice not to have these ugly noises, but bottomline tetap sama: Can I make big money despite these issues? if so, who cares about them!)

Kamu nak lihat sendiri Singapore tu regional biz centre?
Cuba naik pesawat 6pagi -10pagi setiap hari bekerja yang menuju KL, Penang dan Jakarta.
Flight penuh dengan people with business suits, beb. Naik SIA, MAS dan Garuda serta yang mahal lah (JAL, Lufthansa, Emirates, Qantas), bukan airlines yang pekak seperti Firefly atau Jetstar yang saya kerap naik!
Tanya orang hotel di KL, Penang, Jakarta dan Medan - yang penuhi hotel di bandar ini, jika mereka BUKAN tourist dari mana mereka datang? Bukan negara asal mereka, tapi mereka masuk sini dari mana?

Mereka datang Malaysia dan Indonesia, buat biz 2-5hari.
Pada Jumaat malam dan Sabtu pagi, kamu naik pesawat pula dari KL, Penang dan Jakarta ke Singapore. Omputeh dan ah moi biz suits ni semua pulang ke HQ dan rumah mereka di Singapork Darul Bah.


Itulah yang harus difikirkan kembali oleh Malaysia jika nak masuk BRIIC atau STINC ini.
Bagaimana nak pikat pelaburan.
Bukan bagaimana nak terus kekal berkuasa, atau nak tawan Putrajaya. Gaduh saban hari tentang isu politik.
Tapi terpulang, pak.
Baca sekali lagi investment stories yang diceritakan oleh Markman tentang negara-negara STINC itu.
Bottomline: So Malaysia, what is your investment story?


 -------------------------------------------

TAMBAHAN PAGI

Malaysia ada 20 universiti awam, IPTA. Dan 26 kolej-uni privet, IPTS.
Graduannya setahun ialah 100,000 dari IPTA dan 80,000 dari IPTS.
Menurut pakar, graduan IPTS ni mudah dapat kerja sebab, antara lain, ilmu yang diajar relevan untuk industri dan mereka boleh bertutur Inggeris.
Di uni anak jantan saya dulu (sekarang beliau di Sinkapore dalam National Service, tak sempat belajar sampai habis), rakan-rakannya belum habis belajar engineering course lagi dah ada syarikat melamar. Gaji RM2,000 ke atas pun ada.
Graduan IPTA pula, maaf kata, ramai saya dah jumpa. Bukan mereka bodoh, jauh sekali. Tapi mereka tak pandai bertutur Inggeris, jadi syarikat nak ambil masuk pun susah. Saya kenal ramai graduan Melayu anak rakan-rakan, terpaksa mereka masuk sektor kerajaan.
Anak saudara saya di Penang untung sekali. Selalu top dalam kelasnya di sekolah kampung di Seberang Perai, kini dah masuk Intel! On the way up. Dulu minah kampung ni cakap dengan saya bahasa Penang P.Ramlee. Kini dah campur slang omputeh.
Saya pandang rendah graduan tempatan? Bukan saya, brader, tapi syarikat nak melabur di Malaysia. Macam mana nak hantar kamu training di London dan Boston, Frankfurt dan Paris, jika tak boleh tutur bahasa perantaraan dunia? Yang saya ke US baru-baru ini, jumpa diplomat dan wartawan dari 25 negara lain - tentunya bertutur Inggeris, bukan Jawa dan Bawean.

Jadi Malaysia kena perbetul sistem pelajaran.
Dah ramai betul menteri pelajaran keluar masuk, macam-macam benda dibuat, tapi tak boleh fix education system.
Kenapa?
Jawapannya mudah: Di Malaysia, politik masuk campur dalam education.
Nak ajar matematik dan sains dalam Inggeris orang berdemo dan maki macam-macam bahawa kita lupa bahasa sendiri.
Katanya orang Jepun (penduduk 127 juta) dan Korea (penduduk 48 juta) ada bahasa sendiri pun boleh maju - tapi negara mereka besar dan ada produk sendiri.

Malaysia ni kecik saja (27 juta), dan tak ada barangan sendiri seperti Sony dan Panasonic, Samsung dan Kia. Kita hanya kilang memasang barangan orang seperti Dell dan HP, Nokia dan Samsung.
Penduduk Taiwan kecik, 23 juta, tapi mereka jauh di depan. Brand mereka selain LG dan Acer, ialah negara OEM - original equipment manufacturer.

Banyak barangan elektrikal dan elektronik di dunia yang anda gunakan dengan jenama lain tu, dibuat di Taiwan atau dipasang oleh syarikat Taiwan.
Saya pernah cerita tentang syarikat Foxconn - OEM syarikat Apple di sini.

Maksudnya, banyak syarikat Taiwan ni kerjanya ialah memasang barangan yang didesign syarikat lain. Mereka juga tolong design sikit dan pandai dapat sourcing for materials.
Di Taiwan banyak syarikat kecil dan sederhana yang boleh keluarkan barang kecil elektrikal dan elektronik yang boleh dipasang dalam produk berjenama. Di Malaysia dan Singapore tak banyak syarikat kecil dan sederhana berkualiti begini.

Kamu ingat Nokia kamu dan Macbook kamu dipasang oleh mat salleh di Finland dan Amerika ke? Toshiba dan Dell kamu juga.
Mungkin pekerja di China dan Vietnam yang bekerja dengan OEM Taiwan.

Itulah branding dan brand name Taiwan. OEM country.

Lama-lama pasang produk orang, mereka pandai jadi tukang copy. Baru timbul syarikat ponsel yang sedang naik kini, HTC. Mereka dulu OEM saja.

No comments:

Post a Comment