Tuesday, July 6, 2010

Saya berkelana di Jakarta, kota yang pesat membangun

Saya tiba di Jakarta awal pagi tadi/Selasa.
Memang dah lama book cuti seminggu. Sempena World Cup semis dan final.
Pandai tak, pakcik remgold?
Kamu berebut nak book cuti minggu lalu, saya dah book empat bulan dulu!

Dah dua tahun tak ke Jakarta, ibukota 220 juta warga Indonesia, pusat bagi 17,000 pulau (hanya 5,000 lebih didiami manusia). Population Jakarta katanya 10juta siang hari, kurang dua juta malam hari apabila orang pulang ke luar bandar.
Saya terkejut apabila pertama kali mendengar nama Jabodetabek.
Ingat alien yang baru turun dari Marikh. Rupa-rupanya Jakarta dan bandar-bandar yang sewaktu dengannya.
Jabodetabek - Jakarta-Bogor-Depok-Tangerang-Bekasi.

Orang KL lagi ambil mudah - mamat tu tinggal kat Gombak pun kita kata dia tinggal KL, dia tinggal PJ pun kita kata dia orang KL, di Damansara Mutiara pun kita kerap kata dia di KL.
Mungkin kita patut panggil bandar KL tu Kaypeegodashah - KL-PetalingJaya-Gombak-Damansara (all the Damansaras!) dan Shah Alam (marah pulak nanti abang Khalid dan kakak Teresa).

Apapun, nampak ada beberapa perubahan di kota gede Jak ini.

1) Dah ada highway baru keluar-masuk Soekarno-Hatta airport. Kata drebar Kijang/Innova sewa, dah hampir setahun siap highway ini. Dulu jika hujan lebat, habis banjir jalan airport ini. Syukurlah.
Kali terakhir saya ke sini, jalan sedang dibina. Nampak tanah paya di kanan-kiri.

2) Kerana hari Selasa hari ini, awal pagi nak masuk ke kota raya gede (besar), saya rasakan pasti jam sakan. Aiks.
Smooth sailing, melalui jalan tol ke hotel kami dekat Bunderan Haa Eee - bulatan terkenal Jakarta, Bunderan H.I. (short for Hotel Indonesia Roundabout).
Yang saya pernah kena dulu, pakai jalan tol pun, sangkut maut.

3) Nampak banyak bangunan pencakar langit sedang naik di bandar yang dah memang sesak pun!
Di kawasan hotel kami, H.I. kini bernama Hotel Indonesia Kempinski - setelah diambil alih oleh syarikat gergasi perhotelan Amerika.
Dan Mandarin Hotel Jak, hotel milik kumpulan Singapore, kini telah dibuka semula setelah upgrading yang makan masa lama juga (setahun?).

4) Petang tadi dijemput ke apartment rumah orang berada di tengah bandar, kawan lama.
Susah nak masuk apartment orang kaya ni - kat bawah ada security 3 orang, metal detector dan reception area.
Nak tunggu 'Bapak', kena naik di ruang menunggu di tingkat 11 (ada satu lagi reception area, ada pool, gym, lounge dan ramai lagi security).
Kali kedua ke sana, nak bual kosong, cakap politik Indonesia, Singapore, Malaysia, dunia. Macam pandai sangat. Si Bapak, muda dan hensome.
Dari balkoni apartmen beliau di tingkat tinggi, saya nampak tengah kota Jak waktu maghrib - aiks, tak ada traffic jam juga. Pelik.
Traffic jam kat KL tu, biasanya, mainan biasa jika dibandingkan dengan Jak.
Mungkin hanya hari ini saja, kata hati.

5) Dekat situ terletak hotel Grand Hyatt (mengadap Bunderan H.I.). Ada tiga kereta perisai (kereta tank) kat situ! Apa hal? Rupa-rupa ada "tamu khas dari Swiss" menginap di situ.
Dan seperti biasa, nak keluar masuk hotel dan mall kena tunjuk bag, pakai metal detectors.
Kesian Indonesia ni, ramai orang gila nak bom tempat sendiri. Nasib baik yang di Malaysia dah kena cekup pakai ISA.

6) Saya makan di basement mall Grand Indonesia (belakang Kempinski).
Ramai juga nampak omputeh kat situ. Berbanding dengan apabila saya ke sana hanya dua tahun lalu.
Nampaknya mereka bukan tourist tapi business people. Jika tourist pun menarik juga, sebab pelancong mat salleh biasanya suka Bali, bukan Jakarta-Puncak-Bandung.

7) Ada pameran pojok jual apartment mewah di situ. Saya pun action macam jutawan dari Singapour. Salesgirl dengar saya warga Singapour, depa pun excited kasi brocure. Dah dapat, saya cepat calibut.
Harga apartment satu bilik (studio), seluas 63.3 m (700sq feet) dekat kawasan glam Senayan ialah 886,875,264 rupiah. Lebih kurang RM315,000 atau S$130,000.
Di kawasan KLCC, harga saiz yang serupa paling murah (apartment baru) ialah RM600,000.
Di kota Singa, paling kurang ialah S$700,000 (RM1.6 juta).


Sekilas ringkas ini, saya dapat baca bahawa memang betul Indonesia ini namanya sedang naik, di masa apabila Malaysia agak muram sikit politik dan ekonominya.
Dan pada masa di mana Singapura disumpah sebahagian rakyat sendiri kerana harga barangan dan rumah tinggi sangat.
Ingat, Singapork, Malaysia semua masih hanya dalam Asean.

Indonesia kini salah sebuah dari negara G-20! The 20 biggest economies in the world.
Kata orang, they are now playing in a bigger pool, while we in Asean are still playing in the longkang.
Mereka juga mengharap mereka ni dapat digelar member BRIC yang baru - iaitu BR-I-IC. Negara ekonomi berkembang pesat.
Dia nak jadi opinion shaper.
Pemain bola Singapore pun ramai dah lari ke Indonesia.
Ada baiknya ekonomi Indonesia berkembang agar rakyatnya yang berjuta di Malaysia dan negara lain dapat pulang dan bekerja di tanah sendiri.

Hidup *tempe!
(*Datuk sebelah ibu saya dari Kaliwungu di Semarang, Jawa Tengah, jadi saya tak menghina sesiapa, ya)

2 comments:

  1. ORANG MALAYSIA DI SINGAPURA ADA 700.000 SETIAP HARI ADA RIBUAN M0T0R DAN BERSESAK SETIAP PAGI DI TAMBK JOHOR. ORANG INDONESIA BUKAN TIDAK ADA KRJA.TAPI MAU CARI KELEBIHAN, KALAU HANYA KRJ SANGAT BANYAK.TAPI SY BERSYUKUR PEMERINTAH INDONESIA SUDAH MENYETOP PENGIRIMAN PEKERJA KONSTRUKSI KE MALAYSIA. HARAP RAKYT MALAYSIA DI SINGAPURA YG KERJA CLEANER,SAPU JALAN,PEMBANTU KEDAI.TUKAN URUT,PEM0T0NG RUMPUT. PEKERJA ANGKAT T0NG GAS. PEKARJA BANGUNAN,KERAJAAN MALAYSIA MESTI AMBIL BALEK RAKYTNYA ADA 700.000 UNTK BEKERJA DI MALAYSIA. KRN MALAYSIA AKAN MENGAMBIL WARGA BANGLADES,NEPAL.

    ReplyDelete
  2. BANGSA MELAYU DI MALAYSIA MAYORITI MISKIN,SAYA PERNAH KE PERAK,PERLIS.KEDAH.KELANTAN,MASH BNYK MISKIN,KALAU BANJIR Y AMPUN SUSAH. DAERAH TAMPIN PUN PERNH KESANA SANGAT SUSAH.MASH BNYK HUTANG..SARAWAK BUTUH JALAN KASIHAN BNYK MATI TENGGELAM DI SUNGAI.SARAWAK SABAH SANGAT TERTINGGAL.BNYK MISKIN, ANTARA KAMPUNG BERJAUHAN,, JAUH LBH MAJU MAKASSAR DARI PADA KELANTAN, PERAK.PERLIS.KEDAH.

    ReplyDelete